>المصدر<
الإمام ناصر محمد اليماني
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
20 - شعبان - 1439 هـ
06 - 05 - 2018 مـ
09:20 صباحاً
( بحسب التقويم الرسمي لأمّ القرى )
mengikut takwim rasmi Mekah
[ لمتابعة رابط المشاركـة الأصليّة للبيان ]
ikuti link bayan keterangan asal
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=34769
ــــــــــــــــــــــــ
سوف تدرك الشمس القمر أكبر وأكبر في هلال رمضان لعامكم هذا 1439 تصديق شرطٍ من أشراط الساعة الكُبر وآية التصديق للمهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني ..
Kelak Matahari Akan Mencapai Bulan, Lebih Besar Dan Lebih Besar Lagi Pada Hilal Ramadhan Tahun Ini 1439H, Pembenaran Terhadap Suatu Pertanda Dari Tanda-tanda Besar Kiamat, Dan Tanda Pembenaran Bagi Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani..
بسم الله الرحمن الرحيم، الذي أنزل القرآن العظيم على خاتم الأنبياء والمرسلين صلّى الله عليه وعلى كافة رسل الله من قبله أجمعين وعلى من تبعهم بإحسانٍ إلى يوم الدين، أمّا بعد..
Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, Yang Menurunkan Al Qur'an kepada Penutup Para Nabi dan Rasul, Nabi Muhammad, sholawat Allah ke atasnya dan ke atas seluruh utusan Allah sebelumnya, juga ke atas pengikut mereka hingga Hari Pembalasan, ammaa ba'd..
يا معشر البشر، لقد أرسل الله إليكم رسالته التامة والشاملة والجامعة لكافة كتب المرسلين إلى الجنّ والإنس ذلكم كتاب الله القرآن العظيم الذي بين أيديكم منذ ألفٍ وأربعمائة وأربعين عاماً؛ كتابٌ مباركٌ من ربّ العالمين المحفوظ من التحريف، لا يأتيه الباطل من بين يديه لتحريفه في عصر تنزيله على خاتم رسل الله محمد عبد الله ورسوله بالقرآن العظيم إلى الناس أجمعين، ولا يأتيه الباطل من خلفه لتحريفه إلى يوم الدين، وجعله الله كتاباً جامعاً للكتب أُحكمت آياته ثمّ فُصّلت من لدن حكيمٍ عليمٍ بآياتٍ بيّناتٍ لا يكفر بها إلا الفاسقون المُجرمون. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَلَنُذِيقَنَّهُم مِّنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَىٰ دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٢١﴾ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا ۚ إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ ﴿٢٢﴾}صدق الله العظيم [السجدة].
Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah telah mengirimkan kepada kalian Risalah-Nya yang sempurna, yang menyeluruh dan mengumpulkan seluruh kitab-kitab para rasul untuk jinn dan manusia, itulah Kitabullah Al Qur'an yang agung, yang ada pada tangan kalian sejak seribu empat ratus empat puluh tahun;
Al Qur'an adalah sebuah kitab suci yang diberkahi dari Tuhan Semesta Alam, kitab yang terpelihara dari perubahan lagi terjaga dari pemalsuan, kitab yang tidak didatangi oleh kebatilan dari hadapannya (masa lalu) untuk dipalsukan di era penurunannya kepada Penutup Para Rasul Allah, Nabi Muhammad hamba-Nya dan utusan-Nya dengan kitab suci Al Qur'an kepada seluruh manusia, tidak pula ia didatangi oleh kebatilan dari belakangnya (masa hadapan) untuk dipalsukan hinggalah Hari Pembalasan.
Allah telah menjadikan Al Qur'an sebagai kitab suci yang mengumpulkan seluruh ajaran kitab-kitab suci terdahulu, kitab suci yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui dengan ayat-ayat yang jelas lagi menjelaskan, tiada yang mengingkarinya selain orang-orang yang fasik para pendosa.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Dan Sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar). (21)
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (22)
Maha Benar Allah
[As Sajdah]
فلا نبيّ جديد ولا كتاب جديد من بعد كتاب الله القرآن العظيم، وما بعث الله المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني إلا ناصراً لما جاءكم به محمدٌ رسول الله صلّى الله عليه وأسلّم تسليماً، ألا وإني المهديّ المنتظَر ناصر محمد فصدقوني ولعنة الله على ناصر محمد اليماني إن كان من الكاذبين أو لعنة الله على من كذّب خليفة الله المهديّ، فاسمعوا وعوا واعقلوا ما سوف أقوله لكم بالحقّ فمن كذّبني فقد كذّب بقول الله ربّ العالمين، ومن أبى اتّباعي فقد أبى أن يتّبع محمداً رسول الله بالقرآن العظيم الذي جعله الله سيفاً من نورٍ بقلب ولسان الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني، وجعلني الإنسان الذي علّمه الله البيان الشامل والكامل للقرآن العظيم بوحي التّفهيم من الربّ إلى القلب؛ لو اجتمع كافة عبيد الله في الملكوت فرداً فرداً ليجادلوا الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني من القرآن العظيم لما استطاعوا أن يهيمنوا على الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني ولو في مسألةٍ واحدةٍ ولو كان بعضهم لبعضٍ ظهيراً ونصيراً.
