بيان هدف الشيطان في نفس الرحمن من محكم القرآن وبيان هدف الإمام المهدي في نفس الرحمن، هدفان متناقضان تماماً
[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــة الأصلية للبيـــــــــــان ]
lihat postingan asal bayan
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
12 - 02 - 1434 هـ
26 - 12 - 2012 مـ
02:13 صباحاً
ـــــــــــــــــــــ
بيان هدف الشيطان في نفس الرحمن من محكم القرآن، وبيان هدف الإمام المهديّ في نفس الرحمن، هدفان متناقضان تماماً ..
Bayan Mengenai Tujuan dan Sasaran Syaitan Dalam Keagungan Ar-Rahman Dari Muhkam Al-Qur'an, Dan Bayan Mengenai Tujuan Dan Sasaran Imam Mahdi Dalam Keagungan Ar-Rahman, Dua Tujuan Dan Sasaran Yang Saling Berlawanan Dan Sama Sekali Bertentangan..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمرسلين وآلهم الطيبين من أوّلهم إلى خاتمهم محمد رسول الله صلّى الله عليهم ومن تبعهم وأسلّم تسليماً لا نفرّق بين أحدٍ من رسله، وأدعو إلى الله على بصيرةٍ حنيفاً مسلماً وما أنا من المشركين، أما بعد..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh nabi dan rasul beserta keluarga mereka yang suci, dari yang pertama hingga penutup mereka Muhammad Rasulullah SAW, juga ke atas pengikut mereka, aku sampaikan salam penghormatan kepada mereka semua.
Kami tidak membeza-bezakan antara seorangpun dari para rasul Allah, aku menyeru kepada Allah dengan bashirah -hujjah yang nyata-, dalam keadaan lurus lagi berserah diri, dan aku tidak termasuk kalangan orang-orang yang menyekutukan Allah
adapun sesudahnya..
من الإمام المهدي ناصر محمد اليماني إلى النّاس كافةً، لقد ابتعثني الله لتحقيق الهدف المضاد لهدف الشيطان الرجيم إبليس الذي يسعى إلى تحقيقه في نفس الله، وربّما يودّ جميع المسلمين أن يقولوا: "وما هو هدف الشيطان الذي يسعى إلى تحقيقه في نفس الرحمن؟". ومن ثم يردّ عليهم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأقول: يا معشر المسلمين، إنّ للشيطان هدفٌ يسعى إلى تحقيقه في نفس الله بكل حيلةٍ ووسيلةٍ وهو عدم رضوان الرحمن على عباده، وعَلِمَ إبليس أنّ الله لا يرضى لعباده الكفر بل يرضى لهم الشكر، تصديقاً لقول الله تعالى: {إِن تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِن تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ} صدق الله العظيم [الزمر:7]. ولذلك يسعى الشيطان إلى عدم تحقيق رضوان الرحمن على عباده، وبما أنّ إبليس يعلم أنّ الله يرضى لعباده أن يكونوا شاكرين ولذلك يسعى الليل والنّهار بكل حيلةٍ ووسيلةٍ على أن لا يكونوا عباد الله الشاكرين حتى لا يتحقق رضوان نفس الرحمن على عباده لكون الله يرضى لعباده الشكر، ولذلك قال الشيطان: {لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)} صدق الله العظيم [الأعراف:17].
Dari Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani kepada semua manusia, sesungguhnya Allah telah mengutusku untuk merealisasikan tujuan yang berlawanan dengan tujuan si Iblis syaitan terkutuk, yang berusaha untuk merealisasikan tujuannya dalam keagungan Allah.
Mungkin semua orang Islam mahu mengatakan:
"Apakah tujuan dan sasaran syaitan, yang diusahakannya agar menjadi nyata dalam kebesaran Ar-Rahman
?"
Untuk itu Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas mereka, aku katakan:
Wahai sekalian umat Islam, sesungguhnya syaitan mempunyai sasaran, yang diusahakannya agar menjadi nyata dalam kebesaran Allah, dengan segala macam cara dan seluk beluk, ianya adalah untuk meniadakan keredhaan Ar-Rahman ke atas hamba-hamba-Nya, kerana Iblis tahu bahawa Allah tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya, namun Allah meredhai kesyukuran bagi mereka.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Jika kalian kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan [iman] kalian, dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kalian bersyukur, nescaya Dia meredhai bagi kalian kesyukuran kalian itu. (7)
Maha Benar Allah
[Az-Zumar]
Oleh itu syaitan berusaha untuk melenyapkan terealisasinya keredhaan Ar-Rahman terhadap hamba-hamba-Nya, kerana dia tahu bahawa Allah meredhai hamba-hamba-Nya yang bersyukur, sebab itulah dia berusaha malam dan siang dengan segala sarana dan cara, supaya hamba-hamba Allah tidak menjadi orang-orang yang bersyukur.
Tujuannya supaya keredhaan Dzat Ar-Rahman tidak terealisasi ke atas hamba-hamba-Nya, kerana Allah meredhai bagi hamba-hamba-Nya kesyukuran mereka, sebab itu syaitan mengatakan:
Saya benar-benar akan [menghalang-halangi] mereka dari jalan Engkau yang lurus, (16)
Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur [ta’at]. (17)
Maha Benar Allah
[Al-A'raaf]
إذاً يا معشر المسلمين إنّ الشيطان لم يكتفِ بأنّ الله ليس راضياً عنه وحسبه ذلك؛ بل يسعى الليل والنّهار بكل حيلةٍ ووسيلةٍ إلى عدم تحقيق رضوان الله على عباده، وبما أنّ الله يرضى لعباده الشكر ولذلك يسعى الليل والنّهار على أن لا يكونوا شاكرين حتى لا يتحقق رضوان الله على عباده، ولذلك أفتاكم الله في محكم القرآن عن هدف الشيطان الذي قال: {لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)} صدق الله العظيم [الأعراف:17]. إذاً الشيطان لم يكتفِ بأنّ الله لا يرضى عنه فقط؛ بل يسعى إلى تحقيق هدفٍ في نفس الله وهو عدم رضوانه على عباده بكل حيلةٍ ووسيلةٍ حتى لا يكونوا شاكرين لكون الله يرضى لعباده الشكر ولذلك يسعى الشيطان إلى أن يجعل الإنس والجنّ أمةً واحدةً على الكفر لكون الله لا يرضى لعباده الكفر بل يرضى لهم الشكر، تصديقاً لقول الله تعالى: {إِن تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِن تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ} صدق الله العظيم [الزمر:7]. ولذلك قال الشيطان الرجيم: {لأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَآئِلِهِمْ وَلاَ تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17)} صدق الله العظيم. وذلك هو: هدف كافة شياطين الجنّ والإنس في نفس الله وهو عدم تحقيق رضوان الله على عباده.
