المصدر:
الفرق بين الشورى والديمقراطية


- 4 -

الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
10 - 04 - 1432 هـ
16 - 03 - 2011 مـ
05:39 صباحاً
ــــــــــــــــــ



الفرق بين الشورى والديمقراطية..

Perbezaan Antara Syura Dan Demokrasi..



بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على محمد وآله الأطهار وجميع أنصار الله الواحد القهار في الأولين وفي الآخرين إلى يوم الدين.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..

Sholawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan Ahlul Bayt Nabi yang suci, beserta seluruh penolong Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, dari kalangan terdahulu dan terkemudian hinggalah Hari Kiamat.



سلام الله عليكم ورحمته وبركاته، بالنسبة لأمر الشورى في الكتاب فهي أمر من الله إلى ولي أمر الدولة أنه لا يقطع أمراً في المصلحة العامة حتى يلقيه على مجلس الشورى لسماع آرائهم جميعاً. ولكن ليس لمجلس الشورى من الأمر شيئا إذاً لصار هناك إختلاف لا شك ولا ريب إذا لم يكن العزم على إتخاذ القرار بيد رجل واحد. ولذلك قال الله تعالى:
{وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِين}
صدق الله العظيم [آل عمران:159]

Salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya.

Mengenai perkara Syura di Kitabullah, maka ianya adalah perintah Allah kepada ketua Daulah (Khalifah), supaya tidak membuat sebarang keputusan dalam kemaslahatan umum, kecuali setelah mengadakan perjumpaan dengan Majlis Syura, untuk mendengarkan dan memperhatikan pendapat serta pandangan mereka semuanya.

Namun, tiadalah bagi Majlis Syura sebarang urusan dalam membuat apa-apa keputusan sedikitpun, kerana jika demikian tanpa ragu dan syak lagi, tentulah akan ada pertentangan dan perselisihan, jika tanpa tekad yang teguh dalam menetapkan sebuah keputusan oleh satu orang sahaja
-Khalifah-

Sebab itu Allah SWT berfirman:

dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (159)
Maha Benar Allah Yang Maha Agung
(Ali Imron)


والبيان الحق لقول الله تعالى {فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِين} أي فإذا اتخذت القرار وهو بالأخذ بالرأي المناسب فتوكل على الله. وليست الديمقراطية هي الشورى والديمقراطية هذه التي نراها لدى الناس اليوم بل هي الإختلاف بعينة بل الشورى هي التشاور في الأمر شرط أن يكون القرار بيد شخص واحد وهو الأمير عليهم،

Bayan yang haq bagi firman Allah SWT,

dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya


Yakni, apabila engkau telah mendapatkan suatu keputusan dengan mengambil satu pendapat yang munasabah, maka bertawakkallah kepada Allah.

Demokrasi bukanlah Syura, kerana Demokrasi yang kita lihat diamalkan manusia pada masa kini sama sekali bertentangan dengannya.

Namun Syura adalah bermusyawarah dalam sesuatu urusan dengan syarat, hendaklah keputusan yang dibuat tetap berada di tangan seorang ketua sahaja iaitu Khalifah.



وإنما لمجلس الشورى حق الشورى وليس لهم الحق في إتخاذ القرار بل لهم حق الشورى، ومن ثم يأتي دور الأمير في اتخاذ القرار الذي يقنع عقله وقلبه كما يريه الله إذا كان من الصالحين لا يريد إلا الإصلاح للبلاد والعباد ما استطاع. وليست الشورى هي الديمقراطية بل القرار لا ينبغي أن يكون إلا بيد واحد وهو الأميرعليهم حتى لا يصير هناك اختلاف فلا بد أن يكون اتخاذ القرار ليس إلا بيد واحد وهو الأمير من الأدنى إلى الأعلى.

Majlis Syura hanya berhak untuk bermusyawarah sahaja, mereka tidak berhak dalam membuat keputusan namun mereka berhak untuk menyatakan pendapat, rekomendasi, nasihat dan konsultasi.

Baru setelah itu giliran bagi Amir (Ketua) untuk membuat keputusan yang memuaskan hati dan fikirannya sebagaimana yang telah Allah perlihatkan untuknya, sekiranya dia di kalangan sholihin yang tidak menginginkan selain mengadakan perbaikan bagi negara dan rakyat jelata mengikut kemampuannya.

