Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani
05 - 08 - 2011 مـ
06 - 09 - 1432 هـ
09:31 صباحاً
mengikut takwim rasmi Makkah

[ ikuti pautan postingan asal keterangan ]
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=19918
ــــــــــــــــــ


Renungkanlah Keterangan Demi Keterangan Agar Ianya Menambahkan Keyakinan Dan Petunjuk Kepada Kalian, Menguatkan Cahaya Hati Dan Menerangi Mata Hati Kalian, Janganlah Kalian Meninggalkan Keterangan Menyebabkan Cahaya Di Dada Kalian Memudar Dan Keyakinan Kalian Melemah Sedikit Demi Sedikit Hingga Terpadam..


Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam-, juga ke atas keluarga Nabi yang suci dari syirik dan seluruh penolong Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, untuk mereka aku sampaikan salam penghormatan..


Wahai kekasihku para anshar pendahulu terbaik di era hiwar sebelum muncul, semoga salam kesejahteraan dari Allah tetap ke atas kalian beserta rahmat-Nya dan keberkahan-Nya, semoga keselamatan tetap ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sholeh, hendaklah hati kalian merasa tenang dan tenteram terhadap Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani, kerana kita dalam pengawasan dan penjagaan Allah yang tidak pernah tidur

Kami ada mengunjungi laman web dari waktu ke waktu namun tanpa menuliskan postingan hingga ada kesempatan yang sesuai, kerana aku disibukkan dengan urusan-urusan pada kami yang kalian tidak mengetahuinya, maka janganlah kalian merasa lemah dan jangan pula kalian berdukacita, kerana sesungguhnya Allah menampakkan kalian dan Al Imam Al Mahdi kepada dunia dengan kekuatan dan kekuasaan-Nya, sesungguhnya Allah pasti melaksanakan urusan-Nya

Maka hendaklah kalian bertawakkal pada Allah, yakin dan percaya sepenuhnya pada Allah, kerana di tangan-Nyalah perbendaharaan dan kunci-kunci seluruh perkara, Dia Maha Mengetahui mata-mata yang khianat dan segala yang terpendam di dalam dada


Janganlah kalian lemah dalam menyampaikan bayan keterangan yang hak bagi Al Quran kepada dunia dengan segala macam cara dan usaha, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian serta tetaplah siap siaga dalam menyampaikan, agar kalian mempunyai alasan kepada Tuhan kalian mudah-mudahan mereka bertakwa


Tidak ada yang dikatakan kepada kalian kecuali seperti ucapan yang dikatakan kepada para penolong nabi-nabi, begitu juga yang dikatakan kepada para anshar Al Imam Al Mahdi, bahawa mereka adalah orang-orang rendah dan hina, orang-orang bodoh dan sesat, dan Imam yang mereka ikuti adalah orang gila
!!
Pada akhirnya nanti akan jelas bagi orang-orang yang mengejek dan mengolok-olok, bahawa mereka itulah yang tidak menggunakan akal fikiran mereka, lalu mereka akan mengatakan sebagaimana perkataan teman-teman mereka:
Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". (10)
Maha Benar Allah
[Al Mulk]


Maka dari itu kami katakan kepada orang-orang yang tidak memahami dan tidak memikirkan: Pergunakanlah akal fikiran kalian sebelum kalian mengikuti dan menghukumi orang yang menyeru, ketahuilah demi Allah, seandainya kalian menggunakan akal fikiran kalian untuk merenungkan dan memikirkan bayan keterangan yang hak bagi Al Quran oleh Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani, maka sesungguhnya akal fikiran kalian tidak mendapatkan selain untuk tunduk menyerah dan menerima dengan sepenuhnya, akal fikiran kalian akan mengatakan kepada kalian, bahawasanya Nasser Mohammed Al Yamani menyatakan kebenaran dan membimbing ke jalan yang lurus tanpa syak dan ragu lagi.

Akan tetapi kebanyakan manusia adalah seperti hewan ternak mereka tidak memikirkan, mereka menghukumi terlebih dahulu orang yang menyeru sebelum mereka dengarkan, renungkan dan fikirkan dalil bukti penguasaan ilmu pengetahuan orang itu, selagimana mereka lihat dia bertentangan dengan mereka maka mereka terus menganggapnya berada dalam kesesatan yang nyata

Mereka tidak membuka ruang untuk diri mereka sendiri buat memikirkan dan merenungkan dalil bukti penguasaan ilmu pengetahuannya, adakah dia mengatakan kepada mereka dengan kebenaran ataukah dia termasuk orang yang bermain-main? Adakah kata-katanya itu ucapan orang gila ataukah ucapan orang berakal yang membimbing kepada petunjuk ke jalan yang lurus
?

