القرآن رسالةٌ شاملةٌ للثقلين ويحوي مفاتيح الغيب كُلها من الأحداث العظمى الهامّة من البداية إلى النهاية..
- 1 -
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
14 - 03 - 1426 هـ
23 - 04 - 2005 مـ
04:33 صباحاً
ــــــــــــــــــ
القرآن رسالةٌ شاملةٌ للثقلين ويحوي مفاتيح الغيب كُلها من الأحداث العظمى الهامّة من البداية إلى النهاية..
Al-Qur'an Adalah Risalah Syamilah -Pesan Yang Menyeluruh- Untuk Manusia Dan Jinn, Yang Mengandungi Seluruh Kunci Keghaiban Termasuk Peristiwa-peristiwa Besar Lagi Penting Dari Awal Hingga Akhir..
بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المُرسلين والحمدُ لله ربّ العالمين..
قال تعالى: {فَبَشِّرْ عِبَادِ ﴿١٧﴾ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّـهُ وَأُولَـٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ ﴿١٨﴾} صدق الله العظيم [الزمر].
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam ke atas para utusan dan pujian hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam...
Firman Allah SWT:
Maka sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku, (17)
yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. (18(
Maha Benar Allah
[Az-Zumar]
مهلاً مهلاً، وكان الإنسان عجُولاً متسرعاً في الحكم وذلك صاحب النظرة القصيرة من دون تدبر بالعقل والمنطق، وأنا لا أُحاوركم بالطلاسم بل بالقرآن العظيم بالعلم والمنطق مستنبطاً الحقائق من هذا القرآن العظيم الذي اتخذوه مهجوراً، وهو كتالوج لصنع الله الذي أتقن كُل شيء، وقال تعالى: {وَلَقَدْ جِئْنَاهُم بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَىٰ عِلْمٍ هُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿52﴾ هَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ ۚ يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ مِن قَبْلُ قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ(53)} صدق الله العظيم [الأعراف].
Maka ambillah ia secara perlahan-lahan, adalah manusia itu tergesa-gesa dalam membuat pertimbangan, dan yang demikian itu adalah mereka yang berfikiran singkat, tanpa memikirkan dan merenungkan dengan akal fikiran serta logik.
Ini kerana aku tidak menghujah kalian dengan kata-kata yang kabur atau kurang jelas, akan tetapi aku berhujjah dengan Al-Qur’an yang agung, dengan ilmu pengetahuan dan logik, dengan merumuskan dan membuat kesimpulan terhadap hakikat-hakikat kebenaran dari Al-Qur’an yang agung ini, yang mana mereka telah meninggalkannya dan menjadikannya sebagai sesuatu yang tidak dipedulikan.
Padahal Al-Qur'an adalah Katalog bagi perbuatan Allah yang telah membuat segala sesuatu dengan kokoh.
Allah SWT berfirman:
Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab [Al Qur’an] kepada mereka, yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami; menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (52)
Tiadalah mereka menunggu-nunggu kecuali [terlaksananya kebenaran] Al Qur’an itu. Pada hari datangnya kebenaran pemberitaan Al Qur’an itu, berkatalah orang-orang yang melupakannya sebelum itu: "Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami membawa yang hak. (53)
Maha Benar Allah
[Al-A’raaf]
وقال تعالى: {وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ آيَتَيْنِ فَمَحَوْنَا آيَةَ اللَّيْلِ وَجَعَلْنَا آيَةَ النَّهَارِ مُبْصِرَةً لِتَبْتَغُواْ فَضْلاً مِّن ربّكم وَلِتَعْلَمُواْ عَدَدَ السِّنِينَ وَالْحِسَابَ وَكُلَّ شَيْءٍ فَصَّلْنَاهُ تَفْصِيلاً} صدق الله العظيم [الإسراء: 12].
Allah SWT berfirman:
Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda, lalu Kami hapuskan tanda malam dan Kami jadikan tanda siang itu terang, agar kalian mencari karunia dari Tuhan kalian, dan supaya kalian mengetahui bilangan tahun-tahun dan perhitungan. Dan segala sesuatu telah Kami terangkan dengan jelas. (12)
Maha Benar Allah
[Al-Isra]
ولكن للأسف الشديد فإن كثيراً من المُسلمين أصبح جُلّ اهتمامهم بالغُنَّة والقلقلة ومخارج نطق الحروف دون تدبّرٍ لنطق كلمات القرآن كالذي يَنْعِقُ بما لا يسمع، أو كالذي يحمل ما لا يفهم كمثل الحمار يحمل أسفاراً ولا يفهم ما يحمل على ظهره، والقرآن العظيم جعله الله المُوسوعة العظمى فيه خبركم وخبر ما قبلكم ونبأ ما بعدكم، ولا تحيط التوراة بأنباء القرون الأولى، وقال فرعون لموسى: {قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَىٰ ﴿٥١﴾قَالَ عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي فِي كِتَابٍ لَّا يَضِلُّ رَبِّي وَلَا يَنسَى ﴿٥٢﴾} [طه].
Namun sangat malangnya, kebanyakan perhatian umat Islam lebih tertumpu pada suara-suara ketika membaca Al-Qur’an, dengan ghunnah, qalqalah dan bagaimana untuk menyebut huruf-huruf dengan benar, tanpa mentadabburi dan mengetahui makna sebutan kalimah-kalimah Al-Qur’an.