Syura bukanlah Demokrasi kerana menetapkan keputusan itu mestilah di tangan seorang Ketua sahaja, supaya tidak terjadi sebarang perselisihan dan pertentangan.

Maka tidak boleh tidak, pengambilan keputusan tidak dibuat melainkan di tangan seorang Amir di antara mereka, dari yang terendah hinggalah yang tertinggi.
(من الأدنى إلى الأعلى)


ومعنى قولي من الأدنى إلى الأعلى أي من اثنين إلى ألف إلى مليون شخص إلى تلريون شخص فلا بد أن يكون اتخاذ القرار بيد شخص واحد فيهم لا يشاركه في اتخاذ القرار أحد من رعيته حتى لا يحدث الاختلاف. وإنما لمجلس الشورى حق الشورى ونهى الله الأمير بعدم اتخاذ القرار في الشؤون العامة للدولة إلا من بعد تنفيذ الشورى ومن ثم يعود القرار للأمير وليست شرطاً أن يأخذ بالأكثرية فيعتمد الاقتراح حسب الأكثرية.

Maksud ucapanku

(من الأدنى إلى الأعلى)
dari yang terendah hinggalah yang tertinggi

Yakni, dari 2 orang kepada 1000 orang, kepada sejuta hingga triliun orang.

Maka pengambilan keputusan mestilah di tangan seorang sahaja di antara mereka, tiada seorangpun dari rakyatnya yang bersekutu dengannya dalam membuat keputusan supaya tidak terjadi perselisihan dan pertentangan.

Majlis Syura hanya berhak bermusyawarah dan Allah SWT telah melarang Amir (Khalifah) untuk tidak mengambil dan menetapkan sebarang keputusan dalam urusan-urusan umum Daulah, melainkan setelah melaksanakan dan mengadakan Syura.

Kemudian, barulah setelah itu penetapan keputusan kembali kepada Amir, namun bukanlah sebuah syarat untuk mengambil keputusan melalui suara terbanyak dengan bergantung pada pendapat majoriti.



فليست الشورى ديموقراطية وحتى ولو اجتمع مجلس الشورى على رأي واحد فالأمير ليس مجبر على الأخذ به إلا أن يراه مناسب. أفلا تعلم يا ابا بكر أنه حتى الله الواحد القهار لو كان معه أحد يشاركه في إتخاذ القرار لفسدت السماوات والأرض واختلفوا وذهب كل إله بما خلق تصديقاً لقول الله تعالى:
{مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ} صدق الله العظيم [المؤمنون:91]

Syura bukanlah Demokrasi meskipun sekiranya Majlis Syura telah menyepakati suatu pendapat dari seseorang, kerana Amir (ketua) bukanlah seorang yang terpaksa untuk mengambil pendapat tersebut, melainkan sekiranya dia mendapati pendapat itu sesuai dan munasabah.

Tidakkah engkau mengetahui wahai Abu Bakar (forumer), bahkan Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha Perkasa sekalipun, seandainya ada tuhan lain
beserta-Nya turut bersekutu dalam menetapkan keputusan, nescaya binasalah langit dan bumi ini kerana masing-masing Tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya

Benarlah firman Allah SWT:

Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan [yang lain] beserta-Nya, kalau ada tuhan beserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu, (91)
Maha Benar Allah Yang Maha Agung
(Al-Mukminun)


كونهم سوف يختلفون لو كان الله يشرك في حكمه أحداً ولذلك قال الله تعالى:
{أبصر بِهِ وَأَسْمِعْ مَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَدًا}
صدق الله العظيم [الكهف:26]


Ini kerana masing-masing tuhan itu kelak akan berselisih seandainya ada sekutu bagi Allah dalam menetapkan hukum keputusan-Nya,
sebab itu Allah SWT berfirman
:

Alangkah terang penglihatan-Nya dan alangkah tajam pendengaran-Nya; tak ada seorang pelindungpun bagi mereka selain daripada-Nya; dan Dia tidak mengambil seorangpun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan". (26)
Maha Benar Allah Yang Maha Agung
(Al-Kahfi)