Wahai kekasihku para anshar pendahulu terbaik, bersabarlah kalian terhadap gangguan dan perkara yang menyakitkan dari kaum yang tidak memikirkan sampai jelas kebenaran kepada seluruh dunia, kelak berita besar akan mendatangi mereka sedang mereka dalam keadaan lalai dan leka, kebanyakan mereka mengejek dan memperolok-olokkan, dan kebanyakan manusia tidak mengetahui kebenaran.

Janganlah kalian mengharapkan azab seksaan itu disegerakan kepada manusia, kita berharap dari Allah agar merahmati mereka dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus, betapa indahnya kesabaran untuk memperoleh dan merealisasikan keredhaan Allah dalam Diri-Nya terhadap hamba-hamba-Nya, itulah puncak tujuan dan cita-cita Al Imam Al Mahdi serta kalian juga, tidak akan terealisasi hinggalah Allah menjadikan manusia sebagai satu umat di jalan yang lurus

Sebagai pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya, Maha Benar Allah [Yunus 99], ketahuilah kalian bahawasanya Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu


Semoga Allah meredhai kalian dan membuat kalian redha wahai kekasihku para anshar pendahulu yang terbaik, para kekasih Allah Tuhan Semesta Alam, janganlah kalian merasa lemah dan janganlah berdukacita padahal kalianlah orang-orang yang tinggi di seluruh dunia dengan izin Allah, janganlah kalian merasa gelisah dan terkecoh dengan orang-orang yang tidak meyakini, sesungguhnya janji Allah pasti benar akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui, salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


Aku harap kalian menerima alasan dan permintaan maaf Al Imam Al Mahdi mengenai sedikitnya postinganku beberapa hari ini di laman web, kerana kami ada banyak urusan dan kami sibuk mengurusnya di sana sini, begitu juga kami terus berusaha memuaskan hati kaum yang lain, maka janganlah kalian meninggalkan website Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani dengan beralasan dia disibukkan dari mengurusi laman webnya, kalian bukannya mengabdi kepada Al Mahdi Al Muntadhar, bahkan kalian mengabdi kepada Tuhanku dan Tuhan kalian, Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan


Ketahuilah demi Allah, sesungguhnya merenungkan keterangan demi keterangan yang benar bagi Al Quran akan menambahkan kepada kalian keyakinan dan petunjuk, menguatkan cahaya hati dan menerangi mata hati kalian, namun bilamana kalian meninggalkan keterangan Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani, kelak akan membuatkan cahaya dalam dada kalian memudar dan keyakinan kalian melemah sedikit demi sedikit hingga terpadam, maka hendaklah kalian menjadi kalangan orang-orang yang bersyukur


Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Saudara kalian Al Imam Al Mahdi Nasser Mohammed Al Yamani
______________


اقتباس المشاركة 311001 من موضوع تدبّروا البيان تلو البيان ليزيدكم يقيناً وهدىً ويستقوي نور قلوبكم وبصيرتكم، ولا تهجروا البيانات فيضمحل نور صدروكم ويضعف يقينكم شيئاً فشيئاً حتى ينطفِئ ..


الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني
05 - 08 - 2011 مـ
06 - 09 - 1432 هـ
09:31 صباحاً
بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى

[ لمتابعة رابط المشاركة الأصليّة للبيان ]
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=19918
ــــــــــــــــــ


تدبّروا البيان تلو البيان ليزيدكم يقيناً وهدىً ويستقوي نور قلوبكم وبصيرتكم، ولا تهجروا البيانات فيضمحل نور صدروكم ويضعف يقينكم شيئاً فشيئاً حتى ينطفِئ ..

بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدي محمد رسول الله صلى الله عليه وآله الأطهار وجميع أنصار الله الواحد القهار وأسلم تسليماً..

ويا أحبتي الأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور سلام الله عليكم ورحمته وبركاته، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، فلتطمئن قلوبكم على الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني فنحن بأعين الله التي لا تنام، ونزور الموقع بين الحين والآخر ولكن بدون كتابة مشاركات إلى حين، كوني مشغولٌ بأمور لدينا لا تحيطون بها علماً، فلا تهنوا ولا تحزنوا فإن الله مظهركم والإمام المهدي على العالمين بحوله وقوته، إنّ الله بالغ أمره، وعلى الله فتوكلوا وثقوا في الله ثقةً مطلقةً فبيده مقاليد الأمور يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور.