Jika demikian wahai sekalian umat Islam, sesungguhnya syaitan tidak hanya merasa cukup, bila mana Allah tidak meredhainya sahaja; namun dia berusaha malam dan siang, dengan segala sarana dan cara digunakan, untuk melenyapkan terealisasinya keredhaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya, kerana Allah meredhai bagi hamba-hamba-Nya kesyukuran mereka.
Sebab itu syaitan mencoba sedaya upaya malam dan siang, agar hamba-hamba Allah tidak menjadi orang-orang yang bersyukur, supaya keredhaan Allah ke atas mereka tidak menjadi nyata, justeru itu Allah telah menyatakannya kepada kalian dalam muhkam Al-Qur'an, mengenai tujuan syaitan yang berkata:
Saya benar-benar akan [menghalang-halangi] mereka dari jalan Engkau yang lurus, (16)
Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur [ta’at]. (17)
Maha Benar Allah
[Al-A'raaf]
Lantaran itu syaitan tidak merasa cukup bilamana Allah hanya tidak redha padanya semata; bahkan dia berjuang untuk merealisasikan tujuannya dalam kebesaran Allah, sasarannya ialah hilangnya keredhaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya, dengan segala daya dan upaya syaitan berusaha agar hamba-hamba Allah tidak menjadi orang-orang yang bersyukur, sebab Allah meredhai hamba-hamba-Nya yang bersyukur.
Justeru itu syaitan berusaha menjadikan manusia dan jinn sebagai satu umat yang berada dalam kekufuran, kerana Allah tidak meredhai mereka jika mereka kufur, namun Allah meredhai mereka jika mereka bersyukur.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Jika kalian kafir, maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan [iman] kalian, dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kalian bersyukur, nescaya Dia meredhai bagi kalian kesyukuran kalian itu. (7)
Maha Benar Allah
[Az-Zumar]
Sebab itulah syaitan yang direjam mengatakan:
Saya benar-benar akan [menghalang-halangi] mereka dari jalan Engkau yang lurus, (16) Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur [ta’at]. (17)
Maha Benar Allah
Demikian itulah: Tujuan dan sasaran seluruh syaitan jinn dan manusia dalam keagungan Allah, ianya adalah untuk meniadakan terealisasinya keredhaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
ولكنّ هدف قومٍ يحبّهم الله ويحبّونه بقيادة الإمام المهديّ هو العكس تماماً، فنحن قومٌ يحبّهم الله ويحبّونه نسعى الليل والنّهار بكل حيلةٍ ووسيلةٍ إلى تحقيق رضوان الله على عباده، وذلك هدفنا وهو أن نجعل النّاس أمةً واحدةً على صراطٍ مستقيمٍ يعبدون الله لا يشركون به شيئاً،فاتّخذنا رضوان الرحمن على عباده غايتنا وكل هدفنا ومنتهى أملنا، وهو النّعيم الأعظم بالنسبة لنا أعظم من نعيم جنّة النّعيم لكون رضوان الله على عباده هو النّعيم الأعظم من جنّته. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِنْ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (72)} صدق الله العظيم [التوبة].
Namun begitu, tujuan dan sasaran kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah dengan pimpinan Imam Mahdi, adalah berlawanan dan bertentangan sama sekali dengan tujuan syaitan, kerana kami adalah kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, kami berusaha malam dan siang dengan segala sarana dan cara untuk merealisasikan keredhaan Allah kepada hamba-hamba-Nya.
Demikian itulah tujuan dan sasaran kami, ianya adalah untuk menjadikan manusia sebagai satu umat yang berada di jalan yang lurus, hanya menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.
Maka kami telah menjadikan keredhaan Ar-Rahman ke atas hamba-hamba-Nya sebagai puncak tujuan kami, sebagai seluruh cita-cita dan harapan kami, ianya adalah An-Na'eem Al-A'dhom -kenikmatan yang terbesar- bagi kami, yang paling besar nikmatnya dari kenikmatan syurga An-Na'eem, kerana keredhaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya adalah An-Na'eem Al-A'dhom -kenikmatan yang terbesar- melebihi kenikmatan syurga-Nya.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mu’min lelaki dan perempuan, [akan mendapat] syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan [mendapat] tempat-tempat yang bagus di syurga Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itulah keberuntungan yang besar. (72)
Maha Benar Allah
[At-Taubah]
إذاً الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأتباعه اتّخذوا رضوان الله غايةً وليس وسيلةً لتحقيق هدف الجنّة، كون الذي هدفه أن يرضى عنه وحسبه ذلك ولا يسعى إلى تحقيق رضوان الله على عباده بل واكتفى برضوان الله عليه فقد اتّخذ رضوان الله وسيلة لتحقيق جنّة النّعيم، ولكن رضوان الله هو النّعيم الأكبر من جنّته، تصديقاً لقول الله تعالى: {وَعَدَ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ وَرِضْوَانٌ مِنْ اللَّهِ أَكْبَرُ ذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (72)} صدق الله العظيم [التوبة].