Tidak ada nabi baru dan tidak ada kitab baru sesudah Kitabullah Al Qur'an, tidaklah Allah mengutus Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani kecuali sebagai NASER (Pembela) bagi ajaran dan perjuangan Muhammad Rasulullah -sholawat Allah ke atasnya dan aku sampaikan salam penghormatan untuknya-.
Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya akulah Al Mahdi Al Muntadhar Pembela Muhammad maka percayalah padaku, laknat Allah ke atas Naser Mohammed Al Yamani jika dia termasuk pendusta, atau laknat Allah ke atas orang yang mendustakan Khalifah Allah, Al Mahdi, maka dengarkanlah oleh kalian, sedari dan fahamilah oleh kalian mengenai perkara yang kelak akan aku katakan kepada kalian dengan kebenaran.
Barangsiapa yang mendustakanku maka sesungguhnya dia telah mendustakan firman Allah Tuhan Semesta Alam, dan barangsiapa yang enggan mengikutiku maka sesungguhnya dia telah menolak untuk mengikuti Muhammad utusan Allah dengan Al Qur'an, yang telah Allah jadikan sebagai pedang dari cahaya dengan hati dan lisan Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani.
Allah telah menjadikanku sebagai INSAN yang diajarkan-Nya bayan keterangan menyeluruh dan lengkap bagi Al Qur'an, dengan wahyu tafhim yang datang dari Tuhan ke dalam hati; seandainya seluruh hamba Allah di kerajaan-Nya berkumpul satu persatu untuk mendebat Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani mengenai Al Qur'an, nescaya mereka tidak mampu untuk menguasai Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani walaupun dalam satu permasalahan, meskipun mereka saling bantu membantu untuk mengalahkannya.
ولا يزال الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني هو المهيمن على كافة علماء المسلمين والنصارى واليهود كوني الإمام المهديّ صاحب علم الكتاب القرآن العظيم فلا تستطيعون أن تغلبوني شيئاً بإذن الله لا في مسائل الدين الفقهيّة ولا في مسائل الحساب المذكورة في محكم الكتاب بحسب دوران الكواكب الشمس والقمر والأرض، وليس لدي قولٌ بالظنّ الذي لا يغني من الحقّ شيئاً كما تقولون على الله ما لا تعلمون أنه الحقّ، فوالله لا تعلمون ما المقصود من قول الله تعالى:
{إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾} صدق الله العظيم [القدر].
Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani tetap menguasai dan mengalahkan seluruh ulama umat Islam, Nasrani dan Yahudi, kerana akulah Al Imam Al Mahdi yang empunya ilmu pengetahuan Al Qur'an, kalian tidak dapat mengalahkanku sedikitpun dengan izin Allah, tidak dalam permasalahan-permasalahan mengenai kefahaman agama, dan tidak pula dalam permasalahan-permasalahan hisab hitungan yang disebut dalam muhkam Al Qur'an, mengikut peredaran planet-planet, matahari, bulan dan bumi.
Tiada padaku ucapan dari persangkaan yang tidak berguna sedikitpun buat mendapatkan kebenaran, sebagaimana kalian mengatakan terhadap Allah pada perkara yang kalian tidak tahu ianya benar.
Demi Allah, kalian tidak mengetahui apa maksud dari firman Allah Ta'ala:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan -Laylah Al Qadr-. (1)
Dan tahukah kamu apakah malam Laylah Al Qadr itu? (2)
Malam Laylah Al Qadr itu lebih baik dari seribu bulan. (3)
Maha Benar Allah
[Al Qadr]
ولكني الإمام المهديّ أعلم الحساب في الكتاب بدقةٍ متناهيةٍ عن الخطأ حتى في ثانية واحدةٍ، ألا والله لو يخطِئ الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني في ثانيةٍ واحدةٍ لاختلت كافة عددِ السنين والحساب في بيانات الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني؛ إذاً لأصبح ناصر محمد اليماني يقول على الله ما لم يعلم، ولكني الإمام المهديّ المنتظَر ناصر محمد صاحب علم الكتاب وأعوذُ بالله أن أكون من الجاهلين الذين يقولون على الله في بيان آياته ما لا يعلمون ويحسبون أنهم مهتدون، ألا والله لولا أخشى على الأنصار الفتنة لوضعت لكبار علماء المسلمين الجبناء مئات المصايد والفخوخ علّهم يتسابقون إلى موقعي للتسجيل فيه باسم العالم الكبير الرباعي وصورته الحقّ ظنّاً منه أنه قد وقعَ ناصرُ محمد اليماني في مسألةٍ ما فيظنّ أنه سوف يقيم الحجّة على ناصر محمد اليماني، حتى إذا جاء يجادل ناصرَ محمد اليماني باسمه الحقّ وصورته الحقّ فإذا هو يجد لدى ناصر محمد اليماني من علم البيان الحقّ للقرآن ما لم يكن في الحسبان، فمن ثم يجعله الإمام المهديّ بين أمرين لا ثالث لهما فإمّا أن يتّبع كتاب الله القرآن العظيم ويصدّق بكلام الله في محكم كتابه، أو كذلك يتبيّن له أنه الحقّ فتأخذه العزّة بالإثم فيلعنه الله كما لعن كلّ شيطانٍ رجيمٍ من الذين يصدّون عن آيات الله من بعد ما عقلوها، أولئك كرهوا ما أنزل الله وكرهوا رضوانه فأحبط أعمالهم، فإن تابوا تاب الله عليهم من بعد لعنهم فيجدوا الله غفوراً رحيماً لمن تاب إلى ربه وأناب إليه ليهدي قلبه، فسوف يجدوا أنّ رحمة الله حقاً وسعت كلّ شيء وأنه حقاً يغفر الذنوب جميعاً إنه هو الغفور الرحيم.
