الموضوع: Al-Qur'an Adalah Hujjah Bagimu Di Hadapan Allah

النتائج 1 إلى 3 من 3
  1. Post Al-Qur'an Adalah Hujjah Bagimu Di Hadapan Allah



    مصدر البيان:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=135990


    [ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]

    [Untuk mengikuti link asal bagi postingan ini]






    الإمامُ ناصرُ مُحمَّدٍ اليمانيُّ
    Imam Naser Mohammed Al-Yamani
    17 - 05 - 1435 هـ
    18 - 03 - 2014 مـ
    02:56 صباحاً
    _____________



    القُرْءَانُ حُجّةٌ لكَ عَلَى اللهِ لَوْ آمَنْتَ بِهِ واتَّبَعْتَهُ
    أَوْحُجّةٌ لِلهِ عَليْكَ لَوْ آمَنْتَ بِهِ وأَعْرْضْتَ عَنْهُ، فَإِثْمُ ذَلِكَ أَعْظَمُ مِنْ إِثْمِ الكُفْرِ بِهِ..

    Al-Qur'an Adalah Hujjahmu Di Hadapan Allah Sekiranya Engkau Beriman Kepada Al-Qur'an Dan Mengikutinya, atau Hujjah Allah Terhadapmu Sekiranya Engkau Beriman Kepada Al-Qur'an Namun Engkau Berpaling Darinya, Maka Dosa Yang Demikian Ini Lebih Besar Dari Dosa Mengingkari Al-Qur'an


    بسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيمِ، والصلاةُ والسلامُ علَى كافَّةِ أنبياءِ اللهِ ورُسُلِهِ وآلِهِم الأطْهارِ وجَميعِ المُؤْمِنين إلَى يوْمِ الدِّيِن، أمّا بعدُ..

    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sholawat dan salam ke atas seluruh Para Nabi Allah dan Rasul-Nya beserta keluarga mereka yang suci, dan ke atas semua orang yang beriman hinggalah hari Kiamat, amma ba'd


    ويا حَبيبِي في اللهِ مَنْ يُريدُ الحقَّ لا حُجَّةَ عليْكُم مِنْ بعدِ خاتَمِ الأنبياءِ والمُرسَلِين إلَّا القرآنَ العظيمَ كوْنَهُ حُجَّةَ اللهِ عليْكُم وعلَى رسولِهِ، تَصْدِيقاً لِقَوْلِ اللهِ تعالَى:
    { وَإِنَّهُ لَذِكْرٌ لَّكَ وَلِقَوْمِكَ وَسَوْفَ تُسْأَلُونَ ﴿٤٤﴾ }
    صَدَقَ اللهُ العظيمُ [الزخرف]


    Wahai kekasihku di jalan Allah yang menginginkan kebenaran, tidak ada hujjah terhadap kalian setelah kewafatan Penutup Para Nabi dan Rasul selain dari Al-Qur'an yang agung.

    Ini kerana Al-Qur'an adalah hujjah Allah terhadap kalian dan terhadap Rasul-Nya, sesuai firman Allah SWT:

    Dan sesungguhnya Al-Quran itu memberikan kemuliaan dan peringatan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada kaummu dan kalian akan ditanya kelak (tentang isi kandungannya yang kalian telah amalkan). (44)
    Maha Benar Allah
    (Az-Zukhruf)


    وإنّما حُجَّةُ ناصرِ مُحمَّدٍ اليَمانِيِّ هُوَ أنّهُ يُحاجُّكُم بحُجَّةِ اللهِ عليْكُم مُحكَمِ القرآنِ العظيمِ وأُجاهِدُ النّاسَ به جِهاداً كبيراً؛ جِهاداً دعَوِيّاً علَى بَصيِرةٍ مِن اللهِ البيانِ الحقِّ للقرآنِ العظيمِ وهي ذاتُ البَصيرةِ التي حاجَّ الناسَ بها محمَّدٌ رسولُ اللهِ صلّى اللهُ عليْهِ وآلِهِ وسلَّم. تَصديقاً لِقَوْلِ اللهِ تعالَى:
    { قُلْ هَـٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّـهِ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّـهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿١٠٨﴾ }
    صَدَقَ اللهُ العظيمُ [يوسف]

    Hujjah Naser Mohammed Al-Yamani itu hanyalah bahawasanya dia menghujjah kalian dengan hujjah Allah terhadap kalian, dengan Muhkam Al-Qur'an yang agung.

    Aku berjihad dengan Muhkam Al-Qur'an terhadap manusia dengan jihad yang sebesar-besarnya; sebuah kesungguhan dalam menentukan perkara hukum dengan mengikuti Bashirah Ilmu Pengetahuan dari Allah SWT, berupa Bayanul-Haq lil Qur'an Al-Adzim – Keterangan yang haq bagi Al-Qur'an yang agung.