Oleh kerana itu Imam Mahdi dan pengikut-pengikutnya telah menjadikan keredhaan Allah sebagai puncak tujuan, bukan sebagai wasilah untuk mendapatkan syurga.
Ini kerana orang yang tujuannya hanya agar Allah meredhainya dan dia merasa cukup dengan itu, tidak berusaha merealisasikan keredhaan Allah ke atas hamba-hamba-Nya, namun mencukupinya dengan redha Allah kepadanya sahaja, maka sesungguhnya dia telah menjadikan redha Allah hanya sebagai wasilah untuk mendapatkan syurga An-Na'eem.
Padahal keredhaan Allah adalah An-Na'eem Al-A'dhom -kenikmatan yang terbesar- melampaui kenikmatan syurga-Nya.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mu’min lelaki dan perempuan, [akan mendapat] syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan [mendapat] tempat-tempat yang bagus di syurga Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itulah keberuntungan yang besar. (72)
Maha Benar Allah
[At-Taubah]
وربّما يودّ أحد أنصار الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أن يقول: "يا إمامي كيف لي أن أعلم علم اليقين أنّي حقاً من أنصار المهديّ المنتظَر من قوم يحبّهم الله ويحبّونه؟". ومن ثم يردّ عليه الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وأقول: فلتنظر إلى قلبك فإذا وجدت أنك لن ترضى بملكوت ربّك حتى يرضى في نفسه لا متحسراً ولا حزيناً فمن ثم تعلم علم اليقين أنّك من قوم يحبّهم الله ويحبّونه، كونك تجد في نفسك أنك لن ترضى حتى يكون حبيبك راضياً لا متحسراً ولا حزيناً، وإنما سبب عظيم إصرارك على تحقيق رضوان الله نفس ربّك هو من شدّة حبّك لله ربّ العالمين ولذلك لن ترضى حتى يرضى، فمن وجد ذلك في قلبه فأقسمُ بالله العظيم أنّه من قومٍ يحبّهم الله ويحبّونه الذين اتّخذوا رضوان الله غايةً وليس فقط ليرضى عليهم ربّهم وحسبهم ذلك؛ بل اتّخذوا رضوان الله غاية فلن يرضوا حتى يكون ربّهم حبيبهم راضياً في نفسه لا متحسراً ولا حزيناً، وإنما ذلك من شدّة حبّهم لربّهم فهم لن يرضوا حتى يرضى، ولذلك اتّخذوا الهدف في نفس الله هو الهدف المعاكس لهدف الشيطان وحزبه شياطين الجنّ والإنس لكون هدف الشيطان وحزبه شياطين الجنّ والإنس هو في نفس الله كونهم لم يكتفوا أنّ الله لا يرضى عليهم وحسبهم ذلك؛ بل اتّخذوا عدم رضوان الرحمن على عباده هدفاً لهم الذي يسعون إلى تحقيقه بكل حيلةٍ ووسيلةٍ، وبما أنّ الله لا يرضى لعباده الكفر ولذلك يدعو الشيطانُ وحزبُه عبادَ الله أن يكونوا كافرين بربهم وأن لا يكونوا شاكرين لربهم لكون الشيطان علم أنّ الله لا يرضى لعباده الكفر بل يرضى لهم الشكر. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِن تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ} صدق الله العظيم. ولذلك يريد الشيطان وحزبه شياطين الجنّ والإنس أن يجعلوا الجنَّ والإنسَ أمةً واحدةً على الكفر، ولكن الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وحزبَه قوماً يحبّهم الله ويحبونه نسعى الليل والنّهار لنجعل النّاس أمّةً واحدةً على الشكر لله حتى يرضى من أحببناه بالحبّ الأعظم الله الودود الرحمن الرحيم، ذلكم الله ربّكم الحقّ وماذا بعد الحقّ إلا الضلال!
Barangkali ada seorang anshar Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani mahu mengatakan:
"Wahai Imamku, bagaimana aku dapat mengetahui dengan yakin, bahawa aku ini benar-benar termasuk kalangan anshar Imam Mahdi, kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah
?"
Kemudian Imam Mahdi membalasnya, aku katakan:
Hendaklah engkau lihat ke dalam hatimu, jika engkau menemukan dirimu tidak akan rela dan puas dengan kerajaan Tuhanmu, kecuali sekiranya Tuhanmu redha dalam Diri-Nya, tiada kesalan apalagi kedukaan, maka dari situ engkau mengetahui dengan yakin, bahawa dirimu termasuk kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah.
Ini kerana engkau mendapati dirimu tidak akan rela dan puas, kecuali sekiranya Kekasihmu redha, tiada kesal dan duka, sesungguhnya penyebab besarnya azam dan tekadmu untuk merealisasikan keredhaan Dzat Allah itu, adalah kerana engkau sangat mencintai Allah Tuhan Semesta Alam, sebab itu engkau tidak akan rela dan puas sampailah Tuhanmu redha.
Barangsiapa yang menemukan demikian ini dalam hatinya, maka aku bersumpah demi Allah yang Maha Agung, bahawasanya dia termasuk kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yaitu orang-orang yang menjadikan keredhaan Allah sebagai puncak tujuan mereka, bukan setakat Allah meredhai mereka dan mereka merasa cukup dengan itu sahaja;
Bahkan mereka telah menjadikan keredhaan Allah sebagai puncak tujuan mereka, sehinggalah mereka itu tidak akan rela dan puas sampai Tuhan mereka yang mereka cintai menjadi redha dalam Diri-Nya, tiada kesalan dan kedukaan.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah kerana tersangat besarnya kecintaan mereka kepada Tuhan mereka, hinggakan mereka tidak akan rela dan puas sampailah Tuhan mereka redha, sebab itulah mereka telah menjadikan tujuan dan sasaran mereka dalam keagungan Allah, adalah tujuan yang bertentangan dan berlawanan dengan tujuan syaitan beserta golongannya kalangan syaitan jinn dan manusia.