Seperti pengembala memanggil haiwan ternak yang tidak mendengarkan selain dari seruan dan teriakan sahaja, atau seperti seseorang yang membawa sesuatu yang tidak difahaminya, seperti seekor keldai yang membawa kitab-kitab, namun tidak memahami apa yang ia bawa dibelakangnya.
Allah SWT telah menjadikan Al-Qur’an yang suci sebagai ensiklopedia yang agung, yang padanya terdapat berita mengenai kalian, berita tentang orang-orang sebelum kalian, dan berita yang akan terjadi setelah kalian.
Kitab Taurat tidak mempunyai berita pada abad yang pertama, yang mana Firaun telah bertanya kepada Nabi Musa berkaitan abad pertama:
Berkata Fir’aun: "Maka bagaimanakah keadaan umat-umat yang dahulu?" (51) Musa menjawab: "Pengetahuan tentang itu ada di sisi Tuhanku, di dalam sebuah kitab, Tuhan kami tidak akan salah dan tidak [pula] lupa; (52)
[Thoha]
وقال تعالى في القرآن: {اَمِ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِهٖۤ اٰلِهَةً قُلْ هَاتُوْا بُرْهَانَكُمْۚ هٰذَا ذِكْرُ مَنْ مَّعِىَ وَذِكْرُ مَنْ قَبْلِىْؕ بَلْ اَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُوْنَۙ الحقّ فَهُمْ مُّعْرِضُوْنَ} صدق الله العظيم [الأنبياء: 24].
Allah Yang Maha Tinggi berfirman dalam Al-Qur’an:
Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah: "Unjukkanlah hujjahmu! [Al Qur’an] ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan peringatan orang-orang yang sebelumku". Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang hak, karena itu mereka berpaling. (24)
Maha Benar Allah
[Al-Anbiya]
إذاً القرآن هو الكتاب الجامع لجميع الكتب السماويّة التي أنزلها الله على الإنس والجنّ جعله الله كتاباً شاملاً، ورسوله شاملٌ للإنس والجنّ، فحين استمعت القرآن الجنُّ قالوا: {إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا ﴿١﴾ يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا﴿٢﴾} [الجن].
Maka dari itu, Al-Quran merupakan sebuah Kitab yang mengumpulkan seluruh kitab samawi yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia dan jin, yang Allah SWT telah menjadikan ianya sebagai sebuah Kitab yang lengkap lagi menyeluruh.
Begitu pula Rasul yang membawakannya juga merupakan seorang Rasul yang lengkap dan menyeluruh bagi semua manusia dan jinn, yang mana ketika jinn mendengarkan Al-Qur’an ini mereka berkata:
"Demi sesungguhnya kami telah mendengar Al-Qur’an yang paling menakjubkan (1)
yang memberi petunjuk ke jalan yang benar, maka kami beriman kepadanya dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan sesuatu apapun dengan Tuhan kami” (2).
[Al-Jinn]
إذاً القرآن رسالة شاملة للثقلين ويحوي مفاتِح الغيب كُلها من الأحداث العظمى الهامة من البداية إلى النهاية، ولو أقول لكم كُل ما عندي من العلم لضجَجْتم عليَّ ضجة رجلٍ واحد: "ما سمعنا بهذا من قبل إن هذا إلا اختلاق". ذلك لأن القرآن بدأ غريباً في تنزيله وسوف يعود غريباً في تأويله.
Oleh itu, Al-Qur’an adalah pesanan yang menyeluruh (risalah syamilah) kepada manusia dan jinn, yang mengandungi seluruh kunci perkara ghaib, yang mencakupi peristiwa-peristiwa utama yang penting dari awal hingga akhir.
Sekiranya aku beritahukan kepada kalian mengenai seluruh pengetahuan yang ada padaku, pasti kalian semua akan menjerit kepadaku seperti seseorang yang berteriak:
"Kami tidak pernah mendengarnya sebelum ini, tiadalah ianya melainkan hanya rekaan semata-mata"
Demikian ini kerana Al-Qur’an itu bermula secara asing ketika penurunannya dan kelak ia akan kembali menjadi asing pada takwilannya.
إخواني الكرام لا أقول لكم أنّني نبيٌّ ولا رسولٌ ولكن الله زادني بسطةً في العلم وأعلم من الله ما لا تعلمون، ولسوف أجاهد الناس بهذا القرآن جهاداً كبيراً بالحوار بالعلم والمنطق على الواقع الحقيقي، ولا ينبغي لكم أن تصدقوني ما لم آتيكم بسلطانٍ مبينٍ من هذا القرآن العظيم، وليَ شرط أن نحتكم إلى هذا القرآن، ومن أحسن من الله حُكماً، ومن أصدق من الله قيلاً، ومن أصدق من الله حديثاً؟ بأي حديث بعد الله وآياته يؤمنون؟ وقال تعالى: {فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ ﴿٥٠﴾} صدق الله العظيم [المرسلات].
Saudara-saudaraku yang mulia, aku tidak mengatakan kepada kalian bahawa aku adalah seorang nabi atau rasul, akan tetapi Allah SWT telah memberi tambahan pengetahuan kepadaku, dan aku mengetahui dari Allah mengenai perkara yang kalian tidak tahu.
Kelak aku akan berjihad dan menentang orang ramai menggunakan Al-Qur'an ini dengan jihad yang besar, melalui jalan hiwar berdialog dengan pengetahuan dan logik akal berdasarkan realiti sebenar.