Namun aku Al Imam Al Mahdi mengetahui hisab hitungan dalam Al Kitab dengan tepat lagi jauh dari kesalahan hingga dalam hitungan sesaat sekalipun, ketahuilah oleh kalian, andai Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani melakukan kesalahan dalam hitungan sesaat, nescaya kacau bilau dan berselerak seluruh hitungan tahun-tahun dan hisab hitungan dalam bayan-bayan keterangan Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani; jika begitu, Naser Mohammed Al Yamani menjadi orang yang mengatakan terhadap Allah pada perkara yang dia tidak tahu.
Namun aku Al Imam Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed adalah pemilik ilmu pengetahuan Al Kitab, aku berlindung kepada Allah dari termasuk kalangan orang-orang yang tidak mengetahui, yaitu orang-orang yang mengatakan terhadap Allah pada bayan keterangan ayat-ayat-Nya mengenai perkara yang mereka tidak tahu, lalu mereka menyangka mereka mendapat petunjuk.
Ketahuilah demi Allah, seandainya aku tidak khuatirkan fitnah terhadap ansar-ansharku, nescaya aku letakkan ratusan jaring dan perangkap untuk pembesar-pembesar ulama umat Islam yang penakut, mudah-mudahan mereka berlomba-lomba mendatangi websiteku untuk mendaftar di situ dengan nama ulama besar lengkap dan gambar sebenar, dengan sangkaan darinya bahawa Naser Mohammed Al Yamani telah masuk ke dalam sebuah permasalahan, lalu dia menyangka kelak dirinya akan menegakkan hujjah ke atas Naser Mohammed Al Yamani.
Sehinggalah ketikamana dia telah datang mendebat Naser Mohammed Al Yamani dengan nama dan gambar sebenarnya, maka dengan tidak semena-mena dia dapati pada Naser Mohammed Al Yamani ada bahagian ilmu pengetahuan bayan keterangan yang hak bagi Al Qur'an yang tidak disangkanya, lalu kemudian Al Imam Al Mahdi menbuatkannya berada antara dua pilihan tiada yang ketiga, samaada dia mengikuti Kitabullah Al Qur'an dengan membenarkan firman Allah pada muhkam Kitab-Nya, ataupun begitu sahaja menjadi jelas baginya bahawa bayan Al Mahdi benar, lantas bangkit kesombongan dalam dirinya hingga berbuat dosa.
Maka Allah melaknatnya seperti melaknat semua syaitan yang direjam, dari kalangan mereka yang menghalang-halangi manusia dari mengikuti ayat-ayat Allah setelah mereka memahaminya, mereka itu tidak menyukai wahyu yang Allah turunkan dan mereka tidak menyukai keredhaan Allah maka Allah menghapus amal perbuatan mereka.
Jika sekiranya mereka bertaubat, maka Allah akan menerima taubat mereka setelah mengutuk mereka, lalu mereka akan dapati bahawa Allah itu Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani bagi orang yang bertaubat kepada Tuhannya, dan kembali kepada Allah agar Dia menunjuki hatinya, maka kelak mereka akan dapati bahawasanya rahmat Allah itu benar-benar luas meliputi segala sesuatu, dan bahawasanya Allah itu benar-benar Maha Mengampuni akan semua dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
وإن يصرّوا على استكبارهم من بعد ما استيقنت الحقّ أنفسُهم فأبشّرهم بعذابٍ نكرٍ خلال ليلة القدر بعد انقضاء ثمانية أشهرٍ من شهر صفرٍ لعام (ما)، فلا أريد تحديد يوم العذاب حتى ولو كنت به عليماً كون الذين لا يعقلون حتماً سوف يقولون: "إنّ ذلك ميعادٌ قريبٌ فسوف ننظر أصدقَ ناصر محمد اليماني فيتبيّن لنا أنه المهديّ المنتظَر حين يعذّبنا الله عذاباً نكرا، أو لا يعذّبنا الله فيتبيّن لنا أنّ ناصر محمد اليماني كذّابٌ إذا لم يصبنا الله بعذابٍ من عنده".