كونه لو كان يشاركه في الحكم والقرار أحد في الكون لاختلفوا وهذا ضُرب مثلٌ ولهُ المثل الأعلى سبحانه وتعالى علواً كبيراً.
بل يا اخي الكريم حتى لو كانوا اثنين أو ثلاثة سافروا مع بعض فإذا كانت ديمقراطية وكلٌّ يأخذ برأية الشخصي إذاً لاختلفوا وذهب كلٌّ منهم في طريق، ولضمان عدم الاختلاف فلا بد أن يكون أحدهم هو الأمير والآخرين لهم حق الشورى فقط وليس لهم من الأمر شيء في اتخاذ القرار حتى لا يحدث الاختلاف بينهم فيتفرقوا ولذلك قال محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم:
[إِذا كانُوا ثَلاَثَةً فِي سَفَرٍ فَليُؤَمِّرُوا عَلَيهِم أَحَدَهُم] صدق عليه الصلاة والسلام

Sebab, seandainya ada sekutu bagi-Nya dalam membuat keputusan hukum pada penciptaan alam, tentulah masing-masing tuhan akan berselisih.

Inilah perumpamaan yang dibuat sedang bagi-Nya lah segala sifat yang Maha
Luhur, Maha Suci Dia yang Maha Tinggi, Maha Luhur lagi Maha Agung.

Bahkan wahai saudaraku yang mulia, hinggakan jika ada dua atau tiga orang yang melakukan perjalanan bersama-sama, maka sekiranya demokrasi, yang mana setiap orang memegang pada pendapat peribadi masing-masing, dengan demikian tentu mereka akan berbeza pendapat, dan setiap orang dari mereka akan mengikuti jalan masing-masing.

Jadi, bagi menjamin tiadanya perselisihan, mestilah ada seorang dari mereka yang menjadi ketua, manakala yang lain memiliki hak Syura -menyuarakan pendapat, menyatakan pandangan, memberi nasihat, mengadakan konsultasi- sahaja.

Tiada campurtangan sedikitpun dari mereka dalam pengambilan keputusan agar tiada perselisihan terjadi di antara mereka yang menyebabkan mereka berpecah-belah.

Sebab itulah Muhammad Rasulullah SAW bersabda:

[Sekiranya ada tiga orang dalam perjalanan, maka hendaklah mereka melantik salah seorang menjadi ketua mereka]
Benar sabda Nabi SAW


وأعلم ما يسأل عنه أبو بكر بالضبط وهو هل اتخاذ القرار يكون حسب الأكثرية ولا يحق للحاكم أن يأخذ باقتراح الأقلية ومن ثم نرد عليه بالحق ونقول: كلا يا أبا بكر فليس اتخاذ القرار حسب الأكثرية فقد يكونوا خاطئين في رأيهم والرأي الأصوب مع الأقلية بل يعود القرار إلى تحكيم العقل لدى الحاكم فيستمع إلى أرائهم ومقترحاتهم ومن ثم يأخذ بالاقتراح الذي يستصوبه عقله

Aku tahu pasti pertanyaan Abu Bakar, ianya mengenai apakah pengambilan keputusan itu berdasarkan majoriti di mana seorang hakim tidak berhak mengambil pendapat minoriti, untuk ini kami katakan dengan haq:

Tidak sekali-kali tidak wahai Abu Bakar, pengambilan keputusan dan penetapan hukum itu tidak berdasarkan pada pendapat majoriti, kerana mungkin mereka salah dalam pendapat dan pandangan mereka sedang pendapat dan pandangan yang benar mungkin sahaja ada pada golongan minoriti.

Namun pengambilan keputusan dan penetapan hukum itu kembali pada keputusan dari buah fikiran sang hakim (ketua), dengan mendengarkan segala pendapat dan pandangan mereka, baru setelah itu sang hakim membuat keputusan yang difikirkannya benar.