Kerana tujuan syaitan beserta golongannya kalangan syaitan jinn dan manusia dalam kebesaran Allah, lantaran mereka itu tidak merasa cukup jika Allah tidak meredhai mereka sahaja; namun mereka menjadikan ketiadaan redha Ar-Rahman ke atas hamba-hamba-Nya sebagai tujuan dan sasaran mereka, yang mereka usahakannya dengan segala macam sarana dan cara.
Oleh kerana Allah tidak meredhai bagi hamba-hamba-Nya kekufuran mereka, maka syaitan dan penolong-penolongnya menyeru hamba-hamba Allah agar mereka mengkufuri Tuhan mereka, supaya mereka tidak menjadi orang-orang yang bersyukur kepada Tuhan mereka, sebab syaitan mengetahui bahawa Allah tidak redha kekufuran bagi hamba-Nya, namun Allah redha kesyukuran bagi mereka.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kalian bersyukur, nescaya Dia meredhai bagi kalian kesyukuran kalian itu.
Maha Benar Allah
Justeru itu syaitan dan penolong-penolongnya syaitan jinn dan manusia, mereka mahu menjadikan golongan jinn dan manusia sebagai satu umat yang berada dalam kekufuran.
Akan tetapi Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani beserta golongannya, kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, mereka berusaha malam dan siang untuk menjadikan manusia sebagai satu umat yang bersyukur kepada Allah, sehinggalah Dzat yang paling kami cintai dengan kecintaan yang terbesar menjadi redha.
Dia-lah Allah yang Maha Mencintai, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dia-lah Allah Tuhan kalian Al-Haqq, Tuhan kalian yang sebenar-benarnya, tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan
!
ويا معشر المسلمين، لقد وجدتم أنّ هدف الإمام ناصر محمد اليماني وحزبه قوم يحبهم الله ويحبونه هو حقاً الهدف المعاكس لهدف الشيطان وحزبه، وما يريد الإمام المهدي ناصر محمد اليماني أن يقوله لكافة علماء المسلمين وأمّتهم هو: إن كنتم تحبون الله فاتّبعوني لتحقيق ما يحبّه الله ويرضى به لعباده، فنسعى لنجعل النّاس أمّةً واحدةً على صراطٍ مستقيم يعبدون الله لا يشركون به شيئاً.
Wahai sekalian umat Islam, sesungguhnya kalian telah menemukan bahawa tujuan dan sasaran Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani beserta golongannya, kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, adalah benar-benar sebuah tujuan yang bertentangan dengan tujuan syaitan beserta golongannya.
Apa yang ingin Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani katakan kepada seluruh ulama Islam beserta umatnya adalah:
Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutlah aku untuk merealisasikan perkara yang Allah cintai dan redhai untuk hamba-hamba-Nya, maka kita berjuang untuk menjadikan manusia sebagai satu umat yang berada di jalan yang lurus, hanya menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.
فمن ذا الذي يقول أنّ الإمام ناصر محمد اليماني على ضلالٍ مبينٍ فسيناله غضب من الله، فكيف يكون على ضلال من اتّخذ الهدف المعاكس لهدف الشيطان وحزبه! أفلا تعقلون؟ فهل أنتم أولياء الرحمن أم أولياء الشيطان؟ ولكن هدف الإمام المهديّ ناصر محمد تجدونه الهدف المعاكس لهدف الشيطان الرجيم تماماً، فإلى متى الإعراض عن اتّباع الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني الذي يدعوكم إلى عبادة الله وحده لا تشركون به شيئاً على بصيرةٍ من ربّي، ولم أدعُكم إلى كتاب جديدٍ بل إلى اتّباع كتاب الله القرآن العظيم وسنّة رسوله الحقّ التي لا تخالف لمحكم القرآن العظيم، فاتقوا الله وأطيعوني تهتدوا.
Siapa yang mahu mengatakan Imam Naser Mohammed Al-Yamani berada dalam kesesatan nyata, maka kelak dia akan mendapatkan kemurkaan dari Allah.
Bagaimana pula dapat dikatakan berada dalam kesesatan, terhadap orang yang menjadikan tujuannya berlawanan dengan tujuan syaitan beserta golongannya! Maka mengapakah kalian tidak memikirkan? Adakah kalian ini wali-wali (para penolong) Ar-Rahman ataukah kalian ini wali-wali syaitan
?
Bahkan kalian menemukan bahawa tujuan Imam Mahdi Naser Mohammed adalah tujuan yang bertentangan sama sekali dengan tujuan syaitan yang direjam, sampai bilakah kalian berpaling dari mengikuti Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, yang menyeru kalian untuk menyembah Allah semata-mata dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.
Aku seru kalian dengan hujjah yang nyata dari Tuhanku, aku tidak mengajak kalian untuk mengikuti kitab baru, bahkan untuk mengikuti Kitabullah Al-Qur'an yang agung dan mengikuti Sunnah Rasul-Nya yang benar, yang tidak bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an ini, maka bertakwalah kalian kepada Allah dan taatlah kepadaku, nescaya kalian mendapatkan petunjuk.
وأُشهِد الله وكفى بالله شهيداً أنّ كوكب العذاب في طريقه ليمرّ على أرضكم ولعنة الله على الكاذبين، وليلة مروره سوف يعكس دوران الأرض فتطلع الشمس من مغربها ولعنة الله على الكاذبين، ألا والله لو أتاكم كوكب العذاب في يوم الجمعة واحد وعشرون من ديسمبر 2012 م لما زاد البشر إلا كفراً ولعبدوا الكوكب من دون الرحمن، ولما اتّبعوا الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني، ولقالوا: "يا ناصر محمد نحن سنتبع عقيدة السومريّين الذين أعلمونا بموعد مرور الكوكب الإله في 21 من ديسمبر 2012، وها هو مرّ الكوكب الإله، وصَدَقوا" . ومن ثم يردّ عليهم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني وأقول: الحمد لله ربّ العالمين الذي جعلكم تكفرون بعقائد السومريين الذين كانوا يعبدون الكواكب من دون الله، ولكنّي المهديّ المنتظر الحقّ الإمام ناصر محمد اليماني أشهد لله شهادة الحقّ اليقين أنّ كوكب العذاب سقر في طريقه إلى أرض البشر، ولا أقول بأنه سوف يصطدم بها بل يمرّ عليها فيمطر على المعرضين مطر السوء أحجاراً من نارٍ، فويلٌ يومئذ للمكذبين، ذلكم يومٌ عقيمٌ.