    Ia adalah Bashirah Ilmu Pengetahuan yang sama dengan Bashirah Ilmu Pengetahuan Muhammad Rasulullah SAW, yang dengannya baginda SAW berhujjah terhadap manusia.

    Benarlah firman Allah SWT:

    Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (108)
    Maha Benar Allah
    (Yusuf)


    إذاً فَمَنْ كذَّبَ بالبصيرةِ وأعْرَضَ عنْها فإِنّهُ لمْ يُكَذِّبْ الإمامَ ناصرَ مُحمَّدٍ اليمانيَّ ولمْ يُكَذِّبْ مُحمَّداً رَسُولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليْهِ وآلِهِ وسلَّم؛ بلْ كذَّبَ بِالْقُرآنِ العظيمِ. تَصْديقاً لِقَوْلِ اللهِ تعالَى:
    { قَدْ نَعْلَمُ إِنَّهُ لَيَحْزُنُكَ الَّذِي يَقُولُونَ فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَكَ وَلَـٰكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللَّـهِ يَجْحَدُونَ ﴿٣٣﴾ }
    صَدَقَ اللهُ العظيمُ [الأنعام]


    Maka dari itu, barangsiapa yang mendustakan Bashirah Ilmu Pengetahuan itu dan berpaling darinya, maka sesungguhnya dia tidaklah mendustakan Imam Naser Mohammed Al-Yamani, dan tidak pula mendustakan Muhammad Rasulullah SAW; akan tetapi dia telah mendustakan Al-Qur'an yang agung.

    Benarlah firman Allah SWT:

    Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata). (33)
    Maha Benar Allah
    (Al-An'am)


    ومَنْ أَعْرَضَ عن اتِّباعِ القرآنِ العظيمِ فقد احتَملَ وِزْراً عظيماً. تصديقاً لقَوْلِ اللهِ تعالى:
    { وَقَدْ آتَيْنَاكَ مِن لَّدُنَّا ذِكْرًا ﴿٩٩﴾ مَّنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا ﴿١٠٠﴾ خَالِدِينَ فِيهِ وَسَاءَ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِمْلًا ﴿١٠١﴾ }
    صَدَقَ اللهُ العظيمُ [طه]


    Jadi, sesiapa yang berpaling ingkar dari mengikuti Al-Qur'an yang agung, maka sesungguhnya dia telah menanggung beban dosa yang berat.

    Benarlah firman Allah SWT:

    dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. (99)

    Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. (100)

    Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (101)

    Maha Benar Allah
    (Tho Ha)


    فكذلك الإمامُ المَهدِيُّ ناصرُ مُحمَّدِ اليمانيُّ لا يُحاسِبُ اللهُ المُعْرِضِين عن اتِّباعِهِ بِسبَبِ أَنّهم أَعْرَضُوا عن ناصرِ محمدٍ، بلْ وِزْرُ المُعْرِضين عن دعوةِ الإمامِ المهديِّ ناصرِ محمَّدٍ اليمانيِّ هُو بسبَبِ إِعراضِهِم عن الإسْتِجابةِ لِدعوةِ الإحتكامِ إلى القرآنِ واتِّباعِه فتذَكَّرْ قوْلَ اللهِ تعالى:
    { وَقَدْ آتَيْنَاكَ مِن لَّدُنَّا ذِكْرًا ﴿٩٩﴾ مَّنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا ﴿١٠٠﴾ خَالِدِينَ فِيهِ وَسَاءَ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حِمْلًا ﴿١٠١﴾ }
    صَدَقَ اللهُ العظيمُ [طه]


    Demikianlah Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, Allah SWT tidak akan memperhitungkan orang-orang yang berpaling ingkar dari mengikutinya, dengan sebab berpalingnya mereka dari Naser Mohammed.