Sekiranya mereka bersikeras meneruskan kesombongan mereka setelah diri mereka meyakini kebenaran ini, maka aku khabarkan berita gembira kepada mereka dengan azab seksaan tiada taranya semasa Laylah Al Qadr setelah berlalunya lapan bulan dari bulan Safar bagi suatu tahun.
Aku tidak mahu menentukan kapan hari azab seksaan itu terjadi sekalipun aku mengetahuinya, kerana kelak orang-orang yang tidak memikirkan tentu sahaja akan mengatakan:
"Sesungguhnya demikian adalah pada suatu ketentuan hari yang dekat, kelak kita akan tunggu dan lihat adakah Naser Mohammed Al Yamani benar, kerana akan menjadi jelas bagi kita bahawa dia adalah Al Mahdi Al Muntadhar ketika Allah mengazab kita dengan azab seksaan tiada taranya, ataupun Allah tidak mengazab kita lalu menjadi jelas bagi kita bahawa Naser Mohammed Al Yamani adalah seorang yang banyak berdusta bilamana Allah tidak menimpakan azab kepada kita dari sisi-Nya."
فمن ثم يردّ الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني على الدواب الأغبياء وأقول: فهل أدلكم على قولٍ خيراً لكم من شرّ العذاب؟ وهو أن تقولوا:
اللهم إن كان هذا هو الحقّ من عندك فنحن في ذمّتك راجين رحمتك أن تغفر لنا وترحمنا وتجعل في قلوبنا نوراً لتبصّرنا أنه الحقّ، اللهم إن كان ناصر محمد اليماني هو حقاً الإمام المهديّ المنتظَر ناصر محمد اللهم فلا تجعل بياناته عمًى على قلوبنا برحمتك يا أرحم الراحمين، اللهم إن كان ناصر محمد اليماني هو المهديّ المنتظَر خليفة الله في الأرض فقد أنعمت عليّ إذ جعلتني في أمّته في زمن بعثه.
Untuk itu Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani membalas kepada makhluk-makhluk dungu ini, aku katakan: Mahukah kalian aku ajarkan ucapan yang lebih baik untuk kalian dari buruknya azab seksaan?
Ianya adalah kalian ucapkan:
Ya Allah, jika sungguh yang demikian ini benar dari sisi-Mu, maka kami yang dalam penjagaan-Mu mengharapkan rahmat-Mu memohon agar Engkau mengampuni bagi kami dan merahmati kami, agar Engkau menjadikan cahaya di hati kami supaya hati kami dapat memperlihatkan kebenaran kepada kami..
Ya Allah, jika sungguh Naser Mohammed Al Yamani benar-benar Al Imam Al Mahdi Al Muntadhar Pembela Muhammad Ya Allah, maka janganlah jadikan bayan-bayan keterangannya sebagai kebutaan ke atas hati-hati kami dengan rahmat-Mu wahai Yang Paling Pengasih dari sekalian yang mengasihani..
Ya Allah, jika sungguh Naser Mohammed Al Yamani benar dia adalah Al Mahdi Al Muntadhar Khalifah Allah di bumi, maka sesungguhnya Engkau telah menganugerahi nikmat ke atasku kerana Engkau telah menjadikanku termasuk umat Al Mahdi di era perutusannya.
ومن بعد الإنابة بالدعاء إلى الربّ الغفور الرحيم فمن ثم يطّلع على أيّ بيانٍ فإذا هو يشعر بالحياة تسري في روحه الميتة فيقشعر جلده ثم يلين قلبه إلى ذكر الله، ثم يحمد الله أنه أنقذه من عذاب يومٍ عقيمٍ وهداه إلى الصراط المستقيم، أليس ذلك خيراً لكم من أن تؤخّروا تصديقكم بالبيان الحقّ من ربّكم حتى تروا العذاب الأليم؟
Setelah kembali kepada Allah dengan berdoa kepada-Nya Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih, lalu kemudian dia memeriksa dan mengkaji mana-mana bayan keterangan, maka tidak semena-mena dia merasakan ada kehidupan mengalir dalam jiwanya yang mati, gementar kulitnya lalu menjadi tenang hatinya kerana mengingat Allah, lantas dia memuji Allah kerana Allah telah menyelamatkannya dari azab seksaan di hari yang tandus, dan Allah telah menunjukinya ke jalan yang lurus.
Bukankah yang demikian itu lebih baik untuk kalian dari menunda-nunda untuk membenarkan bayan keterangan yang hak dari Tuhan kalian sampai kalian menyaksikan azab seksaan yang memedihkan
?
وما أعظم الحجّة بالذات على المسلمين الضالين من الأميين والنصارى واليهود وبضع اليهود من شياطين البشر، كوني لا أحاجِج البشر بكتابٍ جديدٍ؛ بل بكتابٍ يوجد بين أيديهم من قبل أن يبعث الله عبده وخليفته ناصر محمد اليماني، فمن كذّبني فقد كذّب بكلام الله في محكم كتابه القرآن العظيم.