وليس شرطاً أن يكون حسب الأكثرية بل حسب العقل والمنطق فقد يكونوا خاطئين الأكثرية حتى لو كانوا 99% غير واحد له اقتراح يخالفهم كون لديه علم وتجربة فقد يكون هو صاحب الاقتراح الأصوب فهذا يعود إلى استخدام العقل لدى الحاكم فهل الذي خالفهم يرى مالا يرون لربما أنه لديه علم وخبرة وتجربة في الحياة أكثر من تلك المجموعة وإذا كان اقتراحه هو السليم فسوف يطمئن إليه عقل الحاكم كون اقتراحه منطقي

Bukanlah merupakan sebuah syarat bagi mengikuti pendapat majoriti, akan tetapi berdasarkan akal fikiran dan logik. Ini kerana mungkin majoriti salah meskipun jumlah mereka mencapai 99% melainkan seorang sahaja yang mempunyai pandangan serta pendapat yang berbeza dari mereka, sebab dia memiliki pengetahuan dan pengalaman, jadi mungkin dia seorang sahaja yang memiliki pendapat dan pandangan yang benar.

Maka dengan ini sang hakim kembali berfikir, adakah orang yang berbeza pendapat dengan mereka ini mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui, kerana barangkali dia mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam kehidupan yang lebih banyak dari ilmu dan pengalaman orang-orang lain.

Maka sekiranya pendapat satu orang itu adalah pendapat yang benar, maka kelak akal fikiran sang hakim akan menerimanya dengan tenang, kerana pendangan serta pendapatnya logik dan dapat diterima akal.



وأضرب لك على ذلك مثلا الثلاثة إخوة الذين ترك لهم أبوهم جنة من أعناب وكان أبوهم يؤتي حق الله فيها في حياته وبعد مماته ورثوا الجنة أولاده الثلاثة حتى إذا جاء حصاد جنة العنب فاجتمعوا للشورى كونهم يريدون أن يقطفوا ثمرها فقال كبيرهم لقد كان أبانا يؤتي المساكين في كل مرة من أعناب جنتنا وأرى أنه يكفي لهم عطاء من جنتنا فنحنُ أولى بجنتنا فلا نعطيهم منها شيء فماذا ترون؟ فقال أصغرهم لأخيه الكبير وأنا معك في هذا الاقتراح السديد فسوف نغدوا لقطف ثمارها مصبحين في وقت مبكر من قبل أن يحضر المساكين.

Aku akan berikan permisalan untukmu terhadap yang demikian.

Ada tiga adik beradik. Ayah mereka telah meninggalkan sebuah kebun anggur untuk mereka bertiga. Ayah mereka selalu memberikan hak Allah yang ada pada kebun itu selama hidupnya.

Setelah kematian sang ayah, ketiga-tiga orang anaknya pun mewarisi kebun itu, sampailah tibanya waktu untuk memetik hasil anggur.

Maka mereka berkumpul untuk bermusyawarah kerana mereka ingin memetik hasil kebun itu, lalu paling tua yang sulung berkata:

“Sesungguhnya ayah kita selalu memberi sebahagian hasil buah anggur dari kebun kita ini kepada orang-orang miskin pada tiap kali tiba waktu panen, aku rasa sudah cukup pemberian anggur dari kebun kita itu kepada mereka, kerana kita lebih utama dan lebih berhak terhadap kebun kita, jadi tidak perlu kita memberi mereka hasil kebun kita ini lagi, apa pendapat kamu berdua
?”.

Maka paling muda yang bongsu berkata kepada abangnya yang paling tua:

“Aku setuju dengan keputusan abang yang tepat ini, nanti kita akan mulai memetik buah-buahan kebun kita itu pada pagi hari, awal-awal lagi sebelum orang-orang miskin itu datang”.



ولكن أوسطهم في السن وهو الذي يلي الأخ الأكبر قال ولكن رؤيتي مخالفة لرؤيتكم تماماً فإني أرى أن نفعل كما كان يفعل أبانا ونعطي المساكين كما عودهّم أبانا في كل مرة أنه يؤتيهم حقهم من جنة الأعناب كون حق المساكين في جنتنا هو حق الله وسوف يبارك الله لنا فيها

Namun yang tengah di antara mereka, yaitu abang yang kedua setelah yang paling tua pula berkata:

“Akan tetapi pandanganku sama sekali berbeza dengan pandangan kalian, kerana aku berpendapat agar kita berbuat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh ayah kita, dengan memberi orang-orang miskin sepertimana ayah kita selalu memberi kepada mereka pada setiap kali memetik hasil anggur.