Kalian tidak seharusnya mempercayaiku selagi aku belum datangkan kepada kalian bukti yang jelas dari Al-Qur'an yang agung, dan aku mempunyai satu syarat, iaitu hendaklah kita menjadikan Al-Qur'an ini sebagai hakim yang memutuskan di antara kita.
Siapakah yang lebih baik selain Allah sebagai Hakim yang Maha Memutuskan, dan siapakah yang lebih benar ucapannya selain dari ucapan Allah yang Maha Benar
?
Siapakah yang lebih benar perkataannya selain Allah
?
Pada perkataan manakah sesudah perkataan Allah ini kalian akan percaya
?
Allah yang Maha Tinggi berfirman:
Maka kepada perkataan apakah selain Al Qur’an ini mereka akan beriman? (50)
Maha Benar Allah
ولو أقول لكم بأن المسلمين قد كفروا بهذا القرآن العظيم بسبب وقوعهم في فتنة المسيح الدجال إلا من رحم ربّي؛ بل للأسف الشديد بأنهم قد ضلّوا عن الآيات المُحكمات التي جعلهن الله في القرآن آيات واضحات بيّنات غنيات كُل الغنى عن التأويل لا يزوغ عنهنّ إلا هالكٌ ويفهمهن كلُّ ذو لسان عربي، وأقسم بالله العظيم بأن وضوحهنَّ كوضوح الشمس في كبد السماء بوقت الظهيرة، وقد يستغرب بعضكم قولي هذا؛ كيف يضل المسلمون عن الآيات المُحكمات التي جعل الله ظاهرهن كباطنهن للعالم والجاهل لا يزيغ عنهن إلا هالك؟ ولكن هذه هي الحقيقة يا إخواني المسلمين لقد أوقعكم اليهود في فتنة المسيح الدجال فأصبحتم بعد إيمانكم كافرين إلا من رحم ربي، ولم يبقَ من الإسلام إلا اسمه ومن القرآن إلا رسمهُ بين أيديكم.
Sekiranya aku memberitahukan kepada kalian, bahawa umat Islam tidak lagi mempercayai Al-Qur'an yang agung ini, kerana mereka telah terjatuh dalam fitnah Dajjal, kecuali mereka yang dirahmati Allah;
Bahkan sangat malang sekali, mereka telah menyimpang dari ayat-ayat muhkamat, yang telah Allah jadikan ianya dalam Al-Qur'an itu sebagai ayat-ayat yang paling jelas dan ianya sama sekali tidak perlu ditakwil lagi, tidak ada siapa yang meninggalkan ayat-ayat muhkamat itu kecuali orang yang binasa, ianya adalah ayat-ayat yang dapat difahami oleh semua yang tahu berbahasa Arab.
Maka aku bersumpah demi Allah yang Maha Besar, bahawa ayat-ayat muhkamat itu jelas dan terang seumpama terangnya matahari di tengah langit pada waktu tengahari, dan perkataan-perkataanku ini mengejutkan sebahagian daripada kalian, bagaimana pula umat Islam sampai dapat dipesongkan dari ayat-ayat muhkamat yang jelas itu, yang telah Allah jadikan makna zahirnya sama seperti makna batinnya, terang lagi jelas bagi yang alim maupun yang jahil, tidak ada yang meninggalkannya melainkan orang yang binasa
?
Namun inilah kebenarannya wahai saudara-saudaraku umat Islam, orang Yahudi telah membuatkan kalian jatuh dalam fitnah Dajjal, mereka menjadikan kalian kafir setelah beriman, kecuali orang-orang yang dirahmati Allah.
Tiada yang tinggal pada Islam kecuali hanya namanya, dan tiada yang tinggal pada Al-Qur'an selain dari tulisannya yang ada di tangan-tangan kalian.
وأريد أن أُوجه سؤالاً لجميع من كان له قلبٌ أو ألقى السمع وهو شهيدٌ: هل ترون بأنه إذا ورد إلينا حديثٌ متواترٌ عن جميع رواة الحديث غير أنهُ يختلف مع القرآن جُملةً وتفصيلاً فهل ترون التصديق به واجباً رغم اختلافه مع جميع الآيات المحكمات الواضحات البيّنات في القرآن العربي المبين؟ وقد يقول أحد المُفعمين في علم الحديث: "إن هذا الحديث ورد عن أناس ثقاتٍ، فأنت تكذب بسنة رسول الله بل أنت قرآني". وأعوذ بالله أن اُكون من الذين يفرّقون بين الله ورسوله؛ بل أُكفر بأحاديث الطاغوت التي لم ينطق بها لسان رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، وأستمسك بالعروة الوثقى لا انفصام لها، فلا يستطيع الطاغوت وأولياؤه أن يحرّفوا فيه شيء ذلك الذكر المحفوظ إلى يوم الدين، ورسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- لم يأمر المسلمين بتصديق الحديث المروي مهما كان الرواة ثقات؛ بل ربط أحاديثه بالقرآن المحفوظ، وقال: [ما تشابه مع القرآن فهو مني] صدق رسول الله.
Aku mahu ajukan pertanyaan kepada kalian semua, yang punya perasaan dalam hati atau yang mendengarkan sebagai saksi:
Adakah kalian fikir jika hadits mutawatir datang kepada kita dari seluruh periwayat hadits, tetapi ianya bertentangan dengan Al-Qur'an pada kandungannya dan perinciannya, adakah kalian berpendapat bahawa membenarkan hadits itu adalah satu kewajipan, walaupun ia bercanggahan dengan semua ayat-ayat muhkamat yang jelas lagi menjelaskan dalam kitab Al-Qur'an berbahasa arab yang terang
?