Aku bersaksikan Allah, cukuplah Allah sebagai saksi, sesungguhnya Kaukab Al-'Azab sedang dalam perjalanannya melintasi bumi kalian -laknat Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang berdusta-, dan pada malam ia melintasi bumi kelak, arah putaran bumi akan berlawanan dan matahari akan terbit dari arah terbenamnya
-laknat Allah ditimpakan ke atas para pendusta-
Ketahuilah demi Allah, seandainya Kaukab Al-'Azab mendatangi kalian pada hari Jumaat 21 Disember 2012, nescaya ianya tidak menambahkan kepada manusia melainkan mereka bertambah kufur, pasti mereka menyembah Kaukab itu selain Tuhan, tentu mereka tidak mengikuti Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.
Nescaya mereka berkata:
"Wahai Naser Mohammed, kami akan mengikuti kepercayaan kaum Sumeria yang telah memberitahukan kepada kami waktu lintasan Kaukab Tuhan pada 21 Disember 2012, dan ini dia Kaukab Tuhan itu telah melintasi bumi, kaum Sumeria benar".
Untuk itu Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas mereka, aku katakan:
Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam, yang telah menjadikan kalian mengingkari akidah kepercayaan kaum Sumeria, yang menyembah Kaukab selain Allah.
Akan tetapi aku Imam Mahdi yang hak, Imam Naser Mohammed Al-Yamani, aku bersaksi kerana Allah dengan kesaksian yang berhak diyakini, bahawasanya Kaukab Al-'Azab Saqar sedang dalam perjalanannya menuju bumi manusia.
Aku tidak mengatakan ianya akan menabrak bumi, namun ia melintasi bumi dan menghujani orang-orang yang berpaling, dengan hujan yang sejelek-jeleknya dengan bebatuan, maka kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan, itulah hari yang amat tandus Yaum 'Aqim.
ولا أقول إنّ يوم مروره هو يوم القيامة؛ بل مرور كوكب العذاب شرط من أشراط الساعة الكبرى لكون كوكب العذاب هو نار الله الكبرى سقر اللوّاحة للبشر تمرُّ عليهم من حينٍ إلى آخر، ومرورها الآتي هو الأقرب في تاريخ الكون، ولا تزال عجلة الحياة مستمرة بعد مرور الكوكب ليلة طلوع الشمس من مغربها فذلك ليس إلا حدوث شرط من أشراط الساعة الكبرى، ويأتي الكوكب للأرض من أطرافها ليُنقصها من البشر الأشرار في كل دورةٍ له، فاتقوا الله يا عباد الله ولا يفتنكم مكر الشياطين الذين حدّدوا مروره يوم واحد وعشرين من ديسمبر 2012م، وحكمتهم الخبيثة من ذلك هي حتى إذا جاء ذلك اليوم ولو أتى كوكب النّار فمن ثم لا يصدّق به البشر من بعد ذلك أبداً، ولكنّي الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أقسم بالله العظيم أنّ ما يسمونه بالكوكب العاشر نيبروا أنّه حقيقةٌ في القرآن العظيم وأنّه نارُ الله الكبرى وأنّ مروره شرط من أشراط الساعة، تصديقاً لقول الله تعالى: {كَلاَّ وَالْقَمَرِ (32) وَاللَّيْلِ إِذْ أَدْبَرَ (33) وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ (34) إِنَّهَا لَإِحْدَى الْكُبَرِ (35) نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ (36) لِمَن شَاء مِنكُمْ أَن يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ (37)} صدق الله العظيم [المدثر]. وسوف يهزم الله به الكفار بذكره القرآن العظيم فيأتي للأرض من أطرافها من جهة القطب الجنوبي إلى الشمالي. تصديقاً لقول الله تعالى: {أَفَلا يَرَوْنَ أَنَّا نَأْتِي الأَرْضَ نَنقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا أَفَهُمُ الْغَالِبُونَ} صدق الله العظيم [الأنبياء:44]؟
Aku tidak mengatakan hari melintasnya itu adalah Hari Kiamat; namun lintasan Kaukab Al-'Azab adalah sebuah pertanda dari tanda-tanda besar Kiamat, kerana Kaukab Al-'Azab adalah api neraka Allah yang besar, iaitu Saqar pembakar kulit manusia yang melintasi bumi dari waktu ke waktu.
Lintasannya yang akan datang ini adalah lintasan yang paling dekat dalam sejarah semesta, dan putaran kehidupan masih berlanjutan setelah lintasan Kaukab pada malam terbitnya matahari dari arah barat, tidaklah demikian itu melainkan suatu kejadian pertanda dari tanda-tanda besar Kiamat.
Kaukab itu akan mendatangi bumi dari penjuru-penjurunya untuk mengurangi bumi dari manusia-manusia jahat pada setiap kali lintasannya, maka bertakwalah kalian kepada Allah wahai hamba-hamba Allah, janganlah kalian difitnah oleh tipudaya syaitan-syaitan yang menetapkan waktu lintasannya pada 21 Disember 2012.
Tujuan jahat mereka dari yang demikian adalah supaya ketika tiba hari itu dan Kaukab Api tidak datang, lalu kerana itu manusia tidak mempercayainya lagi setelah itu selama-lamanya.