Sesungguhnya ayah kita memberikan kepada orang-orang miskin itu hak mereka yang ada pada kebun anggur kita ini, kerana hak orang-orang miskin yang ada pada kebun ini adalah hak Allah, dan barulah kelak Allah SWT akan memberkahi hasil yang ada pada kebun ini untuk kita”.


ولكن أخاه الأكبر والأصغر لم يستصوبوا رأي أوسطهم برغم أن عقولهم مقتنعة أن رأي أوسطهم هو الرأي السديد ويرضي الله ورسوله ولكن الطمع والجشع وشح أنفسهم منعهم من قبول رأي أخيهم وقالوا فنحن اثنان وأنت واحد فاتبع الأغلبية ولا تنفرد برأيك ومن ثم طبق المثل الشيطاني ((بين إخوتك مخطئ ولاوحدك مصيب)) فاتبع إخوته برغم عدم قناعته بقرارهم فماذا حدث يا أبا بكر؟ ونترك الرد من الله في محكم القرآن العظيم:
{فَطَافَ عَلَيْهَا طَائِفٌ مِّن رَّ‌بِّكَ وَهُمْ نَائِمُونَ ﴿١٩﴾ فَأَصْبَحَتْ كَالصَّرِ‌يمِ ﴿٢٠﴾ فَتَنَادَوْا مُصْبِحِينَ ﴿٢١﴾أَنِ اغْدُوا عَلَىٰ حَرْ‌ثِكُمْ إِن كُنتُمْ صَارِ‌مِينَ ﴿٢٢﴾ فَانطَلَقُوا وَهُمْ يَتَخَافَتُونَ ﴿٢٣﴾ أَن لَّا يَدْخُلَنَّهَا الْيَوْمَ عَلَيْكُم مِّسْكِينٌ ﴿٢٤﴾ وَغَدَوْا عَلَىٰ حَرْ‌دٍ قَادِرِ‌ينَ ﴿٢٥﴾ فَلَمَّا رَ‌أَوْهَا قَالُوا إِنَّا لَضَالُّونَ ﴿٢٦﴾ بَلْ نَحْنُ مَحْرُ‌ومُونَ ﴿٢٧﴾ قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْلَا تُسَبِّحُونَ ﴿٢٨﴾ قَالُوا سُبْحَانَ رَ‌بِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ ﴿٢٩﴾ فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَلَاوَمُونَ ﴿٣٠﴾ قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ ﴿٣١﴾}
صدق الله العظيم [القلم]

Akan tetapi abang yang sulung dan adik bongsu tidak bersetuju dengan pendapat saudara mereka yang tengah, meskipun akal fikiran mereka sebenarnya menerima dengan rela bahawa pandangan saudara tengah mereka adalah tepat lagi diredhai Allah dan Rasul-Nya.

Namun ketamakan, keberanian dan kebakhilan diri mereka berdua telah mencegah mereka untuk menerima pendapat dan pandangan saudara tengah mereka, maka mereka berkata:

“Kami ini berdua sedang engkau itu sendiri, jadi ikutlah suara terbesar dan janganlah engkau berbeza pendapat dengan kami”.

Kemudian pepatah syaitan mempengaruhi
(
(walau diantara saudara-saudaramu ada kesalahan, namun bukan engkau sendiri yang benar))

-Maksudnya, kebanyakan manusia akan mengikut pendapat majoriti, walau pendapat majoriti salah kerana mereka khuatir manusia akan mengabaikan dan meninggalkannya sendirian sekiranya dia berbeza pendapat dengan mereka, ini adalah peribahasa yang telah tersebar bahawa adalah lebih baik seseorang itu mengikuti pendapat majoriti dari berpendapat sendiri kemudian terabai tidak dipedulikan (padahal ini adalah sesuatu yang salah namun telah menjadi umum dan popular di kalangan manusia)-

Jadi
lebih baik engkau mengikuti pendapat mereka, lalu dia pun mengikuti saudara-saudaranya walaupun tanpa rela terhadap keputusan mereka, maka apakah yang terjadi wahai Abu Bakar
?