Mereka yang belajar pengetahuan hadits mungkin berkata:
"Hadits ini datang dari orang-orang yang boleh dipercayai (tsiqah), adakah kamu menafikan Sunnah Rasulullah, sebenarnya kamu ini anti-hadits".
Aku berlindung dengan Allah dari menjadi kalangan orang-orang yang membeza-bezakan antara Allah dan Rasul-Nya; bahkan aku mengingkari hadist-hadits thoghut (dari syaitan), yaitu hadits-hadits yang tidak diucapkan oleh lisan Rasulullah SAW.
Aku berpegang teguh dengan buhul tali Allah yang kokoh dan tidak akan terputus, dan tiadalah syaitan beserta penolong-penolongnya dapat mengubahnya sedikitpun, itulah Al-Qur'an yang terjaga lagi terpelihara sehingga Hari Penghakiman.
Rasulullah SAW tidak memerintahkan umat Islam untuk mempercayai hadits yang diriwayatkan meskipun periwayatnya terpercaya, namun Rasulullah SAW memerintahkan untuk menghubungkan hadits-haditsnya dengan Al-Qur'an, beliau bersabda:
Hadits-hadits yang serupa dengan Al-Qur'an maka ianya adalah dariku
Benar sabda Rasulullah
لأنه لا ينبغي له أن يقول حديثاً مخالفاً لحديث الله، وللعلم إنّني لا أجادل إلا في الأحاديث التي تكفر بهذا القرآن جملةً وتفصيلاً، وما اتفق مع القرآن فقد علمت أنه عن رسول الله والإيمان به فرضٌ واجبٌ عليَّ وعلى كُل مسلمٍ يؤمن بالله ورسوله، وأنا لا أنتمي إلى أي طائفةٍ مذهبيّةٍ من طوائف المسلمين أجمعين، وعمري ما تعلمت العلم عند أي واحدٍ منهم أبداً، ولكني مستمسكٌ بما استمسك به رسول الله ومن معه، ثم أنظر إلى الأحاديث عن رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- ولا أقول هذا حديث ضعيف ولا هذا حديث قويٌّ متواتر عن أناس ثقات فلا أُزكي على الله أحد، وما يدريني بما كانوا يفعلون؟ بل ما اتّفق مع هذا القرآن العظيم فسوف آخذ به، ولو اتبع الحقّ أهواءهم لفسدت السماوات والأرض، ولو اتّبعتَ أكثر من في الأرض لأضلوك، ولا أقول رضي الله عن فلان، وما يدريني بما في نفس الله وأنّهُ رضي عن فلان؛ بل أقول الله يرضى عنه فتلك دعوة طيبة، أما أن أقول رضي الله عن فلان فهذا حُكم من غير سلطان بأن الله رضي عن فلان ولا ينبغي لي أن أقول على الله ما لا أعلم، وليس معنى ذلك أني أظنّ فيهم ظنَّ السوء بل أجتنب كثيراً من ظنِّ السوء فأظنّ بهم خيراً، أما أني أشهد بأن هذا من الصالحين الذين رضي الله عنهم وكأني أعلم بما في نفس الله فهذا مُخالف لأمر الله في القرآن فهل يدري بتقواهم غير خالقهم فكيف أزكي بالشهادة وأنا لا أعلم بما في نفس المخلوق ولا بما في نفس الخالق، وإنما الأعمال بالنيات ولكل امرئ ما نوى وهل يدري بنوايا البشر غير خالقهم، وإذا بعثر ما في القبور وحصل ما في الصدور إن ربّهم بهم يومئذ لخبير، والله وحده العليم بتقوى العباد فلا ينبغي للناس أن يزكّوا بعضهم بعضاً، وإن سئل عن تقوى فلان فليقل بما شهد عليه في ظاهر الأمر كشهادة النسوة ليوسف حاشا لله ما شهدنا عليه من سوء، ولا ينبغي لشاهد أن يقول بعد ذلك: "غير أني سمعت الناس يقولون عنهُ السوء" فهنا الكارثة إذا كان الشخص بريء مما قاله الناس عنهُ فقد شاركت في النشر والإعلان وأصبح لي نصيب من الإثم والذي تولى كبر الإفك لهُ عذاب عظيم، ولولا أن الناس ينشرون ما سمعوا من القول لما استطاع أصحاب الزور والبهتان أن يؤذوا المؤمنين والمؤمنات، وقد يقول المسلم في عرض أخيه قولاً ويحسبهُ هيناً وهو عند الله عظيم وقد هوى به في نار جهنم وهو لا يعلم بأن الله قد غضب عليه من بعد الرضى، فأضاع الانسان مستقبله عند ربّه بسبب كلمةٍ عابرةٍ قالها في عرض أخيه المسلم فيقول: "أسمع الناس يقولون بأن فلان كذا وكذا والله لا شهدني وإنما سمعت الناس يقولون ذلك" فيزعم القائل بأنه قد برئت ذمته بقوله " والله لا شهدني" وهو قد شارك أصحاب الزور في النشر والإعلان وأصاب قسطاً من الإثم لا بأس به يهوي به في نار جهنم، أما المؤسس فله عذاب عظيم في الدرك الأسفل من النار، وقد يأتي المسلم بصلاة وزكاة وصيام وجميع ما أمره الله غير أنهُ لا سمع قول سوء عن أحد يتكلم الآخرين به ويحسب أنهُ لم يرتكب إثماً وأن قوله هين وهو عند الله عظيم، إذ تقولون بألسنتكم ما ليس لكم به علم وتحسبوه هيناً وهو عند الله عظيم، لذلك قال رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم: [فهل يهوي بالناس في نار جهنم إلا حصائد ألسنتهم].