Betapa agungnya hujjah ini terutamanya ke atas umat Islam yang sesat dari kalangan ummiyin, ke atas umat Nasrani dan Yahudi, juga ke atas sebahagian Yahudi dari kalangan syaitan-syaitan manusia, ini kerana aku tidak berhujjah dengan kitab baru; bahkan dengan kitab yang ada pada kalian sebelum Allah mengutus hamba-Nya dan khalifah-Nya Naser Mohammed Al Yamani, justeru itu barangsiapa yang mendustakanku maka dia sebenarnya telah mendustakan kalam Allah dalam muhkam Kitab-Nya Al Qur'an.
وربّما يودّ عددٌ من الأنصار السابقين الأخيار أن يقولوا: "يا إمامنا يا حبيب قلوبنا، إنّنا نكاد نحن أنصارك أن نقع في الفخ الذي تجعله في بعض بياناتك حتى يتجرأوا لحوارك ظنّاً منهم أنهم سوف يقيمون عليك الحجّة، ولكن الحقّ نقوله لك لولا أننا نتذكّر في أنفسنا أننا لن نرضى حتى يرضى ربّنا أحبّ شيءٍ إلى أنفسنا ومن ثم يثبتنا الله، وآخرون يبقون حيارى في عديدٍ من المسائل كمثل أننا أحياناً نجدك تنهي الحساب لميعاد العذاب في شهر رمضان في عامٍ برغم أنك أقمت الحجّة بالحقّ أن الحساب يبدأ من هلال صفر الأصفار وينتهي بنهاية شهر محرم الشهر الرابع من الأشهر الحرم والأخير في السّنة القمرية، فالمعضلة يا إمامنا هو كيف نجمع بين حساب السّنة القمريّة وبين حساب شهر ليلة القدر برمضان برغم أنّ شهر رمضان كذلك شهرٌ قمريُّ؟".
Mungkin ada sejumlah dari kalangan anshar pendahulu yang baik mahu mengatakan:
"Wahai Imam kami yang dikasihi, kami ini hampir sahaja terjatuh pada perangkap yang engkau buat dalam beberapa bayan keteranganmu supaya mereka berani untuk hiwar denganmu, dengan sangkaan dari mereka bahawa kelak mereka akan dapat tegakkan hujjah ke atasmu, akan tetapi kebenaran yang akan kami katakan padamu, seandainya kami tidak mengingat kembali dalam diri kami bahawa kami ini tidak akan redha sehinggalah Tuhan kami yang paling kami cintai meredhai, lalu Allah meneguhkan kami"
"Namun ada yang lain tetap bingung dalam beberapa permasalahan, sebagaimana kami yang terkadang mendapati engkau mengakhiri hisab hitungan bagi waktu azab seksaan yang dijanjikan pada bulan Ramadhan dalam setahun, meskipun engkau telah tegakkan hujjah dengan kebenaran bahawa hisab hitungan bermula dari hilal Safar sifar dan berakhir pada penghujung bulan Muharram, bulan yang keempat dari bulan-bulan haram dan bulan haram terakhir dalam setahun qamariyah"
"Yang jadi masalahnya wahai Imam kami, bagaimana kami dapat mengumpulkan antara hisab hitungan tahun qamariyah dan hisab hitungan bulan Laylah Al Qadr di bulan Ramadhan, meskipun bulan Ramadhan juga termasuk bulan qamariyah
?"
فمن ثم يرد الإمام المهديّ على السائلين من كافة الأنصار في العالمين وأقول لهم جميعاً: اعلموا علم اليقين أن الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني لا يقول شيئاً ما إلا وهو يعي ويعلم ما يقول، ويا أحبتي في الله إنّ العقل عدوٌّ لِمَا جهل، ولكن حين يتمّ تفصيل الأمر للعقل من كلام الله فسرعان ما يخضع العقل لكلام ربه ويُسلّم تسليماً، فاحذروا أن تقعوا في الفخوخ الذي نضعها للمستكبرين لعلهم يحضرون في موقعي طاولة الحوار العالميّة بسبب ظنّهم أنهم وجدوا مدخلاً على الإمام المهديّ في مسألة ما فيغلبوه فيها لينتهي أمره كونه ناصر محمد اليماني قد حكم على نفسه مسبقاً أن لا ولن يجادله أيّ عالِمٍ من القرآن إلا غلبه وحكم على نفسه مسبقاً أنه حتى ولو غلبهم ناصر محمد 999 في الألف غير أنهم غلبوه في مسألةٍ واحدةٍ من القرآن العظيم فقط فإنه ليس المهديّ المنتظَر ناصر محمد.
Untuk itu Al Imam Al Mahdi membalas kepada para penanya dari seluruh anshar di dunia, aku katakan kepada mereka semua:
Ketahuilah oleh kalian dengan sebenar-benarnya, sesungguhnya Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani tidak mengatakan suatu apapun kecuali dia sedar dan tahu apa yang dikatakannya, wahai kekasihku di jalan Allah, sesungguhnya akal fikiran adalah musuh bagi perkara yang tidak diketahuinya, namun ketika selesai menjelaskan perkara untuk akal dari kalam Allah, maka dengan segera akal fikiran akan tunduk kepada firman Tuhannya dan menerimanya dengan sepenuhnya.