Akan tetapi aku Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, aku bersumpah demi Allah yang Maha Agung, bahawasanya yang dinamakan sebagai Planet Kesepuluh Nibiru itu adalah hakikat dalam Al-Qur'an yang agung, ia adalah api neraka Allah yang besar, dan lintasannya itu adalah sebuah tanda dari tanda-tanda besar Kiamat.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Sekali-kali tidak, demi bulan, (32)
dan malam ketika telah berlalu, (33)
dan subuh apabila mulai terang. (34)
Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar, (35)
sebagai ancaman bagi manusia. (36)
[yaitu] bagi siapa di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur. (37)
Maha Benar Allah
[Al-Muddatstsir]
Kelak dengannya Allah akan menghancurkan orang-orang yang kafir terhadap peringatan-Nya Al-Qur'an yang agung, ia akan mendatangi bumi dari penjuru-penjurunya dari arah Kutub Selatan ke Kutub Utara.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Maka apakah mereka tidak melihat bahwasanya Kami mendatangi bumi, lalu Kami kurangi penduduknya dari penjuru-penjurunya. Maka apakah mereka yang akan menang? (44)
Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]
وذلكم الكوكب يأتي للأرض من جهة أطراف القطبين الجنوبي إلى الشمالي فاسمعوا لما أقول:
أقسم بالله العظيم ربّ السماوات والأرض وما بينهما وربّ العرش العظيم أنّ كوكب العذاب حقيقةٌ لا شك ولا ريب، وأنّه آتٍ في عصر الدعوة المهديّة ليُظهر الله به المهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني في ليلةٍ على كافة البشر وهم الصاغرون المعرضون عن دعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم واتّباعه، فاعتصموا بحبل الله القرآن العظيم واكفروا بما يخالف لمحكم القرآن العظيم سواء يكون في التوراة أو في الإنجيل أو في أحاديث السنّة النبويّة، واعلموا أنّ ما خالف في كتاب الله التوراة أو كتاب الله الإنجيل لمحكم القرآن العظيم فإنّ ذلكافتراءٌ أُدخل في كتاب التوراة والإنجيل ولم يقله الله ورسله موسى وعيسى، وكذلك ما خالف لمحكم القرآن العظيم في أحاديث سنّة البيان فإنّ ذلك حديثٌ مفترًى من عند الشيطان على لسان أوليائه، غضب الله عليهم ولعنهم وأعدّ لهم عذاباً عظيماً.
Itulah Kaukab Al-'Azab yang mendatangi bumi dari arah penjuru-penjurunya dua kutub, dari Kutub Selatan ke Kutub Utara, maka dengarkan apa yang akan aku katakan:
Aku bersumpah demi Allah yang Maha Agung, Tuhan langit dan bumi beserta semua yang ada antara keduanya, Tuhan Pemilik Arasy yang agung, sesungguhnya Kaukab Al-'Azab adalah hakikat nyata tanpa syak dan ragu lagi.
Ia akan datang di era seruan dakwah Al-Mahdi, untuk Allah zahirkan Al-Mahdi Al-Muntadhar Naser Mohammed Al-Yamani dengannya, pada suatu malam kepada seluruh manusia, kerana mereka hina lagi berpaling dari seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung dan untuk mengikutinya.
Maka berpeganglah oleh kalian semua dengan buhul tali Allah Al-Qur'an, ingkarilah segala perkara yang bertentangan dengan muhkamnya sama ada perkara itu dalam Taurat, Injil dan dalam hadits Sunnah Nabawiyah.
Ketahuilah oleh kalian bahawa semua perkara dalam Kitab Allah Taurat atau Kitab Allah Injil, yang bertentangan dengan muhkam Kitab Allah Al-Qur'an yang agung, maka ianya adalah rekayasa dan pembohongan yang dimasukkan dalam Taurat dan Injil.
Yakni perkara yang bukan firman Allah dan bukan ucapan rasul-Nya Musa dan 'Isa, begitu juga dengan perkara yang bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an dalam hadits-hadits Sunnah Al-Bayan, ianya adalah hadits rekaan dari sisi syaitan melalui lisan penolong-penolongnya, Allah memurkai dan melaknat mereka dan menyiapkan bagi mereka azab seksaan yang berat.
ويا عباد الله فاتقوا الله وأطيعوني لعلكم تهتدوا، وقد دخل عمر الدعوة المهديّة إلى بداية العام التاسع منذ تاريخ 1 محرم لعام 1426 للهجرة ولا يزال علماء المسلمين معرضين عن دعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم فما بالكم باليهود والنّصارى! فلا تكونوا أوّل كافرٍ بدعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم يا معشر علماء المسلمين وأمّتهم فيسحتكم الله بعذابٍ مع الكافرين بالقرآن العظيم، فاتقوا الله وأطيعوني وأعلنوا الكفر بالتعدديّة المذهبيّة في دين الله فلا تتفرقوا في دين الله إلى شيعٍ وأحزابٍ وكل حزبٍ بما لديهم من العلم فرحون وهو باطلٌ مفترًى على الله ورسوله كل ما خالف لمحكم القرآن العظيم، فلا تفرّقوا دينكم شيعاً وأحزاباً فذلك مخالفٌ لأمر الله إليكم في محكم كتابه قال الله تعالى: {وَلَا تَكُونُوا كَاَلَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْد مَا جَاءَهُمْ الْبَيِّنَات وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَاب عَظِيم} صدق الله العظيم [آل عمران:105].
Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kalian kepada Allah dan taatlah kepadaku mudah-mudahan kalian mendapat petunjuk, sesungguhnya tempoh seruan dakwah Imam Mahdi telah memasuki permulaan tahun yang ke Sembilan sejak tanggal satu Muharram tahun 1426 Hijrah, sedang ulama umat Islam masih berpaling dari seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, apatah lagi orang-orang Yahudi dan Nasrani
!
Janganlah kalian menjadi orang yang pertama mengingkari seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Al-Qur'an ini wahai sekalian ulama Islam dan umatnya, kerana Allah akan membinasakan kalian dengan azab seksaan bersama orang-orang yang mengingkari Al-Qur'an, maka bertakwalah kalian kepada Allah dan taatlah kepadaku, nyatakanlah keingkaran terhadap berbilang-bilang mazhab dalam agama Allah.