Ini kerana, tidaklah patut bagi Rasulullah untuk mengatakan perkataan yang bertentangan dengan firman Allah. Untuk pengetahuanmu, aku tidak menentang hadits melainkan hadits yang bercanggahan dengan intipati Al-Quran dan pengertiannya.
Setiap hadits yang sejalan dengan Al-Qur'an, maka aku yakin ianya datang dari Rasulullah, dan mempercayainya adalah satu kewajipan bagi setiap orang yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya.
Aku tidak menyertai mana-mana parti atau pertubuhan semua umat Islam, dan aku tidak pernah belajar dari siapapun antara mereka, namun aku berpegang dengan pegangan Rasulullah beserta para sahabat yang bersamanya.
Aku memperhatikan hadits-hadits dari Rasulullah SAW dan aku tidak mengatakan "Ini hadits yang lemah, ataupun "Ini hadits yang kuat lagi mutawatir dari orang-orang yang terpercaya", aku tidak mengatakan terhadap Allah seorang itu suci, bagaimana pula aku tahu apa yang telah mereka lakukan
?
Bahkan hadits-hadits yang sejalan dengan Al-Qur'an yang agung ini, maka aku terima dan amalkan, seandainya kebenaran itu mengikuti kemahuan mereka, nescaya rosaklah langit dan bumi, seandainya kamu ikuti kebanyakkan manusia di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu.
Aku tidak mengatakan "Allah meredhai si fulan", bagaimana aku tahu apa dalam Nafs (Dzat) Allah bahawa Dia meredhainya? Namun aku mengatakan "Semoga Allah meredhainya, kerana itu adalah doa yang baik, adapun untuk mengatakan Allah meredhai si fulan, maka itu adalah keputusan tanpa bukti yang Allah meredhainya.
Tidaklah layak bagiku untuk mengatakan terhadap Allah pada perkara yang aku tidak tahu, ini bukanlah bermakna aku bersangka buruk dengan mereka bahkan aku jauhi buruk sangka dengan bersangka baik pada mereka.
Adapun sekiranya aku bersaksi bahawa orang ini termasuk orang soleh yang Allah redhai mereka, seakan-akan aku tahu apa dalam Diri Allah, maka ini adalah bertentangan dengan perintah Allah dalam Al-Qur'an, adakah yang tahu ketaqwaan mereka selain Pencipta mereka? Lalu bagaimana pula aku membersihkan diri mereka dengan kesaksian, sedangkan aku tidak tahu apa yang terjadi dalam diri makhluk dan dalam Diri Pencipta mereka
?
Sesungguhnya (baik dan buruk) amal perbuatan itu ditentukan oleh niat, dan setiap orang mendapatkan balasan sesuai dengan niat mereka, adakah yang tahu niat-niat manusia selain Pencipta mereka? Ketika dibangkitkan apa yang ada di dalam kubur dan dilahirkan apa yang ada dalam dada, maka sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.
Hanya Allah sahaja yang tahu ketakwaan hamba-hamba-Nya, tidaklah layak bagi manusia untuk membersihkan dan mensucikan sesama mereka, sekiranya seseorang ditanya mengenai ketakwaan seseorang yang lain, maka hendaklah mengatakan apa yang mereka saksikan pada zahirnya, sebagaimana kesaksian perempuan-perempuan terhadap Yusuf AS: Maha Sempurna Allah, kami tidak tahu sebarang keburukan pada dirinya".
Tidak sepatutnya bagi saksi untuk mengatakan setelah itu:
"Walaubagaimanapun, saya dengar orang-orang berkata yang buruk mengenainya"
Ini kerana di situ ada bencana jika orang itu tidak bersalah sepertimana yang dikatakan oleh orang ramai terhadapnya, sebab saksi telah terlibat dalam penyebaran dan pengumuman (berita tidak benar), dan saksi telah mendapat bahagian dari dosa, sesiapa yang menanggung dosa besar membawa berita bohong, maka baginya azab seksaan yang besar.
Seandainya manusia tidak menyebarkan semua hal yang mereka dengar, nescaya tukang-tukang fitnah dan tuduhan dusta tidak mampu mengganggu dan membahayakan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan.
Mungkin sahaja seorang muslim mengatakan perkataan yang dianggapnya ringan ketika dia memperkenalkan saudaranya padahal di sisi Allah ianya besar, dan dengan perkataan itu dia akan dimasukkan ke dalam neraka sedang dia tidak tahu bahawa Allah telah murka padanya setelah sebelumnya Dia redha.
Maka manusia itu telah kehilangan masa depan di sisi Tuhannya, disebabkan perkataan yang telah diucapkannya ketika memperkenalkan saudaranya, dengan mengatakan:
"Saya dengar orang-orang mengatakan bahawa si fulan ini begini dan begini.. Allah tidak menjadikan saya saksi ke atasnya, tetapi saya hanya dengar orang-orang mengatakan begitu"
Lalu dia menyangka dia tidak akan dipersalahkan dengan perkataannya, "Allah tidak menjadikan saya saksi ke atasnya", padahal dia telah terlibat bersama tukang-tukang fitnah dan tuduhan dusta dengan menyebarkan dan mengumumkannya, maka dia juga berkongsi dosa yang tidak dapat dibantah lagi pasti mencampakkannya ke dalam api neraka.