Berhati-hatilah kalian agar tidak terjebak dalam jerat perangkap yang kami pasang untuk orang-orang yang sombong, mudah-mudahan mereka datang ke websiteku di meja bundar hiwar antarabangsa disebabkan oleh sangkaan mereka, bahawa mereka telah menemukan celah untuk masuk terhadap Al Imam Al Mahdi dalam sebuah permasalahan, yang mereka sangka akan dapat mengalahkannya dalam permasalahan itu agar selesailah perkaranya.
Ini kerana Naser Mohammed Al Yamani telah memutuskan terlebih dahulu ke atas dirinya sendiri, bahawa tidak dan tidak akan ada seorang alimpun yang dapat mendebatnya mengenai Al Qur'an kecuali Naser Mohammed pasti mengalahkannya, dan dia juga telah memutuskan terlebih dahulu ke atas dirinya sendiri, bahawa meskipun seandainya Naser Mohammed telah mengalahkan mereka pada 999 dari seribu permasalahan, hanya sahaja mereka dapat mengalahkannya pada satu permasalahan dari Al Qur'an sahaja cukup, dia bukanlah Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed
-Pembela Muhammad-
- "نحن نعلم حكمتك من الفخوخ أنك تريد أن يتجرأ أحد علماء الأمّة الكبار في تنزيل صورته واسمه الحقّ فيجادلك في طاولة حوار المهديّ المنتظَر العالميّة عصر الحوار من قبل الظهور والتمكين، ولكن حساب شهر ليلة القدر من الصعب تطبيقه بالحساب القمريّ كونك تنهي حساب يوم العذاب فيها، أليس بداية الحساب من صفر إلى نهاية محرم اثني عشر شهراً ثم تبدأ السّنة القمريّة من صَفر؟ فزدنا علماً يا أيها المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني إن شئت وإن لم تشأ إلى أجَلٍ معلومٍ فلا حرج عليك يا حبيب الله وحبيب قلوبنا، فنحن بايعناك وعلى البيعة ثابتون إلى يوم الدين بإذن الله ربّ العالمين".
"Kami tahu hikmah kebijaksanaanmu dari jerat perangkap itu, engkau ingin sesiapa dari kalangan ulama besar umat berani memuat naik gambar dan namanya yang sebenar, kemudian dia mendebatmu di meja bundar hiwar antarabangsa Al Mahdi Al Muntadhar di era hiwar sebelum muncul dan mendapat peneguhan kekuasaan"
"Akan tetapi hisab hitungan bulan Laylah Al Qadr adalah antara yang sulit untuk menerapkannya dengan hisab hitungan qamariyah, kerana engkau mengakhiri hisab hitungan hari azab seksaan pada Laylah Al Qadr, bukankah permulaan hisab hitungan dimulai dari Safar hingga hujung Muharram sebanyak duabelas bulan kemudian bermulanya tahun qamariyah dari Safar?"
"Maka tambahkan ilmu pengetahuan kepada kami sekiranya engkau menginginkannya wahai Al Mahdi Al Muntadhar Naser Mohammed Al Yamani, sekiranya engkau tidak menginginkannya hingga sampai waktu tertentu, maka tidak mengapa bagimu wahai kekasih Allah kecintaan kami, kami telah membai'ahmu dan kami tetap teguh dengan bai'ah ini hingga Hari Pembalasan dengan izin Allah Tuhan Semesta Alam."
فمن ثم يردّ الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني على أنصاره وأقول: إنّ شهر ليلة القدر دوّارة، ولو لم تكن دوّارة لوجدتم شهر رمضان ثابتاً في الصيف لمئات السنين، ولكنكم تجدون شهر رمضان دوّاراً عبر الفصول في كلّ ثلاثين، فسنونٌ تترى يأتي في الحَرّ، وسنون تترى يأتي في الاعتدال، وسنون أخرى يأتي في الشتاء ثم يعود إلى الصيف والحرّ الشديد مرةً أخرى.
Untuk itu Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani membalas kepada para ansharnya, aku katakan:
Sesungguhnya bulan Laylah Al Qadr itu datang bergilir silih berganti, seandainya ia tidak berputar silih berganti nescaya kalian dapati bulan Ramadhan tetap di musim panas untuk ratusan tahun, namun kalian temukan bulan Ramadhan berputar melalui musim-musim pada setiap 30 tahun, ada tahun-tahun yang berturut-turut Ramadhan datang dalam cuaca panas, ada tahun-tahun yang berturut-turut ia datang dalam cuaca pertengahan, ada tahun-tahun lain yang ia datang dalam musim dingin, kemudian kembali ke musim panas dengan cuaca yang sangat panas sekali lagi.
وربما يودّ أحد المعرضين أن يقول: "لا تلف ولا تدور فأجب على السؤال الافتراضي وهو سؤالٌ حقيقيٌّ في نفوس أنصارك والباحثين والحيارى والمعرضين".