Janganlah kalian berpecah belah dalam agama Allah, menjadi bergolongan-golongan dan berkelompok-kelompok, yang mana setiap golongan merasa bangga dengan ilmu yang ada pada mereka, padahal ianya kebatilan yang direkayasa terhadap Allah dan rasul-Nya, yaitu semua perkara yang menyalahi muhkam Al-Qur'an.
Janganlah kalian berpecah belah menjadi bergolongan-golongan dan berpuak-puak, kerana yang demikian itu bertentangan dengan perintah Allah kepada kalian dalam muhkam Kitab-Nya, firman Allah Ta'ala:
Dan janganlah kalian menyerupai orang-orang yang berpecah belah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang-orang yang mendapat azab seksaan yang berat, (105)
Maha Benar Allah
[Keluarga 'Imran]
فاعتصموا بحبل الله القرآن العظيم ولا تفرّقوا واكفروا بما يخالف لمحكم كتاب الله القرآن العظيم سواء يكون في التوراة أو في الإنجيل أو في أحاديث البيان في السنّة النبويّة، ولم يبتعث الله عبده ناصر محمد نبيّاً جديداً ولا رسولاً بل جعلني للنّاس إماماً من الصالحين أدعوهم إلى اتّباع ما جاء به موسى وعيسى وجميع الأنبياء من أوّلهم إلى خاتمهم محمد رسول الله -صلّى الله عليهم وأسلّم تسليماً- دعوة واحدةً موحدةً إلى عبادة الله وحده لا شريك له وكذلك دعوة الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني هي ذاتها دعوة الأنبياء والمرسلين. تصديقاً لقول الله تعالى: {وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلك مِنْ رَسُول إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَه إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ} صدق الله العظيم [الأنبياء:25].
Maka berpegang teguhlah kalian semua dengan buhul tali Allah Al-Qur'an dan janganlah bercerai berai, tolaklah semua perkara yang bertentangan dengan muhkam Kitabullah, sama ada perkara itu dalam Taurat, Injil atau dalam hadits-hadits Sunnah Nabawiyah.
Allah tidak mengutus hamba-Nya Naser Mohammed sebagai nabi baru dan tidak pula sebagai rasul, namun Allah telah menjadikanku sebagai Imam dari kalangan orang-orang sholeh yang memimpin manusia, aku seru manusia untuk mengikuti ajaran yang dibawa oleh Musa, 'Isa dan ajaran seluruh nabi Allah, dari yang pertama hingga penutup mereka Muhammad Rasulullah SAW.
Mereka membawa satu seruan dakwah yang sama, untuk beribadah hanya kepada Allah semata-mata tiada sekutu bagi-Nya, demikian juga seruan dakwah Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani adalah seruan dakwah yang sama oleh para nabi dan rasul.
Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:
Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada Tuhan [yang hak] melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". (25)
Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]
ويا عبيد الله اعبدوا الله وحده لا شريك له وتنافسوا مع العبيد في الكون إلى الربّ المعبود أيّهم أحبّ وأقرب، وتلك عبادة أنبياء الله لمن أراد أن يهتدي بهداهم فقد بيّن الله لكم طريقة هداهم إلى ربّهم في محكم كتابه القرآن العظيم. قال الله تعالى: {يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا} صدق الله العظيم [الإسراء:57]. ولقد جعل الله صاحب الدرجة العالية الرفيعة الأقرب إلى عرش الربّ عبداً مجهولاً لا يعلم به جميع الأنبياء والمرسلين فلمْ يتمّ تحديده، ولذلك يتمنى كلٌ منهم أن يكون هو العبد الأحبّ والأقرب إلى الربّ، ولذلك قال الله تعالى: {يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا} صدق الله العظيم [الإسراء:57]. ويحقّ لكل عبدٍ من عبيد الله الصالحين أن يتمنى أن يكون هو ذلك العبد الأحبّ والأقرب إلى الربّ إن كنتم إياه تعبدون، فتنافسوا إلى ربّكم بالباقيات الصالحات أيّكم أحبّ إلى الله وأقرب تفوزوا فوزاً عظيماً.
Wahai hamba-hamba Allah, sembahlah hanya kepada Allah semata-mata tiada sekutu bagi-Nya, berlomba-lomba dan saling bersainglah kalian semua, bersama para penyembah di dunia untuk menuju kepada Tuhan yang disembah, siapa antara mereka yang lebih cinta dan lebih dekat dengan-Nya, demikian itulah ibadah para nabi Allah bagi orang yang ingin mendapatkan petunjuk dengan petunjuk para nabi.
Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kalian akan jalan petunjuk mereka untuk menuju Tuhan mereka dalam muhkam Kitab-Nya Al-Qur'an yang agung.
Allah Ta'ala berfirman:
mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah], dan mereka mengharapkan rahmat Allah dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang [harus] ditakuti. (57)
Maha Benar Allah
[Al-Israa]
Sesungguhnya Allah telah menjadikan pemilik derajat yang tinggi dan terpuji, iaitu derajat kedekatan dengan Arasy Tuhan, sebagai milik bagi hamba yang tidak diketahui (majhul), seluruh nabi dan rasul tidak mengetahui siapakah pemilik derajat itu dan tidak ditentukan siapakah dia.
Kerana itu setiap orang dari mereka menginginkan untuk menjadi dia, yang memiliki derajat itu, derajat hamba yang paling cinta dan paling dekat dengan Tuhan.
Sebab itu Allah Ta'ala berfirman:
mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat [kepada Allah], dan mereka mengharapkan rahmat Allah dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang [harus] ditakuti. (57)
Maha Benar Allah
[Al-Israa]
Setiap hamba dari hamba-hamba Allah yang sholeh punya hak untuk berharap agar dirinya menjadi pemilik derajat itu, derajat hamba yang paling dicintai dan paling dekat dengan Tuhan.