Adapun pengasasnya (yang memulainya), maka dia mendapatkan azab seksaan yang besar di kedalaman neraka yang paling bawah, mungkin sahaja ada muslim yang datang membawa sholat, zakat, puasa dan semua yang Allah perintahkan, namun dia tidak mendengarkan perkataan buruk mengenai seseorang yang diperkatakan oleh orang lain lalu ikut-ikutan memperkatakannya.
Kemudian si muslim menyangka dia tidak melakukan dosa kerana ucapannya itu ringan sahaja padahal ianya besar di sisi Allah, yakni ketika kalian mengatakan dengan lisan kalian mengenai perkara yang kalian tidak mengetahuinya, lalu kalian menganggap ringan perkara itu padahal ianya besar di sisi Allah.
Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:
Tidaklah kebanyakan manusia dicampakkan ke dalam api neraka kecuali kerana dosa-dosa yang disebabkan oleh lidah-lidah mereka
ولكني لا أقول رضي الله عن فلان فهنا خالفت أمر الله وزكّيته بالشهادة وكأني أعلم بما في نفس الشخص وبما في نفس الله أنهُ قد رضي عن فلان، وقال تعالى: {هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى} صدق الله العظيم [النجم: 32].
Akan tetapi, aku tidak mengatakan Allah meredhai si fulan kerana di sini aku telah menyalahi perintah Allah, yang mana aku telah mengatakan dirinya suci dengan kesaksian, seakan-akan aku tahu apa yang ada dalam dirinya dan apa yang ada dalam Dzat Allah, bahawa Allah benar-benar telah meredhainya.
Allah Ta'ala berfirman:
Dan Dia lebih mengetahui [tentang keadaan] kalian ketika Dia menjadikan kalian dari tanah, dan ketika kalian masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kalian mengatakan diri kalian suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa. (32)
Maha Benar Allah
[An-Najm]
ومعنى قوله: فلا تزكوا أنفسكم أي لا يزكي بعضكم بعضاً هو أعلم بمن اتقى، ولو نظرنا إلى قول نوح حين قال له قومه: {قَالُوا أَنُؤْمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الْأَرْذَلُونَ ﴿١١١﴾ قَالَ وَمَا عِلْمِي بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١١٢﴾ إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَىٰ ربّي لَوْ تَشْعُرُونَ ﴿١١٣﴾ وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١١٤﴾ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ﴿١١٥﴾} صدق الله العظيم [الشعراء].
Maksud firman Allah: "Maka janganlah kalian mengatakan diri kalian suci", yakni janganlah sebahagian kalian mengatakan sebahagian yang lain suci, Allah-lah yang Maha Mengetahui ketakwaan hamba-Nya, sekiranya kita perhatikan ucapan Nuh ketika kaumnya berkata kepadanya:
Mereka berkata: "Apakah kami akan beriman kepadamu, padahal yang mengikuti kamu ialah orang-orang yang hina?" (111)
Nuh menjawab: "Bagaimana aku mengetahui apa yang telah mereka kerjakan? (112)
Perhitungan [amal perbuatan] mereka tidak lain hanyalah kepada Tuhanku, kalau kalian menyadari. (113)
Dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman. (114)
Aku [ini] tidak lain melainkan pemberi peringatan yang menjelaskan". (115)
Maha Benar Allah
[Asy-Syu'araa]
هذا قول نبي لم يزكي صحابته قائلاً: {وَمَا عِلْمِي بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿١١٢﴾ إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَىٰ ربّي لَوْ تَشْعُرُونَ ﴿١١٣﴾}. رغم أنه نبيٌّ وأتباعه يعيشون معه ورغم ذلك لم يزكِّهِم بل رد علمهم لمن يعلم خائنة الأعين وما تخفي الصدور إن ربّهم بهم يومئذٍ لخبير، ولكن مسلمي اليوم يزكون أناساً لم يعيشوا معهم أو يعرفونهم؛ بل بينهم مئات السنين، وسوف يتمسك بالحديث الوارد عن أُناس ثقات كما يشهد بذلك ويجادلني به جدالاً كبيراً حتى لو استخرجت لهُ ألف آية من القرآن تختلف مع هذا الحديث جملةً وتفصيلاً لأبى أن يعترف بأن هذا الحديث مفترًى على رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم- لأن رواته ثقات، سبحان الله! صدّقَ أحاديث الثقات وكذّب حديث الله! وأصدق الحديث حديث الله. ويا ليت أنهُ يقول بأني على خطأ في تأويل الآية وأن تأويلها ليس كما أزعمُ، فهو لن يستطيع لأني لم أجادله بالمتشابه بل بالمحكم الواضح والبيّن الذي لا يحتاج إلى تأويل بل حق واضح بيّن، وهل بعد الحقّ إلا الضلال؟
Inilah ucapan seorang nabi yang tidak mengatakan sahabat-sahabatnya suci, dengan ucapan: Bagaimana aku mengetahui apa yang telah mereka kerjakan? (112) Perhitungan [amal perbuatan] mereka tidak lain hanyalah kepada Tuhanku, kalau kalian menyadari. (113) meskipun beliau seorang nabi dan pengikut-pengikutnya hidup bersamanya.
Sungguhpun begitu, beliau tidak mengatakan mereka suci, namun beliau menyerahkan pengetahuan mengenai mereka itu kepada Dzat yang Maha Mengetahui mata-mata yang khianat dan segala yang terpendam di dalam dada, sesungguhnya Tuhan mereka pada hari itu Maha Mengetahui keadaan mereka.