    Namun dosa orang-orang yang berpaling dari seruan dakwah Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani adalah disebabkan oleh keberpalingan mereka dari menyahut dan menyambut seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Al-Qur'an dan mengikutinya, ingatlah firman Allah SWT:

    dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu, dari sisi Kami (sebuah Kitab Al-Quran yang menjadi) peringatan. (99)

    Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. (100)

    Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, (101)

    Maha Benar Allah
    (Tho Ha)


    كَوْنَ آياتِ القرآنِ العظيمِ هي حُجّةُ اللهِ علَى عِبادِهِ المُعْرِضين ولِذلِك عذَّبَهم. تصديقاً لِقَوْلِ اللهِ تعالَى:
    { تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ النَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ ﴿١٠٤﴾ أَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ فَكُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ ﴿١٠٥﴾ قَالُوا رَبَّنَا غَلَبَتْ عَلَيْنَا شِقْوَتُنَا وَكُنَّا قَوْمًا ضَالِّينَ ﴿١٠٦﴾ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْهَا فَإِنْ عُدْنَا فَإِنَّا ظَالِمُونَ ﴿١٠٧﴾ }
    صَدَقَ اللهُ العظيمُ [المؤمنون]


    Ini kerana ayat-ayat Al-Qur'an yang agung adalah Hujjah Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang berpaling ingkar, maka itulah yang menyebabkan Allah SWT mengazab mereka.

    Pembenaran terhadap firman Allah SWT:

    Api Neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat. (104)

    (Sambil dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya? (105)

    Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat. (106)

    Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim. (107)

    Maha Benar Allah
    (Al-Mukminun)


    وربّما يَودُّ حبيبي في اللهِ مَنْ يريدُ الحقَّ أنْ يُقاطِعَنِي فَيقُولَ: "يا ناصرَ مُحمَّدٍ أنا مُسلِمٌ مُؤْمنٌ بالقرآنِ العظيمِ فلَنْ يُعذِّبَ اللهُ المؤمنين بالقرآنِ العظيمِ". ومِنْ ثَمَّ يَرُدُّ عليْهِ الإمامُ ناصرُ محمَّدٍ اليمانيُّ وأَقُولُ: يا حبيبي في اللهِ، لمْ يُعذِّبْ اللهُ عبادَهُ إلَّا بِسبَبِ الإِعْراضِ وعَدَمِ الإتِّباعِ، كوْنَ الإيمانِ وَحْدَهُ مِنْ غيْرِ اتِّباعٍ لِمَا آمنُوا بِهِ هُوَ حُجَّةٌ لِلهِ عليْهِم فيُعَذِّبَهم عذاباً نُكْراً وليْسَ حُجَّةً لَهُم علَى ربِّهم أنّهم قد آمَنُوا بِهذا القرآنِ العظيمِ مَا لمْ يُصَدِّقوا الإيمانَ بالإتباعِ، فإذا لمْ يَتَّبِعُوا القرآنَ العظيمَ فقد أصْبحَ إِيمانُهم حُجَّةً للهِ عليْهِم فيُعذِّبَهُم عذاباً نُكراً بلْ أشدَّ عذاباً مِنْ عذابِ الذين كفَرُوا بهِ بالمَرَّةِ، فإنْ كنتَ لا تَعلَمُ فتلك مُصيبَةٌ وإنْ كنتَ تعلَمُ فالمُصيبةُ أعظَمُ كالذي يَرَى الحقَّ حقاً فلا يتَّبِعُه، أَلَيْسَ ذلك شيْطاناً مَرِيداً مَنْ يَفعلُ ذلك؟ كوْنَ الشياطين لا يتَّبِعون القرآنَ العظيمَ بِرَغْمِ أنّهم بِهِ مُؤمِنُونَ ويَعْلَمُونَ أنّه الحقُّ مِنْ ربِّهم ولكنّهم للحقِّ كارِهُونَ.

    Barangkali ada seorang kekasihku di jalan Allah yang menginginkan kebenaran menyela ucapanku dengan berkata:

    “Wahai Naser Mohammed, aku adalah seorang muslim yang mengimani Al-Qur'an yang suci, dan Allah SWT tidak akan mengazab orang-orang yang beriman kepada Al-Qur'an yang agung ini”.

    Oleh yang demikian Imam Naser Mohammed Al-Yamani membalasnya aku katakan:

    Wahai kekasihku di jalan Allah, Allah SWT tidak menyiksa hamba-hamba-Nya melainkan dengan sebab mereka berpaling dan tidak mengikuti, kerana keimanan mereka semata-mata tanpa mengikuti apa yang mereka imani adalah hujjah Allah terhadap mereka, untuk menyiksa mereka dengan azab siksaan yang tiada taranya.

    Tiadalah hujjah mereka itu terhadap Tuhan mereka bahawasanya mereka telah beriman kepada Al-Qur'an yang suci ini, selagimana mereka tidak membuktikan keimanan mereka dengan mengikuti Al-Qur'an.

    Jadi, sekiranya mereka tidak mengikuti Al-Qur'an yang agung ini, maka keimanan mereka menjadi hujjah bagi Allah untuk menyiksa mereka dengan siksaan yang tiada taranya, bahkan lebih dahsyat dari azab siksaan yang menimpa orang-orang yang kafir terhadap Al-Qur'an.