Kami tinggalkan jawaban dari Allah SWT pada Muhkam Al-Qur'an yang agung:


lalu kebun itu diliputi malapetaka [yang datang] dariTuhanmu ketika mereka sedang tidur, (19) maka jadilah kebun itu hitam seperti malam yang gelap gulita. (20) lalu mereka panggil memanggil dipagi hari: (21) "Pergilah di waktu pagi [ini] ke kebunmu jika kamu hendak memetik buahnya". (22) Maka pergilah mereka saling berbisik-bisikan. (23) "Pada hari ini janganlah ada seorang miskinpun masuk ke dalam kebunmu". (24) Dan berangkatlah mereka di pagi hari dengan niat menghalangi [orang-orang miskin] padahal mereka mampu [menolongnya]. (25) Tatkala mereka melihat kebun itu, mereka berkata:"Sesungguhnya kita benar-benar orang-orang yang sesat [jalan],(26) bahkan kita dihalangi [dari memperoleh hasilnya]. (27) Berkatalah seorang yang paling baik fikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih [kepada Tuhanmu]?.(28) Mereka mengucapkan: "Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim". (29) Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela. (30) Mereka berkata:"Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas". (31)

Maha Benar Allah Yang Maha Agung
(Al-Qalam)


فهل يا أبا بكر لو قلنا ديمقراطية فنتخذ القرار حسب الأكثرية فهل يا ترى الاقتراح الأصوب هو مع الأكثرية الذي اجتمعوا عليه الاثنان أم أن الاقتراح الأصوب هو الذي اقترحه أوسطهم؟ ومعلوم جوابك أن الاقتراح الأصوب والحق هو الذي اقترحه أوسطهم ولذلك قال لهم:
{قَالَ أَوْسَطُهُمْ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ لَوْ لَا تُسَبِّحُونَ ﴿٢٨﴾ قَالُوا سُبْحَانَ رَ‌بِّنَا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ ﴿٢٩﴾فَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ يَتَلَاوَمُونَ ﴿٣٠﴾ قَالُوا يَا وَيْلَنَا إِنَّا كُنَّا طَاغِينَ ﴿٣١﴾}
صدق الله العظيم [القلم]

Maka wahai Abu Bakar, apakah jika kita katakan demokrasi lalu kita ambil keputusan mengikuti majoriti, maka bagaimana menurutmu apakah keputusan yang benar ada pada majoriti, yang mana dua orang adik-beradik itu telah sepakat, atau malah keputusan yang benar itu adalah yang diputuskan oleh saudara tengah mereka
?

Tentu maklum jawabanmu bahawasanya keputusan yang tepat lagi haq adalah keputusan saudara tengah mereka, sebab itu dia mengatakan kepada saudara-saudaranya:

Berkatalah seorang yang paling baik fikirannya di antara mereka: "Bukankah aku telah mengatakan kepadamu, hendaklah kamu bertasbih [kepada Tuhanmu]?. (28) Mereka mengucapkan:"Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim". (29) Lalu sebahagian mereka menghadapi sebahagian yang lain seraya cela mencela. (30) Mereka berkata: "Aduhai celakalah kita; sesungguhnya kita ini adalah orang-orang yang melampaui batas". (31)
Maha Benar Allah Yang Maha Agung


فمن هم الذين أقبل بعضهم على بعض يتلاومون؟ ألا وإنهم الاثنان الأكثرية أصحاب القرار الأعوج، والحق هو الإقتراح الذي تفرد به أوسطهم لو أصر عليه ما دام مقتنعا أنه الحق والرأي السديد فيحاول اقناع إخوته بالعقل والمنطق وإن أبَوا فيقول إذاً فلنتقاسمها الثلاثة أثلاث فلك يا فلان الجزء الشرقي ولك يا فلان الجزء الغربي ولي أوسطها كوني سوف أعطي حق الله في نصيبي... إذاً لطاف الطائف من ربك على الجزء الشرقي والغربي ويبقى أوسطها، إذاً يا أبا بكر فلا بد من تحكيم العقل والمنطق في كل الأمور وليس حسب الأكثرية ولذلك قال الله تعالى:
{وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلا يَخْرُصُونَ}
صدق الله العظيم [الأنعام:116]

Siapakah mereka yang menghadapi antara satu sama lain saling cela-mencela
?