Akan tetapi kaum muslimin hari ini, mereka mengatakan manusia itu suci, padahal orang-orang itu tidak hidup bersama mereka dan juga mereka tidak mengenal orang-orang itu; bahkan jarak di antara mereka ratusan tahun.
Kelak mereka akan berpegang teguh dengan hadits yang diriwayatkan dari orang-orang tsiqah (terpercaya), sebagaimana kesaksian mereka terhadap yang demikian, lalu membantahku menggunakan hadits itu dengan bantahan yang bersungguh-sungguh.
Meskipun aku keluarkan untuknya seribu ayat dari Al-Qur'an yang bercanggahan dengan hadits itu pada keseluruhannya maupun pada perinciannya, nescaya dia tetap enggan mengakui bahawa hadits itu adalah hadits rekaan dan pendustaan terhadap Rasulullah SAW, hanya kerana perawi-perawinya terpercaya, Subhaanallaah, Maha Suci Allah! Hadits-hadits tsiqah dibenarkan, namun hadits Allah (Al-Qur'an) didustakan
!
Padahal hadits yang paling benar adalah hadits Allah.
Aduhai kiranya dia dapat mengatakan bahawa aku salah dalam takwilan ayat, yang mana takwilan ayat itu tidak seperti sangkaanku, walhal dia tidak akan mampu, kerana aku tidak mendebatnya dengan ayat mutasyabihat, bahkan dengan ayat muhkam yang jelas lagi menjelaskan dan sama sekali tidak perlu ditakwil lagi, bahkan ianya adalah kebenaran yang jelas, bukankah tidak ada sesudah kebenaran melainkan kesesatan
?
وأرجو المعذرة لقد أطلت عليكم ولم أزل في المُقدمة لأسباب فتنة المسيح الدجال الذي وقع فيها المسلمون فَصَدَّقُوا أحاديث فتنة المسيح الدجال التي قلبت القرآن رأساً على عقب، وأصبح المسلمون يرون الحقّ باطلاً والباطل حقاً، وأستطيع أن آتي بألف دليل من القرآن أحاديث فتنة المسيح الدجال تختلف مع أحاديث الفتنة جملةً وتفصيلاً والفرق بينهما كالفرق بين النور والظلمات، وأي ظلمات؟ بل كالفرق بين ضوء الشمس وهي في كبد السماء وظلمات في بحر لُجي يغشاه موج من فوقه موج من فوقه سحاب ظلماتٌ بعضها فوق بعض.
Aku mohon maaf kerana mengambil masa yang agak panjang di bahagian pengenalan sahaja disebabkan oleh fitnah Al-Masih Ad-Dajjal, yang mana umat Islam telah terjatuh ke dalamnya, mereka mempercayai hadits-hadits fitnah Al-Masih Ad-Dajjal, yang telah menjadikan Al-Qur'an terlungkup dari atas ke bawah, membuatkan umat Islam sekarang ini melihat yang benar itu salah, dan yang salah itu benar.
Aku boleh bawakan seribu bukti dari Al-Qur'an berkenaan hadits-hadits fitnah Al-Masih Ad-Dajjal, yakni ayat-ayat muhkamat yang bertentangan dengan hadits-hadits fitnah itu pada keseluruhannya maupun pada perinciannya, dan perbezaan antara keduanya itu seperti perbezaan antara cahaya dan gelap gelita.
Gelap gelita yang bagaimana
?
Bahkan ianya seperti perbezaan antara cahaya matahari yang berada di tengah langit dengan gelap gelita di lautan dalam yang diliputi oleh ombak yang bertindih di atasnya ombak pula, yang di atasnya lagi ada awan, kegelapan dari gelap gulita yang bertindih-tindih.
وللعلم بأني لا أجادل بالقياس فأدخل شعبان في رمضان؛ بل بآية في نفس المُوضوع من الآيات المُحكمات، وقبل الإبحار في فتنة المسيح الدجال سوف أوجه سؤالاً لأهل العلم والمنطق: هل الله سبحانه وتعالى يؤيد بآياته المعجزة والبرهان لقدرته للشياطين وأوليائهم ألد أعدائه الذين يدعون الناس إلى الكفر بالله والشرك به ثم يؤيّدهم الله بمعجزات قدرته تصديقاً لدعوتهم ضد نفسه وضد كلمة التوحيد وفتنة من آمن بكلمة التوحيد؟ أم أنّ الله يرضى لعباده الكفر؟! أيّ إفكٍ على الله ورسوله صدَّقت به المسلمين بأن الله يؤيد المسيح الدجال بملكوت السماوات والأرض فيقول يا سماء أمطري فتمطر ويا أرض أنبتي فتنبت ثم يقطع الرجل إلى نصفين فيمر بين الفلقتين ثم يعيده إلى الحياة من بعد الموت {وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ ﴿٤٩﴾} صدق الله العظيم [سبأ].