    Justeru itu sekiranya engkau tidak mengetahuinya, maka yang demikian ini merupakan musibah, namun sekiranya engkau mengetahuinya, maka musibah itu lebih besar seperti orang yang mengetahui sesuatu itu adalah kebenaran yang haq, namun dia tidak mengikutinya.

    Bukankah yang demikian itu adalah syaitan yang durhaka, iaitu orang yang melakukan seperti itu? Ini kerana syaitan-syaitan tidak mengikuti Al-Qur'an yang agung meskipun mereka percaya kepada Al-Qur'an, dan mereka mengetahui pula bahawa Al-Qur'an adalah kebenaran dari Tuhan mereka, namun mereka tidak suka dan membenci kebenaran itu.



    فكُنْ مِن الشاكرِين حبيبي في اللهِ أَنْ أَعْثَرَكَ اللهُ علَى دعوةِ الإمامِ المهديِّ في عصْرِ الحوارِ مِنْ قبلِ الظُّهورِ وحَكِّمْ عقلَكَ وسوف تَجِدُ عقلَك أنّهُ معَ الإمامِ ناصرِ محمَّدٍ اليمانيِّ، فاسْتَشِرْ عقلَك تجِدْهُ يُفْتَيكَ بالحقِّ فيَقولَ أنّ الحقَّ هُوَ معَ ناصرِ محمَّدٍ اليمانيِّ كَوْنَ العُقولِ هيَ أَبْصارُ البَشَرِ لوْ استخدَمَها الكفّارُ ما دَخلَ أحدٌ مِنْهم النارَ، ولذلك قالوا:
    { وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ ﴿١٠﴾ }
    صَدَقَ اللهُ العظيمُ [المُلْك]


    Maka dari itu jadilah engkau termasuk kalangan hamba-hamba Allah yang bersyukur wahai kekasihku di jalan Allah, kerana Allah SWT telah menuntun dan membawamu kepada seruan dakwah Al-Imam Al-Mahdi di zaman hiwar ini sebelum tiba zaman kemunculan.

    Putuskanlah dengan akal fikiranmu, kerana kelak engkau akan mendapati bahawa akal fikiranmu itu bersama Imam Naser Mohammed Al-Yamani, dan mintalah pendapat dari akal fikiranmu, kerana engkau akan mendapati ianya memberitahukan kepadamu dengan kebenaran, dengan menyatakan bahawa sesungguhnya kebenaran ada pada Naser Mohammed Al-Yamani, kerana akal fikiran adalah penolong manusia.

    Seandainya orang-orang kafir itu menggunakan akal fikiran mereka untuk mendengar dan memahami, nescaya tidak ada seorang dari mereka yang masuk neraka, sebab itu mereka berkata

    Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memikirkan untuk memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka. (10)
    Maha Benar Allah
    (Al-Mulk)


    وسَلامٌ علَى المُرْسَلِينَ والحمدُ للهِ ربِّ العالَمِين..
    أَخُوكُم الِإمَامُ المَهْدِيُّ ناصِرُ مُحَمَّدٍ اليَمَانِيُّ.


    Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji
    hanya bagi Allah, Tuhan Pemelihara Sekalian Alam..


    Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi,
    Naser Mohammed Al-Yamani
    ____________

    sumber:

    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=17426


    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=136197


  2. افتراضي

    Demi Allah.
    Nasser Mohammed Al-Yamani adalah Khalifah Allah dan imam yang Haq disisi Allah bagi umat manusia

  3. افتراضي

    اقتباس المشاركة : Yanileviathan
    Demi Allah.
    Nasser Mohammed Al-Yamani adalah Khalifah Allah dan imam yang Haq disisi Allah bagi umat manusia
    انتهى الاقتباس من Yanileviathan
    ترجمتها

    Demi Allah.
    والله
    Nasser Mohammed Al-Yamani adalah Khalifah Allah dan imam yang Haq disisi Allah bagi umat manusia
    ناصر محمد اليماني هو خليفة الله وهو الإمام الحق
    قال الله تعالى:
    ((( وَلَا يَأْتُونَكَ بِمَثَلٍ إِلَّا جِئْنَاكَ بِالْحَقِّ وَأَحْسَنَ تَفْسِيرًا )))
    صدق الله العظيم


المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 31-05-2019, 10:33 PM
  2. مشاركات: 3
    آخر مشاركة: 06-06-2016, 11:04 AM
  3. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 27-06-2015, 11:17 PM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 03-06-2015, 06:37 PM
  5. Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.
    بواسطة عبد العزيز22 في المنتدى Melayu
    مشاركات: 1
    آخر مشاركة: 09-01-2013, 10:12 AM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •