الموضوع: Jumlah Bilangan Para Penyembah Di Kerajaan Tuhan Yang Disembah..

النتائج 1 إلى 5 من 5
  1. افتراضي Jumlah Bilangan Para Penyembah Di Kerajaan Tuhan Yang Disembah..

    المصدر:
    عدد العبيد في ملكوت الربّ المعبود..


    عدد العبيد في ملكوت الربّ المعبود..

    Jumlah bilangan para penyembah di kerajaan Tuhan Yang Disembah..


    - 1 -


    بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا (93) لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا(94)} صدق الله العظيم [مريم].

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. (93)

    Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. (94)

    Maha Benar Allah
    [Maryam]


    وأوّل رقمٍ في العدد في الحساب في الكتاب هو:
    {أَحَدٌ}، فهو الأوّل ليس قبله شيء سبحانه وتعالى علواً كبيراً! تصديقاً لقول الله تعالى: {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} صدق الله العظيم [الإخلاص:1].

    Nombor yang pertama dalam bilangan pada hitungan di Kitabullah adalah:
    "Ahad"
    (Satu/Esa/Tunggal)

    Maka Allah Yang Maha Esa adalah Yang Maha Awal/Pertama, yang tiada sesuatu apapun sebelum-Nya, Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi, Maha Luhur lagi Maha Agung
    !


    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Katakanlah: "Dia-lah Allah Yang Maha Esa, (1)
    Maha Benar Allah
    [Al-Ikhlas]



    برغم أنّ هذه الأرقام هائلة العدد ولكن لا قيمة لها إلا بوجود
    {اللَّهُ أَحَدٌ}، سبحانه عما يشركون وتعالى علواً كبيراً!

    Sungguhpun nombor-nombor ini adalah jumlah bilangan yang besar, akan tetapi tiada nilai baginya kecuali dengan adanya Allah Yang Maha Esa, Maha Suci Dia dari apa-apa yang mereka sekutukan dan Dia Maha Tinggi, Maha Luhur lagi Maha Agung
    !


    10000000000000000000000000000000000000000000000000
    00000000000000000000000000000000000000000000000000


    سلامُ الله عليكم أحبتي الأنصار السابقين الأخيار، فلنختبر ذكاءكم وذكاء الباحثين عن الحقّ جميعاً، فمَنْ منكم يستطيع أن يأتينا كم قدر هذا الرقم أعلاه؟ وإذا لم تستطيعوا فإني أعِدُكم بإذن الله أن أفصّله من الكتاب تفصيلاً، فذلك هو تعداد سكان العبيد في ملكوت السماوات والأرض في أسرار الحساب في محكم الكتاب، وكذلك له علاقة بأسماء الله الحسنى المائة اسم.


    Salam sejahtera ke atas kalian wahai kekasihku para pendahulu anshar terbaik, mari kita uji kecerdasan kalian dan kepintaran para pencari kebenaran seluruhnya, siapa di antara kalian yang dapat memberikan berapa kadar/nilai angka di atas ini
    ?

    Sekiranya kalian tidak mampu, maka sesungguhnya aku berjanji kepada kalian dengan izin Allah, bahawa aku akan menjelaskannya dari Kitabullah dengan terperinci.

    Demikian itu adalah populasi penduduk bagi para penyembah di kerajaan langit dan bumi, mengikut rahsia-rahsia perhitungan dalam muhkam Al-Qur'an, begitu juga ianya berhubungan dengan nama-nama Allah yang berjumlah seratus.



    وسلامٌ على المرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
    أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

    ــــــــــــــــــــــــ



    sumber:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=3400

  2. افتراضي

    - 2 -


    بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam ke atas para utusan dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


    وبما أنَّ حبيبي في الله إبراهيم كان أوّل السابقين في سرعة الردّ ولكنّه ردّ علينا بالحقّ بنسبة 1% من الإجابة وذلك قوله بما يلي:

    Oleh kerana kekasihku di jalan Allah, Ibrahim (forumer), yang pertama bersaing dalam kecepatan membalas jawaban, namun dia membalas kami dengan kebenaran yang hanya bernisbah 1% dari jawabannya, dan ianya adalah ucapan Ibrahim sebagaimana berikut:

    اقتباس المشاركة :
    ( نرى في الرقم أعلاه 99 صفراً بعد 1 فمجموع 99 و 1 هو عدد أسماء الله الحسنى = 100 )

    Kami perhatikan nombor di atas terdapat 99 sifar/kosong/nol setelah 1, maka total 99 dan 1 adalah jumlah bilangan nama-nama Allah yang indah = 100
    انتهى الاقتباس
    انتهى

    selesai


    وصدقت أخي إبراهيم ونعطيك واحداً على عشرة، ولك الحقّ أن تعيد الكرّة بعد الكرّة حتى تردّ بإجابة أكثر بياناً شرط أن لا يكون سبقك بها أحدُ الأنصار أو الباحثين بالردّ علينا بذات الإجابة، ولا يعني ذلك أننا نحرّم عليكم ذكر إجابات بعضكم بعضاً في الردود حاشا لله، ولكن حين تكون نقطةٌ في الردّ سبق ذكرها فهو اعتراف منه بإجابة أخيه ولكننا لا نعطيه عليها درجةً بل الدّرجة لأخيه الذي سبق بها إن كانت إجابةً صحيحةً، واعلموا أنَّ هذا اختبار لتوسيع ثقافتكم أحبتي في الله، ولنا حكمة من ذلك بالغة بالحقّ.

    Engkau benar wahai saudaraku Ibrahim, dan kami berikan nilai markah satu persepuluh kepadamu, engkau benar menghitung bulatan demi bulatan (sifar) sehingga engkau membalas dengan jawaban yang lebih banyak penjelasannya, dengan syarat tiada sesiapa dari anshar pendahulu terbaik atau para pencari kebenaran mendahuluimu untuk memberikan jawaban dengan balasan jawaban yang sama kepada kami.

    Demikian ini tidak bermakna kami melarang kalian menyebutkan jawaban-jawaban dari sebahagian kalian kepada sebahagian yang lain dalam membalas jawaban, moga dijauhkan oleh Allah, akan tetapi bilamana ada point yang telah disebutkan dalam balasan, maka ianya adalah pengakuan dan pengiktirafan darinya dengan jawaban saudaranya.

    Namun kami tidak berikan markah padanya terhadap jawaban itu, bahkan markah itu adalah untuk saudaranya yang terlebih dahulu memberikan balasan jawaban, sekiranya jawaban itu benar.

    Ketahuilah oleh kalian bahawa ini adalah ujian untuk meluaskan dan mengembangkan pendidikan serta kehalusan budibahasa kalian wahai kekasihku di jalan Allah, kami punya suatu hikmah yang sempurna dari yang demikian dengan kebenaran.


    وسلامٌ على المُرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
    أخوكم؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para utusan dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara kalian, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

    ـــــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=3400

  3. افتراضي

    - 3 -


    بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على جدّي محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم وجميع المسلمين إلى يوم الدين، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي الأنصار، السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين، وسلامٌ على المُرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad Rasulullah SAW serta seluruh kaum muslimin hingga Hari Pembalasan.

    Semoga keselamatan dan kesejahteraan tetap atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya wahai kekasihku para anshar, semoga keselamatan tetap ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang sholeh, salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..



    فبرغم أنّه يوجد أخطاءٌ في الردود ولكن لا تثريب عليكم مطلقاً؛ بل نطلق لكم العنان في التفكّر والتدبّر والبحث المستمر، ومن ثم تدلون بما حصلتم عليه من إجابات كردودٍ على سؤال الإمام المهدي الذليل عليكم العزيز على عدّوكم، وإنّي معلّمكم مما علّمني ربّي ولذلك فإنّي أكرر الإذن بإذن الله ومُطْلِقُ لكم العنان بلا حدود وبلا قيود، وهل تدرون لماذا لم نحرّم عليكم ذلك في هذه الردود التي تخصّ هذا السؤال؟ لكون لم تكن إجاباتكم فتاوى للعالمين بل ردّاً على السؤال كمحاولة للإجابة عليه ولم تقصدوا أن تكون ردودكم فتوى للعالمين؛ بل تعلمون أنّ من ورائكم إماماً سوف يهيمن عليكم وعلى كافة علماء الأمّة بسلطان العلم المبين، ولذلك فيجب عليكم الاجتهاد بالبحث عن الإجابة لهذا السؤال الحقّ بكل الوسائل الثقافية.

    Meskipun terdapat kesalahan-kesalahan dalam balasan jawaban, namun tidak mengapa ke atas kalian sama sekali, bahkan kami memberikan kalian keluasan dan jalan untuk pemikiran, perenungan dan pencarian kebenaran yang berterusan, lalu kalian mendapatkan petunjuk dengan jawaban-jawaban yang telah diberikan.

    Seperti balasan jawaban Imam Mahdi yang rendah hati terhadap kalian, yang tegas terhadap musuh kalian, sesungguhnya aku mengajarkan kalian ilmu yang Tuhanku ajarkan kepadaku, kerana itu aku ulangi pemberian izin dengan izin Allah, aku berikan kalian keluasan dan jalan tanpa batasan dan ikatan.

    Adakah kalian tahu mengapa aku tidak melarang kalian berbuat demikian dalam memberikan balasan jawaban yang khusus bagi pertanyaan ini
    ?

    Ini kerana jawaban-jawaban kalian tidak menjadi fatwa bagi umat, namun hanya sebagai balasan jawaban bagi pertanyaan ini, sebagai sebuah usaha (dari kalian) untuk menjawabnya, sedang kalian tidak bermaksud untuk menjadikan balasan jawaban kalian itu sebagai fatwa bagi umat;

    Bahkan kalian tahu bahawa di sisi kalian ada Imam yang kelak akan mengungguli kalian dan seluruh ulama umat dengan bukti penguasaan ilmu pengetahuan yang nyata, kerana itu wajib ke atas kalian untuk berijtihad dengan mencari jawaban yang benar bagi pertanyaan ini, dengan segala macam cara dan sarana yang terdidik.



    غير أن لي تعليق على اثنين من الأنصار وهم حبيبي في الله إبراهيم الذي يرى أنّه لا بدّ من وجود الخلق لكي تُعرف قيمة الخالق! فأقول: كلا حبيبي في الله؛ بل الله سبحانه وتعالى علواً كبيراً غنيّ بإيمانه بنفسه عن خلقه جميعاً. فانظر إلى الاسم الله:
    {الْمُؤْمِنُ} صدق الله العظيم [الحشر:23].

    Hanya sahaja aku punya komentar terhadap anshar kekasihku di jalan Allah, Ibrahim, yang berpendapat bahawa tidak boleh tidak, mesti ada wujudnya makhluk agar keagungan Sang Maha Pencipta dapat diketahui.

    Maka aku katakan:

    Tidak demikian wahai kekasihku di jalan Allah; Bahkan Allah Maha Suci Dia dan Maha Tinggi, Dia Maha Luhur lagi Maha Agung, bahkan Allah lebih Maha Kaya dengan kepercayaan-Nya dan keimanan-Nya kepada Dzat-Nya sendiri dari semua makhluk-Nya.

    Perhatikan nama Allah:

    Al-Mukmin

    Maha Benar Allah
    [Al-Hasr]



    والسؤال الذي يطرح نفسه: فما يقصد الله سبحانه أنّ يسمي نفسه:
    {الْمُؤْمِنُ}؟ وتجدون الجواب في محكم الكتاب في قول الله تعالى: {شَهِدَ اللّهُ أنّه لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ} صدق الله العظيم [آل عمران:18].

    Persoalan yang muncul:

    Apa maksud Allah SWT menamakan Diri-Nya:

    Al-Mukmin
    ?

    Kalian akan temukan jawabannya dalam muhkam Kitabullah pada firman Allah Ta'ala:

    Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia (18)
    Maha Benar Allah
    [Keluarga 'Imran]



    ومن ثم يتبيّن لكم المقصود من أحد أسماء الله الحسنى
    {الْمُؤْمِنُ} سبحانه ! أي المؤمن بنفسه فشهد بكلمة التوحيد. تصديقاً لقول الله تعالى: {شَهِدَ اللّهُ أنّه لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ} صدق الله العظيم [آل عمران:18].

    Maka dari itu jelaslah bagi kalian maksud dari satu nama-nama Allah yang baik
    Al-Mukmin, Maha Suci Dia
    !

    Yakni, Yang Maha Percaya kepada Diri-Nya, maka Dia telah bersaksi menerangkannya dengan kalimah tauhid.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia (18)
    Maha Benar Allah
    [Keluarga 'Imran]


    وبما أنّني الإمام المهدي جاهزٌ لحوار كافة الأطياف سواء الملحدين أو المُشركين فنحن لهم لبالمرصاد بإذن الله، ألا وإنّه لتوجد آياتٌ في الكتاب ناموسٌ ولكنّها ذات حدودٍ في بيان التطبيق ولا ينبغي للإمام المهدي أن يطبّقها بلا حدود لكوني لو استمرّ في تطبيقها حتى إذا تجاوزت الحدود المسموحة لتلك الآية فهنا سوف أخرج عن الصراط المستقيم إن فعلت. وأضرب لكم على ذلك مثل قول الله تعالى:
    {أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ} صدق الله العظيم [الطور:35].

    Oleh kerana aku ini Imam Mahdi, maka aku siap untuk berhiwar dengan seluruh kelompok sama ada kaum atheis atau musyrik, kerana kami benar-benar mengawasi mereka dengan izin Allah.

    Ketahuilah bahawasanya terdapat peraturan undang-undang (naamus) pada beberapa ayat dalam Al-Qur'an, bagaimanapun, ianya mempunyai had-had dalam bayan keterangan pelaksanaan dan penerapannya, tidaklah layak bagi Imam Mahdi untuk melaksanakannya tanpa batasan.

    Ini kerana, seandainya aku terus menerapkannya tanpa batasan, sehingga bilamana aku telah melampaui batas yang dibenarkan bagi ayat tersebut, maka di situ kelak aku akan terkeluar dari jalan yang lurus, andai aku benar-benar melakukannya
    .

    Aku berikan contoh kepada kalian terhadap yang demikian, firman Allah Ta'ala:

    Apakah mereka diciptakan tanpa "Sesuatu" pun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)? (35)
    Maha Benar Allah
    [Ath-Thuur]



    ومن هنا نستنبط فتوى الله بالحقّ أنّ لكل فعلٍ فاعلٌ، ولكن بيان هذه الآية ينتهي بسدرة المنتهى فلا ينبغي لنا أن نتجاوز ببيانها سدرة المنتهى كونه ما بعد الحقّ إلا الضلال لكون ناموس هذه الآية يتمّ تطبيقه على الخلائق من أكبر شيء خلقه الله "السدرة" إلى "الذرة" أنّ لكل فعلٍ فاعلٌ ما دون الخالق سبحانه وتعالى علواً كبيراً، فإذا وصلنا ببيان هذه الآية إلى سدرة المنتهى وهي قول الله تعالى:
    {أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ}، من ثم نقول: وكذلك سدرة المنتهى لا ينبغي لها أن تُخلق من غير خالق وراءها وهو الله ربّ العالمين، ومن ثم ينتهي عند سدرة المنتهى تطبيق ناموس هذه الآية كون بيان هذه إنما يُطبّق على الخلائق ما دون الخالق سبحانه وتعالى علواً كبيراً؛ بل وكذلك ينتهي عند سدرة المنتهى التفكير بالعقل والمنطق فلن يستطيع أن يتفكر عن كيفية ذات الله سُبحانه وتعالى علواً كبيراً، وكذلك يعجز البصر عن الإدراك فلن يتحمل رؤية ذات الله سبحانه وتعالى علواً كبيراً.

    Dari sini, kita dapat melakukan istinbath terhadap fatwa Allah dengan benar, bahawa setiap perbuatan pasti ada pelakunya, akan tetapi, bayan keterangan bagi ayat ini berakhir di Sidratul Muntaha, maka tidak layak bagi kita buat melampaui batasan dengan bayan keterangan mengenai Sidratul Muntaha.

    Ini kerana tiada sesudah kebenaran melainkan kesalahan, sebab peraturan undang-undang bagi ayat ini, penerapannya selesai terhadap makhluk ciptaan, dari makhluk yang paling besar ciptaan Allah yaitu Sidratul Muntaha, hinggalah makhluk yang sebesar dzarah.

    Bahawasanya setiap perbuatan tentu ada yang membuatnya, terkecuali Yang Maha Menciptakan, Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi, Dia Maha Luhur lagi Maha Agung, tatkala kita sampai pada keterangan ayat ini hingga ke Sidratul Muntaha, dan ianya adalah firman Allah Ta'ala:

    Apakah mereka diciptakan tanpa "Sesuatu" pun ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)?

    Untuk itu kami katakan:

    Demikian juga Sidratul Muntaha, tidak patut ianya diciptakan tanpa ada Sang Pencipta disebaliknya, Dialah Allah Tuhan Semesta Alam.

    Maka dari itu selesailah penerapan peraturan ayat ini di Sidratul Muntaha, kerana bayan keterangan ayat ini hanya diterapkan terhadap makhluk-makhluk ciptaan, tidak terhadap Allah Yang Maha Menciptakan mereka, Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi, Dia Maha Luhur lagi Maha Agung;

    Bahkan begitu juga pemikiran dengan akal dan logik berakhir di Sidratul Muntaha, kerana manusia tidak akan mampu memikirkan bagaimana Dzat Allah, Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi, Dia Maha Luhur lagi Maha Agung.

    Demikian juga penglihatan tidak dapat melihat-Nya kerana penglihatan tidak akan mampu menatap Dzat Allah, Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi, Dia Maha Luhur lagi Maha Agung.



    وعلى كل حال توجد إجابات للأنصار فيها شيء من الحقّ ويدل ذلك على ذكائهم، وأحدُهم كاد أن يصل إلى اثنين من عشرة.

    Bagaimanapun, pada jawaban-jawaban dari para anshar ada sesuatu dari kebenaran, ini menunjukkan kecerdasan mereka, hampir sahaja ada seorang dari mereka berjaya mencapai nilai dua persepuluh.


    وسلامٌ على المرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين. .
    أخوكم؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

    ـــــــــــــــــــــــ

    sumber:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=3400

  4. افتراضي


    - 4 -


    بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، والصلاة والسلام على جدّي محمد رسول الله صلّى الله عليه وآله الأطهار وجميع أنصار الله الواحد القهار إلى اليوم الآخر وأسلّم تسليماً..

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,sholawat dan salam ke atas nendaku Muhammad Rasulullah SAW beserta keluarganya yang suci, juga ke atas seluruh anshar Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan hingga Hari Kiamat, aku sampaikan kepada mereka salam penghormatan..


    أحبتي الأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور، أحبتي الباحثين عن الحقّ في طاولة الحوار من كافة البشر، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين وسلامٌ على المُرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

    Wahai kekasihku para anshar pendahulu yang baik di era hiwar sebelum muncul, kekasihku para pencari kebenaran di meja bundar hiwar dari seluruh manusia, salam sejahtera ke atas kalian beserta rahmat Allah dan keberkahan-Nya, semoga keselamatan tetap ke atas kita dan hamba-hamba Allah yang baik, salam ke atas para utusan dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


    قال الله تعالى:
    {إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا (93) لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا(94)} صدق الله العظيم [مريم].

    Firman Allah Ta'ala:

    Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. (93)

    Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. (94)

    Maha Benar Allah
    [Maryam]


    والسؤال الذي يطرح نفسه فما هي أمم العبيد الأحياء في الكتاب؟ والجواب تجدوه في محكم الكتاب في قول الله تعالى:
    {وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُون} صدق الله العظيم [الأنعام:38].

    Pertanyaan yang muncul dengan sendirinya adalah, apa dia umat-umat para penyembah yang hidup dalam Kitabullah
    ?

    Jawabannya kalian temukan dalam muhkam Al-Qur'an para firman Allah Ta'ala:

    Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kalian. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. (38)
    Maha Benar Allah
    [Al-An'aam]


    إذاً العبيد في الكتاب هم من البعوضة فما فوقها كل ما يدأب أو يطير من البعوضة إلى أكبر حجمٍ في العبيد وهم الثمانية حملة العرش العظيم فهم من عبيد الله من الأمم الطائرة. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ وَلاَ طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلاَّ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم مَّا فَرَّطْنَا فِي الكِتَابِ مِن شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُون} صدق الله العظيم [الأنعام:38].

    Jika demikian, maka para penyembah dalam Al-Qur'an, mereka itu termasuk nyamuk dan yang lebih kecil darinya, semua yang melata atau yang terbang dari nyamuk sampailah yang paling besar ukurannya dari kalangan hamba, yaitu lapan malaikat pemikul Arasy yang agung, mereka termasuk hamba Allah kalangan umat-umat yang boleh terbang seperti burung.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kalian. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan. (38)
    Maha Benar Allah
    [Al-An'aam]


    وجميعهم عبيد الله ذكرهم والأنثى. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {إِنْ كُلُّ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ إِلَّا آتِي الرَّحْمَٰنِ عَبْدًا (93) لَقَدْ أَحْصَاهُمْ وَعَدَّهُمْ عَدًّا(94)} صدق الله العظيم [مريم].

    Kesemua mereka adalah hamba Allah, yang jenis lelaki dan perempuan.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. (93)

    Sesungguhnya Allah telah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. (94)

    Maha Benar Allah
    [Maryam]



    وقال الله تعالى:
    {إِن تَكْفُرُواْ فَإِنّ اللّهَ غَنِيّ عَنكُمْ وَلاَ يَرْضَىَ لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِن تَشْكُرُواْ يَرْضَهُ لَكُمْ} صدق الله العظيم [الزمر:7].

    Firman Allah Ta'ala:

    Jika kalian kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman) kalian dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-hamba-Nya; dan jika kalian bersyukur, niscaya Dia meredhai bagi kalian kesyukuran kalian itu
    Maha Benar Allah
    [Az-Zumar]


    والسؤال الذي يطرح نفسه هو بالضبط فكم نسبة الشاكرين من عبيد الله بالملكوت وكم نسبة الكافرين؟ ومن ثم تجدون الجواب في محكم الكتاب في قول الله تعالى:
    {وقليلٌ مِنْ عِبادِيَ الشَّكُورُ} صدق الله العظيم [سبأ:13].

    Pertanyaan yang muncul adalah, secara tepatnya berapa nisbah mereka yang bersyukur dari kalangan hamba-hamba Allah di kerajaan-Nya, dan berapa pula nisbah hamba-hamba yang kufur
    ?

    Untuk ini kalian temukan jawabannya dalam muhkam Al-Qur'an pada firman Allah Ta'ala:

    Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur. (13)
    Maha Benar Allah
    [Saba']


    والسؤال الذي يطرح نفسه هو فما هي النسبة بالضبط التي يقصدها الله تعالى في هذا الموضع بقوله
    {قليلٌ}؟ فهل يقصد بها الثُمن من عباده في هذا المُوضع القرآني؟ أو يقصد بها الربع من عباده؟ أو يقصد بها النصف من عباده؟ أو يقصد بها الثلثين؟ وبما أنّ الظنّ لا يغني من الحقّ شيئاً فلا بدّ للبحث عن السلطان المبين من محكم القرآن حتى نعلم بالضبط عن النسبة المقصودة من قول الله تعالى: {وقليلٌ مِنْ عِبادِيَ الشَّكُورُ} صدق الله العظيم [سبأ:13].

    Pertanyaan yang muncul adalah, apakah nisbah secara tepatnya yang dimaksudkan Allah Ta'ala pada keadaan ini dengan firman-Nya
    "
    sedikit"
    ?

    Adakah yang Allah maksudkan dengannya seperdelapan dari hamba-hamba-Nya pada firman-Nya ini? Ataukah yang dimaksudkan adalah seperempat dari hamba-hamba-Nya? Atau yang dimaksudkan adalah dua pertiga
    ?

    Oleh kerana menduga-duga itu sama sekali tidak berguna buat menggapai kebenaran, maka tentulah perlu mencari bukti yang jelas dari muhkam Al-Qur'an, agar kita tahu secara tepatnya mengenai nisbah yang dimaksudkan dari firman Allah Ta'ala:

    Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur. (13)
    Maha Benar Allah
    [Saba']


    ومن ثم تجدون الجواب في محكم الكتاب في قول الله تعالى:
    {وَاذْكُرُواْ إِذْ أَنتُمْ قَلِيلٌ مُّسْتَضْعَفُونَ فِي الأَرْضِ تَخَافُونَ أَن يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ فَآوَاكُمْ وَأَيَّدَكُم بِنَصْرِهِ} صدق الله العظيم [الأنفال:26]. ، والجميع يعلمون أنّه يقصد المُسلمين في غزوة بدر فهي أوّل معركة بين المُسلمين والكفار في عصر بعث محمد رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم.

    Lalu kemudian kalian temukan jawaban dalam muhkam Al-Qur'an pada firman Allah Ta'ala:

    Dan ingatlah (hai para muhajirin) ketika kalian masih berjumlah sedikit, lagi tertindas di muka bumi (Mekah), kalian takut orang-orang (Mekah) akan menculik kalian, maka Allah memberi kalian tempat menetap (Madinah) dan dijadikan-Nya kalian kuat dengan pertolongan-Nya (26)
    Maha Benar Allah
    [Al-Anfaal]

    Semua orang tahu bahawa yang dimaksudkan adalah kaum muslimin dalam perang Badar, ianya adalah peperangan pertama antara kaum muslimin dan orang-orang kafir di era perutusan Muhammad Rasulullah SAW.


    ولربّما يودّ أن يقاطعني أحد السائلين فيقول: "يا ناصر محمد اليماني، كذلك لم نفهم بالضبط النسبة المقصودة في هذه الآية من كلمة{قليلٌ}". ومن ثم نترك الفتوى مباشرة من ربّ العالمين يفتيكم مباشرة في محكم الكتاب. وقال الله تعالى:
    {قَدْ كَانَ لَكُمْ آيَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ يَرَوْنَهُم مِّثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ وَاللّهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَن يَشَاء إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً لَّأُوْلِي الأَبْصَارِ} صدق الله العظيم [آل عمران:13].

    Barangkali ada seorang penanya mahu mengatakan:

    "Wahai Naser Mohammed Al-Yamani, begitupun kami tidak memahami secara tepatnya nisbah yang dimaksudkan pada ayat ini dari kalimah
    'sedikit'
    ?."

    Untuk itu kami biarkan fatwa secara langsung dari Tuhan Semesta Alam, yang menyatakannya terus kepada kalian dalam muhkam Kitab-Nya.

    Allah Ta'ala berfirman:

    Sesungguhnya telah ada tanda bagi kalian pada dua golongan yang telah bertemu (bertempur). Segolongan berperang di jalan Allah dan (segolongan) yang lain kafir, yang dengan mata kepala mereka lihat (seakan-akan) orang-orang muslimin itu dua kali lebih banyak dari jumlah sebenarnya. Allah menguatkan dengan bantuan-Nya siapa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai mata hati. (13)
    Maha Benar Allah
    [Keluarga 'Imran]


    وكما سبق توضيحه من قبل أنّ كلمة
    قليل تأتي حسب موضعها فهي إما يقصد بها الرقم (3) أو يقصد بها الثلث، إذاً يا أحبتي في الله قد تبيّنت لكم النسبة المقصود من كلمة قليل أنّه يقصد بها (الثلث) كون المقصود من قول الله تعالى: {يَرَوْنَهُم مِّثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ} صدق الله العظيم، بمعنى إنّهم ثلثٌ غلبوا ثلثين من الكفار. تصديقاً لوعد الله بالحقّ في قول الله تعالى: {فَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ مِائَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ وَإِنْ يَكُنْ مِنْكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوا أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ اللَّهِ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ} صدق الله العظيم [الأنفال:66].

    Sebagaimana penjelasan yang lalu, kalimah qoliil (sedikit) memberikan makna mengikut situasi dan keadaannya, sama ada ianya memberikan maksud nombor tiga (3) atau bermaksud
    tsuluts
    (sepertiga)
    .

    Jika demikian wahai kekasihku di jalan Allah, aku telah jelaskan kepada kalian nisbah yang dimaksudkan dari perkataan 'sedikit', bahawa ianya bermaksud sepertiga, ini kerana maksud dari firman Allah Ta'ala:

    yang dengan mata kepala mereka lihat (seakan-akan) orang-orang muslimin itu dua kali lebih banyak dari jumlah sebenarnya
    Maha Benar Allah

    Ini bermakna mereka (kaum muslimin) berjumlah sepertiga yang telah mengalahkan dua pertiga dari kaum kafir.

    Pembenaran terhadap janji Allah dengan hak pada firman Allah Ta'ala:

    Maka jika ada di antara kalian seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika di antara kalian ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (66)
    Maha Benar Allah
    [Al-Anfaal]


    وأمّا الآن فتبيّن لكم أنّ نسبة الشاكرين في العبيد أنّهم ثلث الأمم. تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وقليلٌ مِنْ عِبادِيَ الشَّكُورُ} صدق الله العظيم [سبأ:13].

    Sekarang ini, menjadi jelaslah bagi kalian nisbah mereka yang bersyukur dari kalangan hamba, bahawasanya bilangan mereka adalah sepertiga dari umat-umat.

    Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur. (13)
    Maha Benar Allah
    [Saba']



    وأمّا الآن فبكل يُسرٍ يعلمُ العالم والجاهل نسبة الشاكرين ونسبة الكافرين وتبيّن لكم أنّ الشاكرين من أمم العبيد ثلث والكافرين ثلثين لا شك ولا ريب، وهذه النسبة هي بشكل عام من عبيد الله في الملكوت كله.

    Maka sekarang ini, dengan mudahnya si alim maupun si jahil dapat mengetahui nisbah hamba-hamba yang bersyukur dan nisbah hamba-hamba yang kafir.

    Jadi jelaslah bagi kalian bahawa kalangan hamba yang bersyukur dari umat-umat adalah sepertiga, manakala kalangan yang kafir pula duapertiga tanpa syak dan ragu lagi.

    Nisbah ini adalah dalam bentuknya secara umum dari hamba-hamba Allah di seluruh kerajaan-Nya.



    وتستطيعون الآن أن تتوصلوا إلى تفصيل الرقم المذكور الذي يخص رقم العبيد الأحياء والربّ المعبود الحيّ القيّوم بحيث تقومون بتجزئة الرقم إلى ثلاثة أثلاث حتى تحصلوا على أرقام العبيد الشاكرين والكافرين بشرط أن يتبقى فقط رقم الربّ المعبود:
    {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد} [الإخلاص:1].

    Kini kalian dapat memperolehi perincian nombor yang dinyatakan, yang mengkhususkan nombor para penyembah yang hidup dan Tuhan Yang Disembah, Yang Maha Hidup lagi Maha Mandiri, yang mana kalian membuat pembahagian nombor kepada tiga sepertiga, sehinggalah kalian mendapatkan nombor hamba yang bersyukur dan yang tidak bersyukur, dengan syarat hanya berbaki nombor Tuhan Yang Disembah:

    Katakanlah: "Dia-lah Allah Yang Maha Esa, (1)
    [Al-Ikhlas]


    وهو الرقم واحد وما ينبغي حين تقسيم الرقم الأكبر أن يتبقى من بعد تقسيمة إلى أثلاث إلا الرقم واحد فقط تصديقاً لقول الله تعالى:
    {وَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ} صدق الله العظيم [البقرة:163]، لكون أوّل رقم في العدد في الوجود كله هو الرقم واحد الذي أوجد الوجود سبحانه وتعالى علواً كبيراً، وسوف أضرب لكم على ذلك مثلاً بتقسيم رقم افتراضي إلى أثلاث وهو بما تسمونه ديسليون كما يلي:

    Ianya adalah nombor SATU, tidak sepatutnya ada baki ketika membahagikan nombor terbesar setelah pembahagian sepertiga-sepertiga kecuali nombor SATU sahaja, pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

    Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha ESA; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (163)
    Maha Benar Allah
    [Al-Baqarah]

    Ini kerana nombor pertama dalam jumlah bilangan pada seluruh wujud adalah nombor SATU, nombor Tuhan Yang Maha Esa, yang menciptakan dan mengadakan kewujudan, Maha Suci Dia lagi Maha Tinggi, Dia Maha Luhur lagi Maha Agung.

    Kelak aku akan berikan contoh kepada kalian, dengan membahagikan nombor yang diperkirakan kepada sepertiga sepertiga, nombornya adalah apa yang kalian namakan sebagai Decillion seperti berikut


    00000000000000000000000000000000000000000000000000 0000000000 1



    والسؤال الذي يطرح نفسه فهذا الرقم الذي يسميه البعض ديسليون فهو ناتج ضرب كم؟ والجواب هو ناتج ضرب
    (1000 × نيفليار). أي ناتج ضرب الرقم الذي من قبله، فحين يتم ضربه في ألف يعطي ناتج الرقم الأكبر الذي يليه مباشرة وأنتم تعلمون ذلك جيداً، فتعالوا لنقسّم هذا الرقم إلى أثلاثٍ متساويةٍ ويا ترى فكم قدر ثلث هذا الرقم؟ وتجدون أن ثلثه هو بالضبط:

    Pertanyaan yang muncul adalah, nombor ini yang dinamakan oleh sebahagian orang sebagai Decillion, ianya adalah hasil dari daraban berapa
    ?

    Jawabnya, ia adalah hasil darab 1000 x (Tifilliar/Nifilliar/Nonilliard).

    Yakni hasil darab nombor sebelumnya, bilamana selesai didarabkan dengan 1000, ia akan langsung menghasilkan nombor yang lebih besar seterusnya, kalian mengetahui yang demikian itu dengan baik.

    Oleh itu mari kita bahagikan nombor ini kepada sepertiga-sepertiga yang sama, apa pendapatmu, berapakah kadar sepertiga nombor ini
    ?

    Maka kalian temukan bahawa sepertiga nombor ini dengan tepatnya adalah:


    333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333


    وأمّا الثلث الآخر فهو كذلك:

    Adapun sepertiga yang lain, maka ianya demikian juga:

    333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333


    وكذلك الثلث الأخير كما يلي:

    dan begitu pula sepertiga yang terakhir seperti berikut:

    333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333 333


    ومن ثم يتبقى من الرقم الذي تسمونه ديسليون هو الرقم:
    (( 1 ))

    Lalu kemudian, tinggallah sisa baki dari nombor yang kalian namakan Decillion, yakni tersisa nombor:
    SATU
    (( 1 ))



    وكذلك الأرقام العشرية من 10 إلى 100 إلى 1000 إلى عداد ذريات الملكوت كله سوف نقسّمه إلى أثلاث ويتبقى الرقم واحد
    {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد} من الرقم الإجمالي مهما بلغ ومهما يكون.

    Demikian juga nombor-nombor gandaan sepuluh dari 10 hingga 100 hingga 1000 hingga sebanyak bilangan dzarah (atom) di kerajaan-Nya, kelak kita akan bahagikannya kepada sepertiga-sepertiga, lalu tersisa baki SATU, Katakanlah: "Dia-lah Allah Yang Maha Esa, dari nombor keseluruhannya, tak kiralah bagaimana hasilnya dan bagaimana ia akan menjadi.


    ليس الرقم الذي أوردناه 99 صفر إضافة واحد هو أكبر الأرقام في الكتاب؛ بل لا يزال إلى عداد ذرات الملكوت ويتكون من واحد إضافة إلى أصفار فيكون عدد الأصفار بعداد ذرات ملكوت السماوات والأرض فلو نقوم بكتابة الأصفار فلن يكفينا خمسين مليون سنة ونحن نكتبها الليل والنّهار ولو نزيل الرقم واحد لأصبحت جميع الأرقام التي لو تمت كتابتها ملايين السنين لا شيء فلا قيمة لها إلا بوجود ربّ الوجود:
    {{{تَبَارَكَ اسم رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ}}}
    صدق الله العظيم [الرحمن:78].

    Ini kerana nombor 99 sifar yang kami bawakan tambahan SATU itu bukanlah n
    ombor yang terbesar dalam Kitabullah, namun ianya berterusan sebanyak bilangan atom di kerajaan-Nya, dan ianya terdiri dari SATU tambah sifar-sifar (zero/nol) hinggalah bilangan sifar-sifar itu menjadi sebanyak bilangan atom di kerajaan langit dan bumi.

    Seandainya kita tuliskan semua sifar-sifar itu, maka tidak akan cukup bagi kita limapuluh juta tahun, sedang kita menuliskannya malam dan siang, dan seandainya kita ambil lalu hilangkan nombor SATU, nescaya seluruh nombor yang andaikata selesai kita tuliskan selama jutaan tahun itu, akan menjadi tidak ada apa-apanya, nihil, tidak ada nilai baginya melainkan dengan adanya Tuhan bagi segala yang wujud.

    Maha Agung Nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (78)
    Maha Benar Allah
    [Ar-Rahman]



    وسلامٌ على المرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين.. .
    أخو البشر في الدم من حواء وآدم؛ الإمام المهدي ناصر محمد اليماني..

    Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

    Saudara manusia sedarah dari Hawa dan Adam,
    Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani..

    ــــــــــــــــــــــــ


    sumber:
    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=3400

  5. افتراضي Al Qur’an Yang Telah Diturunkan Adalah Seperti Pada Hari Ini Dengan Titik-titik Dan Tanda Huruf..

    - 5 -
    (عدد العبيد في ملكوت الربّ المعبود )


    اقتباس المشاركة 138480 من موضوع Al-Qur’an yang telah diturunkan adalah seperti pada hari ini dengan titik-titik dan tanda huruf, ianya tidak pernah ditukar atau diselaraskan di waktu Usman Ibn Affan

    Al-Qur’an yang telah diturunkan adalah seperti pada hari ini dengan titik-titik dan tanda huruf,
    ianya tidak pernah ditukar atau diselaraskan di waktu Usman Ibn Affan dengan titik-titik dan tanda huruf..



    Imam Nasser Muhammad al-Yameni
    22-05-2011
    02:05 am
    _________

    Wahai ulama-ulama Islam, adakah kamu ingat ayat :

    { وَلا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً }
    صدق الله العظيم [الإسراء:36]
    17-36: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya mengenainya.


    Gunalah logik dan akal ketika Allah mengutuskan utusan kepada kaumnya, Allah akan mengutuskan Kitab dengan bahasa mereka sendiri supaya mereka memahami apa yang diperkatakan oleh utusan tersebut. Selari dengan ayat :

    {وَمَا أَرْسَلْنَا مِن رَّسُولٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ فَيُضِلُّ اللّهُ مَن يَشَاء وَيَهْدِي مَن يَشَاء وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ }
    صدق الله العظيم [إبراهيم:4]
    14-4: Kami (Allah) tidak mengutuskan seorang rasul, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia (rasul itu) menjelaskan kepada mereka. Maka disesatkan oleh Allah sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki, dan diberi-Nya (Allah) petunjuk kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha gagah), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana).


    Oleh kerana Allah mengetahui bahasa Arab, dia mengutuskan mereka bahasa Arab.

    Ayat seterusnya :
    {إنًا جَعَلْنَاهُ قُرْآناً عَرَبِياً لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونْ }
    صدق الله العظيم [الزخرف:3]
    43-3: Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikannya al-Qur’an bahasa Arab supaya kamu mengerti.


    Soalan yang mesti mungkin disoal ialah adakah Al-Qur’an diutus tanpa sebarang titik-titik dan tanda huruf dan kemudian diselaraskan dan ditetapkan sewaktu Usman Ibn Affan seperti yang dipercayai oleh kebanyakkan orang Islam pada hari ini?

    Jawabannya adalah : Sebarang logik akal tidak dapat menerima ini. Jika perkataan-perkataan Arab dengan titik dan tanda-tanda berhenti, maka bagaimana Allah boleh mengarahkan utusanNya untuk menulis Al-Qur’an tanpa titik dan tanda huruf (harokat)? Dan kemudian diatasnya, Usman datang dan memecahkan arahan oleh Allah dan utusanNya ini dan memulakan memasukkan titik-titik dan tanda berhuruf di dalam Al-Qur’an?

    Bagaimana jahilnya kamu ulama-ulama Islam - saya hanya merujuk kepada mereka yang percaya khayalan syaitan yang mana Al-Qur’an tidak mempunyai titik-titik dan tanda berhuruf sehingga waktu Usman. Ini adalah pengakuan palsu oleh syaitan supaya mereka boleh berkata : “Oleh kerana Al-Qur’an diselaraskan hanya semenjak waktu Usman, maka kami menulis semula tanpa titik dan tanda huruf dalam bentuk asalnya. Maka kami membuatnya sebagaimana ia dihantar dalam bentuk asli,” tetapi saya bersaksi dihadapan Allah bahawa Al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dengan titik dan tanda berhuruf sebagaimana dicakapkan oleh Nabi Muhammad SAW dan ditulis mengikut kepada bagaimana nabi bercakap dibawah pengawasan Malaikat Jibril.