Barangkali ada salah seorang dari mereka yang berpaling mahu mengatakan: "Janganlah melencong dan berputar, jawablah soalan yang diasumsikan ini, padahal ia adalah persoalan sebenar yang ada dalam diri ansharmu, para pencari kebenaran, orang-orang yang bingung dan mereka yang berpaling."
فمن ثم يردّ الإمام المهديّ على السائلين وأقول: قال الله تعالى: {وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَن يُخْلِفَ اللَّـهُ وَعْدَهُ ۚ وَإِنَّ يَوْمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ﴿٤٧﴾ وَكَأَيِّن مِّن قَرْيَةٍ أَمْلَيْتُ لَهَا وَهِيَ ظَالِمَةٌ ثُمَّ أَخَذْتُهَا وَإِلَيَّ الْمَصِيرُ ﴿٤٨﴾ قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ نَذِيرٌ مُّبِينٌ ﴿٤٩﴾ فَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ ﴿٥٠﴾ وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي آيَاتِنَا مُعَاجِزِينَ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ﴿٥١﴾} صدق الله العظيم [الحج].
Untuk itu Al Imam Al Mahdi membalas kepada para penanya, aku katakan:
Allah Ta'ala berfirman:
Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu. (47) Dan berapalah banyaknya kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Kulah kembalinya (segala sesuatu). (48) Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu". (49) Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia. (50) Dan orang-orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat Kami dengan melemahkan (kemauan untuk beriman); mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka. (51)
Maha Benar Allah
[Al Hajj]
فذلكم حساب الله في محكم الكتاب يا أولي الألباب، فلا أظنّ هذه الآية تحتاج إلى تأويلٍ لشدة وضوحها في محكم الكتاب في قول الله تعالى: {وَيَسْتَعْجِلُونَكَ بِالْعَذَابِ وَلَن يُخْلِفَ اللَّـهُ وَعْدَهُ ۚ وَإِنَّ يَوْمًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلْفِ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ ﴿٤٧﴾} صدق الله العظيم.
Itulah hisab hitungan Allah dalam muhkam Al Qur'an wahai orang-orang yang menggunakan akal fikiran, aku tidak rasa ayat ini perlu ditakwilkan kerana tersangat jelasnya dalam muhkan Al Qur'an pada firman Allah Ta'ala:
Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu. (47)
Maha Benar Allah
إذاً يا أحبتي في الله بما أنّ الله علّمكم أنّ اليوم الواحد فقط كألف سنةٍ مما تعدون إذاً حتماً لا شكّ ولا ريب يكون شهرُ أيام الله في الحساب يعدل ثلاثين ألف سنةٍ مما تعدون، وكذلك سنة الله في الحساب في الكتاب حتماً لا شكّ ولا ريب ثلاث مائة وستين ألف سنةٍ، فمن ثم نعود لحساب الساعة الواحدة فقط من يوم الله فنحسبها بحساب أيامنا نحن فنجدها تعادل واحداً وأربعين سنةٍ وثمانية أشهرٍ، إذاً فحتماً لا شكّ ولا ريب لو ضربتم واحداً وأربعين سنةً وثمانية أشهرٍ في أربعةٍ وعشرين فيطلع الناتج = 1000 سنة مما تعدّون بالتمام والكمال لا شكّ ولا ريب، فأمّا واحدٌ وأربعون عاماً فتنتهي بنهاية محرمٍ وأما ثمانية أشهر فتبدأ من صفرٍ وتنتهي بشهر ليلة القدر شهر رمضان الذي أُنزل فيه القرآن.
فلكم أنتم والنصارى واليهود بعيدون كلّ البعد عن الحساب الحقّ في الكتاب، ولكن حساب الأشهر والدهر لا يقبل خللَ ثانيةٍ واحدةٍ كون ثانيةً واحدةً فقط تُحدث خللاً في حساب الله ولذلك لا يقبل الله خلل ثانيةٍ واحدةٍ، حقيق لا أقول على الله إلا الحقّ.
Jika demikian wahai kekasihku di jalan Allah, oleh kerana Allah telah mengajarkan kepada kalian bahawa sehari sahaja di sisi Allah adalah seperti seribu tahun menurut perhitungan kalian, jadi tentu sahaja tanpa syak dan ragu lagi sebulan dari hari-hari Allah dalam hisab hitungan jadi sama dengan tigapuluh ribu tahun menurut perhitungan kalian, demikian juga setahun dari hari Allah pada hisab hitungan dalam al Qur'an tentunya tidak syak dan ragu lagi adalah tigaratus enampuluh ribu tahun.
Maka kita kembali pada hisab hitungan satu jam sahaja dari hari Allah, dengan menghitungnya menurut perhitungan hari-hari kita, lantas kita menemukan bahawa sejam Allah menyamai empatpuluh satu tahun dan lapan bulan, jadi tentu sahaja tanpa syak dan ragu sekiranya kalian darabkan empatpuluh satu tahun dan lapan bulan kali duapuluh empat maka kalian akan lihat hasilnya = 1000 tahun menurut perhitungan kalian dengan tepat dan sempurna tanpa syak dan ragu.