Mereka adalah dua beradik yang menjadi majoriti bagi keputusan yang
menyimpang, dan yang benar adalah satu-satunya keputusan yang diputuskan oleh saudara tengah mereka, sekiranya dia tetap memegang keputusannya selama mana dia yakin bahawa ianya benar dan merupakan pendapat yang tepat, kemudian berusaha meyakinkan saudara-saudaranya dengan akal fikiran dan logik.

Jika mereka enggan, maka dia akan mengatakan:


“Kalau begitu, mari kita bahagikan kebun itu menjadi tiga bahagian, seorang
ambil bahagian timur,seorang lagi ambil bahagian barat dan untukku pula bahagian yang tengahnya, sebab aku kelak akan memberikan hak Allah – sebahagian anggur dari kebun untuk orang-orang miskin- dari bahagian kebunku..”.

Kerana itu, benar-benar malapetaka dari Tuhanmu datang meliputi bahagian
kebun sebelah barat dan timur, dan yang tinggal hanya kebun bahagian tengah.

Jika demikian wahai Abu Bakar, tidak boleh tidak, mestilah memutuskan dan
membuat keputusan dengan akal fikiran dan logik dalam semua perkara, bukan dengan berdasarkan majoriti.

Kerana itu Allah SWT berfirman:

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (116)
Maha Benar Allah yang Maha Agung


ولا يزال لدينا العلم الكثير عن كيف سيكون حكم الشورى الإسلامي بالحق الخالي تماماً من العيوب ولكن كل شيء في حينه لا يسبق أوانه فلا نريد الآن أن نقوم بتنزيل قوانين دولة الإمام المهدي العالمية كوني لن أقطع أمر حتى يشهده مجلس الوزراء للإمام المهدي حتى لا أخالف أمر الله إلى عبده بالشورى التي أمرنا الله بها فهي قبل إتخاذ القرار تصديقاً لقول الله تعالى:
{فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنْ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُعَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِين}
صدق الله العظيم [آل عمران:159]

Kami masih memiliki ilmu pengetahuan yang banyak mengenai bagaimana adanya Pemerintahan Berasaskan Syura Islami dengan haq, yang sama sekali bebas dari kekurangan dan keaiban.

Namun setiap perkara telah ada waktu yang ditentukan untuknya dan tidak akan terlewatkan, oleh itu kami tidak ingin menyatakan Undang-undang Antarabangsa Daulah Al-Imam Al-Mahdi sekarang, kerana aku tidak akan memutuskan sesuatu perkara dan membuat sebarang keputusan, melainkan setelah disaksikan terhadap perkara itu oleh Majlis Para Pembesar Menteri-menteri Al-Imam Al-Mahdi.

Supaya aku tidak menyalahi perintah Allah SWT kepada hamba-Nya agar mengadakan Syura – Permusyawaratan, yang Allah telah perintahkan supaya ianya diadakan dan dilaksanakan sebelum mengambil dan menetapkan sebarang keputusan, sesuai firman Allah SWT:

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepadaAllah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.(159)
Maha Benar Allah Yang Maha Agung
(Ali Imran)


وليس من المنطق أن نقوم الآن بالتشاور في أمر دولة الإمام المهدي من قبل التمكين والفتح المبين بل بعد الظهور والتمكين سوف يتم التشاور في أمور حكم الخلافة الإسلامية العالمية على الأسس الحق الخالية منالعيوب.. وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله رب العالمين.

Tidaklah logik sekiranya sekarang ini kita laksanakan Musyawarah dalam urusan Daulah Al-Imam Al-Mahdi sebelum adanya pengesahan dan Hari Kemenangan Nyata.

Bahkan, setelah kemunculan dan pengesahan (Bai'ah Kubra), barulah kelak Musyawarah akan sempurna dalam urusan-urusan pemerintahan Khilafah Islamiyah Antarabangsa, yang berasaskan kebenaran lagi bebas dari kekurangan dan keaiban..

Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji
hanya bagi Allah, Tuhan Pemelihara Sekalian Alam.



خليفة الله وعبده الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Khalifah Allah dan hamba-Nya
Al-Imam Al-Mahdi
Naser Mohammed Al-Yamani


sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=13079