    Selari dengan ayat Allah Ta'ala:

    {وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٩٢﴾ نَزَلَ بِهِ الرُّ‌وحُ الْأَمِينُ ﴿١٩٣﴾ عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِ‌ينَ ﴿١٩٤﴾ بِلِسَانٍ عَرَ‌بِيٍّ مُّبِينٍ ﴿١٩٥﴾}
    صدق الله العظيم [الشعراء]
    [ 26:192] Dan sesungguhnya Al-Al-Qur’an adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
    [ 26:193] Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
    [ 26:194] Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran .
    [26:195] dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
    {وَكَذَلِكَ أَنْزَلْناهُ حُكْمًا عَربِيًّا }
    صدق الله العظيم [الرعد:37]
    13-37: Dan demikianlah Kami menurunkannya (al-Qur’an) sebagai hukum (peraturan) dalam bahasa Arab.


    Berkata Allah Ta'ala:

    { وَلَقَدْ ضَرَ‌بْنَا لِلنَّاسِ فِي هَـٰذَا الْقُرْ‌آنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُ‌ونَ ﴿٢٧﴾ قُرْ‌آنًا عَرَ‌بِيًّا غَيْرَ‌ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ ﴿٢٨﴾ }
    صدق الله العظيم [الزمر]
    39-27: Sesungguhnya telah Kami (Allah) buatkan bagi manusia dalam al-Qur’an ini dari segala (macam) perumpamaan supaya mereka mengambil peringatan.
    39-28: (Ialah) al-Qur’an bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan, supaya mereka bertakwa.

    Berkata Allah Ta'ala :

    وقال الله تعالى:
    {حم ﴿١﴾ تَنزِيلٌ مِّنَ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ ﴿٢﴾ كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْ‌آنًا عَرَ‌بِيًّا لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ ﴿٣﴾ }
    صدق الله العظيم [فصلت]
    41-1: Ha, Mim.
    41-2: Diturunkan daripada al-Rahman (Maha Pemurah), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).
    41-3: Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, Qur’an (bacaan) dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui.

    Berkata Allah Ta'ala:


    وقال الله تعالى:
    {وَكَذلِك أوْحيْنا إلَيْكَ قُرْآنا عَرَبِيًّا لِتُنْذِرَ أُمَّ القُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا وَتُنْذِرَ يَوْمَ الْجَمْعِ لارَيْبَ فِيهِ فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ}
    صدق الله العظيم [الشورى:7]
    42-7: Demikianlah Kami (Allah) mewahyukan kepada engkau al-Qur’an dalam bahasa Arab supaya engkau memberi peringatan kepada “umul-qura” (ibu kota) dan penduduk di sekelilingnya, serta memberi peringatan tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka.


    Berkata Allah Ta' ala :

    وقال الله تعالى:
    {وَمِنْ قَبْلِهِ كِتابُ مُوسَى إمَامًا وَرَحْمَةً وَهَذا كِتابٌ مُصَدِّقٌ لِسانًا عَرَبِيًّا لِيُنْذِرَ الَّذينَ ظَلَمُوا وَبُشْرَى لِلْمُحْسِنِينَ}
    صدق الله العظيم [الأحقاف:12]
    46-12: Dan sebelumnya adalah kitab Musa, sebagai imam (pimpinan) dan rahmat. Dan ini adalah kitab yang membenarkan dalam lisan (bahasa) Arab untuk memberi peringatan kepada orang yang zalim dan memberi khabar gembira kepada muhsinin (orang yang berbuat baik).

    Takutlah pada Allah, adalah tidak logik untuk difikirkan bahawa Al-Qur’an telah diturunkan tanpa titik dan tanda huruf. Syaitan-syaitan manusia dan syaitan jin mahu menggunakan ini terhadap kamu yang Al-Qur’an sudah tidak sama lagi ia telah ditukarkan dengan titik dan tanda berhuruf dan kedua-dua mereka (syaitan manusia) dan kamu ( sesiapa yang percaya mereka ) adalah penipu. Saya bersaksi bahawa Al-Qur’an telah diturunkan dengan titik dan tanda huruf tanpa sebarang keraguan atau prasangka.

    Sesiapa yang menggunakan akal saya cabar kamu untuk melakukan sholat satu rakaat atau dua rakat dan kemudian bayangkan dan renungkan mengenai perkara ini. Adakah mungkin Allah mengarahkan utusanNya untuk menulis Al-Qur’an tanpa titik-titik dan tanda huruf? Bagaimana manusia boleh membezakan antara perkataan dengan atau tanpa hanya satu titik hilang?

    {يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ}
    صدق الله العظيم [البقرة:273]
    mereka itu disangka orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.


    Mari kita bayangkan perkataan (أَغْنِيَاءَ) (kaya) tanpa titik atas (nun), dalam hal ini, ia boleh jadi samada (أَغْنِيَاءَ) ( kaya ) atau (أغبياء) (bodoh).

    Inilah bagaimana hilangnya satu titik boleh mengubah perkataan dari satu perkataan kepada perkataan dan daripada satu makna kepada yang lain. Maka bagaimana manusia mahu membaca sesuatu perkataan? Bagaimana mereka boleh membacanya apabila satu titik hilang? Tidak ada logik akal yang boleh menerima ini.

    {وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَ‌بِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٩٢﴾ نَزَلَ بِهِ الرُّ‌وحُ الْأَمِينُ ﴿١٩٣﴾ عَلَىٰ قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِ‌ينَ ﴿١٩٤﴾ بِلِسَانٍ عَرَ‌بِيٍّ مُّبِينٍ ﴿١٩٥﴾}
    صدق الله العظيم [الشعراء]
    [ 26:192] Dan sesungguhnya Al-Al-Qur’an adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.
    [ 26:193] Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.
    [ 26:194] Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran .
    [26:195] dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata


    Maka bagaimana ia mudah difahami jika ia tidak ada titik? Adakah kamu tidak membayangkan? Saya ulangi semula soalan, bagaimana ianya mudah difahami jika ia telah diturunkan tanpa titik? Sudah pasti sesiapa kamu yang percaya ini adalah bohong.

    وَكَذَلِكَ أنْزلْناهُ قُرآنًا عَربِيًّا وَصَرَّفْنا فِيهِ مِنَ الْوَعِيدِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونُ أَوْ يُحْدِثُ لَهُمْ ذِكْرًا}
    صدق الله العظيم [طه:113]
    20- 113: Dan demikianlah, Kami (Allah) menurunkan al-Qur’an dalam bahasa Arab, dan Kami (Allah) telah menerangkan di dalamnya sebahagian daripada ancaman, agar mereka bertakwa, atau ia (al-Qur’an itu) menimbulkan peringatan bagi mereka.