ولا تهنوا في التبليغ بالبيان الحقّ للقرآن العظيم إلى العالمين بكل حيلةٍ ووسيلةٍ، واصبروا وصابروا ورابطوا في التبليغ، معذرةً إلى ربكم ولعلهم يتقون.

وما قيل لكم إلا ما قيل لأنصار الأنبياء وكذلك يقال لأنصار الإمام المهديّ أنهم الأرذلون وأنهم الجاهلون وأنهم لضالون وأنّ إمامهم الذي يتّبعونه لمجنون!! وفي الأخير يتبيّن للمستهزئين أنهم هم الذين لا يعقلون، ومن ثم يقولون كمثل قول أصحابهم:
{وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ ﴿١٠} صدق الله العظيم [الملك].

ومن ثم نقول للذين لا يعقلون ولا يتفكّرون: استخدموا عقولكم من قبل الاتّباع والحكم على الداعية، ألا والله لئن استخدمتم عقولكم فتدبّرتم وتفكّرتم في البيان الحقّ للقرآن للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني فإنّ عقولكم لا تجد إلا أن تسلّم للحقّ تسليماً، فتقول لكم أنّ ناصر محمد اليماني ينطق بالحقّ ويهدي إلى صراطٍ مستقيمٍ لا شكّ ولا ريب. ولكن أكثر الناس كالأنعام لا يتفكّرون، ويحكمون على الداعية من قبل الاستماع والتدبر والتفكّر في سلطان علمه ما دام يرونه يخالفهم فيرونه على ضلالٍ مبينٍ ولا يسمحون لأنفسهم بالتفكّر والتدبر في سلطان علمه، هل يخاطبهم بالحقّ أم كان من اللاعبين؟ وهل منطقه منطق مجنونٍ أم منطق عاقلٍ يهدي إلى الرشد إلى صراطٍ مستقيم؟

ويا أحبتي في الله الأنصار السابقين الأخيار اصبروا على الأذى من قومٍ لا يعلمون حتى يحصحص الحقّ للعالمين، ولسوف يأتيهم النبأ العظيم وهم في غفلةٍ ساهون وأكثرهم مستهزؤون وأكثر الناس لا يعلمون. ولا تعجلوا على الناس بالعذاب ونرجو من الله أن يرحمهم فيهديهم إلى الصراط المستقيم، وما أجمل الصبر من أجل تحقيق رضوان الله في نفسه على عباده فذلك منتهى هدف الإمام المهديّ وهدفكم ولن يتحقق حتى يجعل الله الناس أمّةً واحدةً على صراط ٍمستقيمٍ تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا} صدق الله العظيم [يونس:99]، واعلموا أنّ الله على كلّ شيءٍ قدير.

رضي الله عنكم وأرضاكم أحبتي الأنصار السابقين الأخيار أحباب الله ربّ العالمين، فلا تهنوا ولا تحزنوا فأنتم الأعلون في العالمين بإذن الله، فلا يفتنكم الذين لا يوقنون فإن وعد الله حقّ ولكن أكثر الناس لا يعلمون، وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين..

وأرجو أن تقبلوا اعتذار الإمام المهديّ عن قلّة مشاركاتي هذه الأيام في الموقع فلدينا أمور مشغولون بها هنا وهناك، وكذلك نسعى لإقناع قوم آخرين، فلا تهجروا موقع الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني بحجّة انشغال الإمام المهديّ عن موقعه، فإنكم لا تعبدون المهديّ المنتظَر بل تعبدون ربّ المهديّ المنتظَر وربّكم الله الواحد القهار.


ألا والله إنّ تدبّر البيان تلو البيان الحقّ للقرآن ليزيدكم يقيناً إلى يقينكم وهدىً إلى هداكم ويستقوي نور قلوبكم وبصيرتكم، ولكن حين تهجرون بيانات الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني فسوف يضمحل نور صدروكم ويضعف يقينكم شيئاً فشيئاً حتى ينطفِئ، فكونوا من الشاكرين.

وسلامٌ على المرسلين والحمد لله ربّ العالمين ..
أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني .
______________
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..