Adapun yang empatpuluh satu tahun, maka ianya berakhir pada penghujung Muharram, manakala yang lapan bulan, maka ia bermula dari Safar dan berakhir pada bulan Laylah Al Qadr di bulan Ramadhan, bulan Al Qur'an diturunkan.
Betapa jauhnya kalian, Nasrani dan Yahudi, betapa sangat jauh dari hisab hitungan yang benar dalam Al Qur'an, akan tetapi hisab hitungan bulan-bulan dan masa tidak menerima ketidakseimbangan dalam sesaatpun, kerana sesaat sahaja dapat menyebabkan ketidakseimbangan dalam hisab hitungan Allah, sebab itu Allah tidak menerima adanya sesaatpun dari ketidakseimbangan, sudah selayaknya aku tidak mengatakan terhadap Allah selain kebenaran.
وعلى كل حالٍ فلا نزال ندّخر كثيراً من علوم الحساب والفقه والحسابات الفيزيائية الفلكيّة والكونيّة ونعلّمكم ما لم تكونوا تعلمون، وعلى كل حالٍ ما نريد أن نختم بياني هذا هو بعنوان هذا البيان بأنه سوف تدرك الشمس القمر في هلال رمضان لعامكم هذا 1439 فيولد الهلال يوم الأحد ليلة الإثنين بعد انقضاء ست ساعاتٍ منه، ولذلك سوف تجدون قمر شهر رمضان يولد من قبل الكسوف فتجتمع به الشمس وقد هو هلال، ثم تجدون قمر شهر رمضان يصل إلى طور البدر لنصف الشهر ليلة الإثنين، ولكن حسب علمي بنظام الإدراك الأكبر فلن تروا هلال شهر رمضان بعد غروب الشمس لا ليلة الإثنين بعد غروب شمس الأحد ولا ليلة الثلاثاء بعد غروب شمس الإثنين ولا ليلة الأربعاء بعد غروب شمس الثلاثاء، وإذا شاء الله أن لا تروه بعد غروب شمس الأربعاء ليلة الخميس لتكون غرّة رمضان الجمعة فنحن لا نريد أن نخالف أمر الله سبحانه:
{شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖوَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّـهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّـهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٨٥﴾} صدق الله العظيم [البقرة].
Bagaimanapun, kami masih menyimpan banyak ilmu pengetahuan hisab hitungan, ilmu fekah, hitungan-hitungan fisika, astronomi dan kosmik, yang akan kami ajarkan kepada kalian mengenai perkara yang belum kalian ketahui, walau bagaimanapun, apa yang ingin kami akhiri pada bayan keteranganku ini adalah dengan judulnya, bahawa kelak matahari akan mencapai bulan pada hilal Ramadhan tahun 1439H ini, hilal akan lahir pada hari Ahad malam Isnin setelah berlalu enam jam darinya.
Kerana itu kelak kalian akan dapati bulan lahir di bulan Ramadhan sebelum Kusuf, lalu bulan Ijtima' dengan matahari sedang ia berupa bulan sabit, kemudian kalian dapati bulan pada bulan Ramadhan akan sampai pada tahap bulan penuh pertengahan bulannya adalah pada malam Isnin, namun sepengetahuanku menurut hitungan ketetapan Al Idrak Al Akbar, kalian tidak akan melihat hilal bulan Ramadhan setelah terbenamnya matahari, tidak pada malam Isnin setelah matahari hari Ahad terbenam, tidak pula pada malam Selasa setelah matahari hari Isnin terbenam, dan tidak juga pada malam Rabu setelah matahari hari Selasa terbenam.
Jika sekiranya Allah menghendaki, kalian tidak dapat melihat hilal Ramadhan setelah matahari hari Rabu terbenam malam Khamis untuk jadi permulaan Ramadhan hari Jumaat, tentu sahaja kita tidak mahu menyalahi perintah Allah Maha Suci Dia:
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan bulan itu maka hendaklah dia berpuasa padanya, dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka) maka (wajib baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. (185)
Maha Benar Allah
[Al Baqarah]
وكذلك لا نريد أن نخالف أمر رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلم قال:
[ لا تصوموا حتى تروا الهلال ولا تفطروا حتى تروه ].
Demikian juga kita tidak mahu menyalahi perintah Rasulullah -sholawat Allah serta salam penghormatan ke atasnya dan keluarganya-, Nabi bersabda:
Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadhan dan janganlah berbuka (berhenti puasa) sebelum engkau melihatnya
(hilal Syawwal).
والحكم لله وحده لا يُشرك في حكمه أحدٌ، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين، اللهم قد بلغت اللهم فاشهد، وكفى بالله شهيداً..
Maka putusan adalah pada Allah semata tiada sekutu bagi-Nya sesiapapun dalam membuat keputusan, salam ke atas para utusan dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.
Ya Allah, sesungguhnya telah aku sampaikan Ya Allah maka saksikanlah, cukuplah Allah menjadi saksi..
خليفة الله وعبده الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.
Khalifah Allah dan hamba-Nya, Al Imam Al Mahdi Naser Mohammed Al Yamani
___________
>sumber<