    Kamu juga mendakwa yang Al-Qur’an tidak dikumpulkan diwaktu Nabi Muhammad saw dan kamu adalah pendusta. Al-Qur’an telah ditulis daripada ayat pertama hingga keayat akhir seperti ianya pada hari ini dengan titik-titik dan tanda huruf. Sebagaimana Al-Qur’an hari ini. Tetapi pada mereka yang tidak mengunakan akal berkata : Al-Qur’an tidak mempunyai titik, tanda titik dan tanda huruf sewaktu Nabi Muhammad saw bermakna ini adalah tambahan pemalsuan dan dengan itu mereka akan menulis Al-Qur’an tanpa titik, tanda titik dan tanda huruf. Takutlah pada Allah dan hentikan mempercayai pembohongan ini dan pembohongan yang lain mengenai tujuh bacaan-bacaan Al-Qur’an. Al-Qur’an hanya mempunyai SATU bacaan. Hentikan mempercayai pembohongan berkaitan Al-Qur’an yang tidak mempunyai titik, tanda titik dan tanda huruf semasa waktu Nabi Muhammad saw. Bahasa Arab lebih mudah difahami dengan titik-titik dan tanda huruf.

    Jika Al-Qur’an tidak dengan titik, jadi bagaimana kamu membezakan antara huruf-huruf (ت) dan (ب), Baa & Taa, dan diantara huruf (خ) dan (ح) dan (ج), Gim dan Haa dan Khaa, dan antara huruf (ر) dan (ز) Zeen dan Ra, dan antara huruf- huruf (ع) dan (غ). Adakah kamu tidak menggunakan logik akal?

    Tambahan saya mendapati kamu mendakwa yang (با) (Ba) mengandungi 3 huruf dan saya dapati kamu menulisnya (باء) Baa2 dan kamu menipu lagi. Dalam Al-Qur’an saya dapati perkataan (باء) bermakna " dia kembali " selari dengan ayat:

    {وَمَن يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلاَّ مُتَحَرِّفاً لِّقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزاً إِلَى فِئَةٍ فَقَدْ بَاء بِغَضَبٍ مِّنَ اللّهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ}
    صدق الله العظيم [الأنفال:16]
    8-16: Dan sesiapa berpaling membelakangi mereka pada hari itu (ketika berperang), kecuali kerana tujuan strategi perang atau kerana hendak menggabungkan diri dengan pasukan (yang lain), maka sesungguhnya dia kembali dengan kemurkaan Allah dan tempatnya adalah Neraka Jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali.

    Adakah ianya logik yang huruf ini بَاء (Baa) juga sama dengan huruf با (Baa)?

    Kamu telah mrmbaca huruf Allah باء lagi huruf با yang tanpa hamza dihujung akhirnya.

    Wahai manusia jika kebenaran akan mengikuti keinginan kamu pengertian Al-Qur’an yang sebenar akan hilang malah jika ia semata-mata menulis huruf با Ba dengan hamza pada hujung akhir seperti yang kamu dakwa, tetapi saya bersumpah yang huruf-huruf (ت) dan (با) Ba dan Ta adalah tanpa ء (hamza) pada hujungnya. Ini adalah kerana jumlah bilangan huruf Arab adalah 29 huruf tanpa ragu atau curiga dan juga kamu akan dapati bilangan Surah yang bermula dengan huruf (initial) juga ada 29 surah dan jumlah bilangan huruf rahasia (initial) pada permulaan-permulaan untuk surah tersebut adalah 78 dan juga adalah jumlah nombor sebutan huruf Arab juga adalah 78.

    Sekarang bila kami campurkan jumlah nombor titik-titik dalam huruf Arab (22) kepada jumlah nombor sebutan huruf Arab (78), keputusan jumlah nombor adalah 100 selari dengan 100 nama Allah. Oleh karena itu kami menunda keterangan lengkap mengenai hitungan dari rahasia Al-kitab sampai kami keluar dengan mendapat hasil dan saya akan mendirikan hujjah terhadap kalian tentang jumlah huruf pengucapan huruf bahasa arab.

    ________________________________________

    Pertanyaan pertama kepada Imam Mahdi dalam bahasa Arab adalah dimana kalian akan menemukan dia kembali {بَاءَ} adalah sinonim (sama) dengan menang atau memenangkan? Dan Allah berfirman :

    أَفَمَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَ اللَّهِ كَمَن بَاءَ بِسَخَطٍ مِّنَ اللَّهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ
    Apakah orang yang mengikuti keridhaan Allah sama dengan orang yang kembali membawa kemurkaan (yang besar) dari Allah dan tempatnya adalah Jahannam? Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali

    [Al-Imraan : 162]

    Dan Allah SWT berfirman :

    وَمَن يُوَلِّهِمْ يَوْمَئِذٍ دُبُرَهُ إِلَّا مُتَحَرِّفًا لِّقِتَالٍ أَوْ مُتَحَيِّزًا إِلَىٰ فِئَةٍ فَقَدْ بَاءَ بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَمَأْوَاهُ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

    Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.
    [Al-Anfaal : 16]

    Selain itu ia diucapkan untuk menghubungkan pada baris ( بَاء ) kalimat huruf itu (ب) yang ditulis

    Dan saya juga menemukan di kitab bahwa jumlah pengucapan huruf dari bahasa Arab adalah (78) huruf dan ditambahkan kepada titik-titik dari huruf asli dan kemudian kami mendapatkan tanda-tanda atas sejumlah nama hamba-hamba dan seratus nama-nama Tuhan dimulai dari angka nol (0) diikuti oleh 99.

    Dengan itu saya menjemput seluruh pakar-pakar bahasa Arab untuk berhujah akan hal ini. Dan mungkin seseorang boleh berkata: kadangkala kamu Nasser membuat kesilapan bahasa maka bagaimana kamu akan berhujah dengan kami? Dan jawaban yang saya beri kepada mereka adalah: benar saya melakukan kesilapan bahasa tetapi apabila ia berkaitan dengan keterangan Al-Qur’an, saya tidak berbuat kesilapan kerana bilangan huruf Arab adalah 29 tanpa ragu dan curiga.

    Saya bersumpah saya tidak mengetahui yang kamu telah malah menyimpang daripada bilangan huruf Arab sehingga Allah mengajar saya angka Satu.

    قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد
    Katakan : Dialah Allah maha esa (Al-Ikhlas)



    Salam kepada seluruh utusan-utusan Allah.
    Imam Mahdi al-Muntazar Nasser Muhammad Al-Yameni


    https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=16520
    اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..


المواضيع المتشابهه
  1. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 09-06-2019, 02:56 AM
  2. Hakikat Para Penyihir, Para Peramal Dan Penyembah Thooghuut -Syaitan-..
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 06-07-2018, 09:29 PM
  3. Berapakah jumlah para nabi dan rasul yang disebutkan dalam Al Quran?
    بواسطة أبو عزرا في المنتدى Melayu
    مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 19-12-2016, 10:49 AM
  4. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 19-03-2016, 01:06 PM
  5. مشاركات: 0
    آخر مشاركة: 13-07-2014, 07:17 PM
ضوابط المشاركة
  • لا تستطيع إضافة مواضيع جديدة
  • لا تستطيع الرد على المواضيع
  • لا تستطيع إرفاق ملفات
  • لا تستطيع تعديل مشاركاتك
  •