Jika benar-benar kalian hanya menyembah kepada Allah sahaja, maka berlomba-lombalah kalian menuju Tuhan kalian dengan amal-amal perbuatan baik yang berkekalan di sisi-Nya, siapa antara kalian yang lebih dicintai Allah dan lebih dekat dengan-Nya, nescaya kalian akan menang dengan kemenangan yang besar.
ولربما يودّ أحد أنصار المهديّ المنتظَر في عصر الحوار من قبل الظهور أن يقول: "يا أيّها الإمام المهديّ المنتظر في عصر الحوار من قبل الظهور، هل يحقّ لنا نحن الأنصار السابقين الأخيار أن ننافس المهديّ المنتظر ناصر محمد اليماني في حبّ الله وقربه؟". ومن ثم يردّ عليهم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وأقول: ألا والله الذي لا إله غيره لئن تفضّلتم بالله للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وفضلّتم أن يكون هو العبد الأحبّ إلى الله منكم فإنّكم لن تجدوا لكم من دون الله ولياً ولا نصيراً، ثم يعذبكم الله عذاباً نكراً فذلك شركٌ بالله، وما كان الإمام المهديّ ابن الله، سبحان الله وتعالى علواً كبيراً! بل عبدٌ من عبيد الله أمثالكم، ولكم الحقّ في ذات الله ما للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني، ويحقّ لكم أن تنافسوا الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني في حبّ الله وقربه فكونوا ربّانيين ولا تبالغوا في الإمام المهديّ بأنّه هو الأحقّ منكم بأقرب درجةٍ في حبّ الله وقربه فتشركوا؛ بل تنافسوا مع العبيد في السموات والأرض إلى الربّ المعبود أيّهم أحبّ وأقرب إن كنتم تعبدون الله لا تشركون به شيئاً، فلا تبالغوا في الأنبياء والإمام المهديّ فتجعلوا التنافس إلى أقرب درجة في حبِّ الله وقربه لهم من دونكم، ومن ثم لا تجدوا لكم من دون الله ولياً ولا نصيراً. ألا وإنّما الأنبياء والإمام المهديّ ليسوا إلا عبيدٌ لله أمثالكم، ولم يجعلهم الله أبناءه حتى يكونوا هم الأحقّ به من دونكم، سبحان الله وتعالى عمّا يشركون! بل لكم الحق في ذات الله ما للأنبياء والمهديّ المنتظَر.
Barangkali ada anshar Imam Mahdi di era hiwar sebelum muncul mahu berkata:
"Wahai Imam Mahdi di era hiwar sebelum muncul, adakah kami para anshar pendahulu yang baik ini, punya hak untuk berlomba dan bersaing dengan Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani dalam kecintaan Allah dan kedekatan-Nya
?"
Untuk ini Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani membalas mereka, aku katakan:
Ketahuilah demi Allah, tiada tuhan selain-Nya, jika sekiranya kalian mengutamakan Allah hanya untuk Imam Mahdi, dan kalian memilihnya untuk menjadi hamba yang paling dicintai dan yang paling dekat dengan Allah dari kalian, maka kalian tidak akan menemukan bagi kalian penolong dan pembela selain Allah, lalu Allah akan mengazab kalian dengan azab seksaan yang tiada taranya, kerana yang demikian adalah syirik, menyekutukan Allah, Imam Mahdi bukanlah anak Allah (untuk kalian utamakan), Maha Suci Allah, Dia Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Agung
!
Bahkan Imam Mahdi hanyalah seorang hamba dari hamba-hamba Allah sama seperti kalian, kalian juga punya hak yang sama pada Allah, sebagaimana Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, kalian berhak untuk turut sama berlomba dan bersaing dengan Imam dalam mendapatkan kecintaan Allah dan mengapai kedekatan-Nya.
Maka jadilah kalian semua orang-orang Rabbani (yang hanya menyembah Allah dengan ilmu dan amal yang sempurna), janganlah kalian melebih-lebihkan Imam Mahdi dengan anggapan Al-Mahdi lebih berhak dari kalian, dan lebih dekat kedudukannya dalam kecintaan Allah dan kedekatan-Nya, kerana dengan demikian kalian melakukan syirik;
Namun berlomba dan bersainglah bersama para penyembah di langit dan bumi untuk menuju Tuhan yang disembah, siapa antara mereka yang lebih dicintai-Nya dan lebih dekat pada-Nya, jika kalian benar-benar menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.
Maka janganlah melebih-lebihkan dengan mengutamakan para nabi dan Imam Mahdi, lalu kalian menjadikan persaingan dan kompetisi untuk mendapatkan derajat yang lebih dekat dalam kecintaan Allah dan kedekatan-Nya itu, hanya untuk mereka sahaja tanpa kalian menyertainya, kemudian kalian tidak akan mendapatkan sesiapapun selain Allah sebagai penolong dan pembela kalian.
Ketahuilah kalian semua, bahawasanya para nabi dan Imam Mahdi hanyalah hamba-hamba Allah seperti kalian juga, Allah tidak menjadikan mereka itu anak-anak Allah hinggakan mereka menjadi lebih berhak dengan Allah selain dari kalian, Maha Suci Allah dan Dia Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan
!
Bahkan kalian punya hak yang sama pada Allah sebagaimana para nabi dan Imam Mahdi.
اللهم قد بلغت الأنصار السابقين الأخيار ليبلّغوا البشر بالبيان الحق للقرآن العظيم، اللهم فاشهد اللهم فاشهد اللهم فاشهد.
Ya Allah, sesungguhnya telah aku sampaikan kepada anshar pendahulu yang baik, supaya mereka menyampaikan keterangan yang benar bagi Al-Qur'an ini kepada manusia.
Ya Allah, maka saksikanlah Ya Allah, saksikanlah Ya Allah, saksikanlah.
وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
الداعي إلى الله على بصيرة؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Penyeru Allah dengan hujjah yang nyata;
Imam Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
ـــــــــــــــــــــ
sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=10408