Untuk pengetahuanmu, aku tidak berdebat dengan kiasan dengan menjadikan Sya'ban dalam Ramadhan; tetapi aku berdebat dengan ayat pada topik yang sama dari ayat-ayat muhkamat, dan sebelum melayari lautan fitnah Al-Masih Ad-Dajjal, aku ingin ajukan pertanyaan kepada orang yang berilmu dan berfikiran rasional:
Adakah Allah, Maha Suci Dia dan Dia Maha Tinggi, menyokong syaitan-syaitan dan penolong-penolonganya dengan tanda-tanda dari keajaiban-Nya dan bukti bagi kekuasaan-Nya, padahal syaitan-syaitan yang keras penentangannya terhadap Allah itu menyeru manusia untuk mengkufuri Allah dan menyeru mereka untuk menyekutukan-Nya, yang mana Allah menyokong mereka dengan keajaibab-keajaiban dari kekuasaan-Nya sebagai pembenaran terhadap seruan syaitan, untuk menentang Diri-Nya sendiri dan menentang kalimah tauhid, untuk memfitnah orang-orang yang beriman dengan kalimah tauhid
?
Ataukah Allah meredhai kekufuran bagi hamba-Nya
?!
Berita bohong terhadap Allah dan Rasul-Nya macam apakah ini, yang telah dibenarkan oleh umat Islam? Bahawa Allah menyokong Dajjal dengan kekuasaan-Nya di kerajaan langit dan bumi, lalu Dajjal dapat mengatakan "Wahai langit, turunkan hujan lalu hujanpun turun, wahai bumi, tumbuhkan tanaman lalu bumi menumbuhkan tanaman", kemudian Dajjal membunuh seorang manusia dan memotongnya menjadi dua bahagian, dan Dajjal melalui kedua bahagian itu lalu menghidupkannya kembali setelah mati, padahal yang batil itu tidak akan memulai dan tidak akan mengulangi.
Maha Benar Allah
[Saba]
وأنا على كامل الاستعداد أن أثبت بمليون دليل من القرآن أن الله لا يؤيد معجزاته إلا لرسله وأنبيائه وأوليائه تصديقاً لدعوتهم للناس إلى كلمة التوحيد ومن كذّب الرسل من بعد أن أيّدهم الله بالمُعجزات يعذبهم الله بعذاب لا يُعذب به أحداً من العالمين.
Aku sangat bersedia untuk membuktikan dengan sejuta dalil bukti dari Al-Qur'an, bahawasanya Allah tidak memberikan sokongan dan dukungan dengan keajaiban mukjizat-Nya kecuali kepada para rasul-Nya, kepada para nabi-Nya dan kepada wali-wali Allah (penolong-penolong Allah).
Sebagai pembenaran terhadap seruan dakwah mereka kepada manusia untuk menuju kalimah tauhid mengEsakan Allah, barangsiapa yang mendustakan para rasul setelah Allah memperkuat mereka dengan keajaiban mukjizat-Nya, maka Allah akan mengazab mereka dengan azab seksaan yang tidak pernah terjadi ke atas sesiapapun di dunia.
بالله عليكم يا أهل العلم والمنطق لو كان الله يؤيد الشياطين بالمُعجزات حتى نصدق دعوتهم ثم يؤيد الأنبياء بالمُعجزات حتى نصدق دعوتهم إذاً كيف يتبين للناس الحقّ من الضلال؟ فأي خزعبلات وأي افتراءٍ من تأليف اليهود صَدَّقَ به المسلمون؟ وأقسم بالله الذي لا إله إلا هو لو يقول أحد للحمار: "يا حمار هل تعلم بأن آخر الزمان يأتي عدو لله يقول أنهُ الله أو ابن الله ثم يؤيده الله بالمُعجزات حتى يصدّقه الناس لما يدعي به فتنة للناس"، لقال الحمار وهو حمار: "تالله لو يفعل الله ذلك فإنها لم تعد لله حجة علينا أن صدقنا" ثم يقول الحمار: "إنّ الله ليس بمجنون! سبحانه أن يؤيد بمعجزاته لتصديق دعوة الباطل وكذلك يؤيد بها لتصديق دعوة الحق".
Aku tanya kamu dan Allah adalah saksi wahai manusia yang berilmu dan berfikiran logik:
Seandainya Allah membantu syaitan-syaitan dengan keajaiban mukjizat-Nya hinggakan kita percaya pada seruan mereka, lalu Allah membantu para nabi dengan keajaiban mukjizat-Nya hinggakan kita percaya pada seruan mereka, jika demikian, bagaimana dapat menjadi jelas bagi manusia mana yang benar dan mana yang salah
?
Kepercayaan karut apakah ini, kebohongan seperti apakah ini dari tulisan dan karangan Yahudi dan umat Islam telah mempercayainya
?
Aku bersumpah demi Allah, tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah, jika seseorang bertanya kepada seekor keldai:
"Wahai keldai, adakah kamu tahu di akhir zaman akan datang musuh Allah yang berkata dirinya adalah Allah, atau berkata dia anak Allah, lalu Allah menyokongnya dengan keajaiban mukjizat-Nya hingga manusia mempercayainya dan membenarkan pengakuannya, sebagai fitnah untuk manusia".
Nescaya si keldai berkata padahal dia hanya seekor keldai:
"Demi Allah, andai Allah melakukan yang demikian, maka Allah tidak punya hujjah lagi terhadap kita (untuk menerima hukuman) sekiranya kita membenarkan dan mempercayai musuh Allah itu"
Lalu keldai akan mengatakan:
"Sesungguhnya Allah tidak gila! Maha Suci Dia dari menyokong kebatilan dengan keajaiban mukjizat-Nya untuk membenarkan seruan kebatilan, lalu pada waktu yang sama juga menyokong kebenaran dengan keajaiban mukjizat-Nya untuk membenarkan seruan kebenaran."
فكم استخفت اليهود بعقولكم يا معشر المسلمين فقد وقعتم في فتنة المسيح الدجال حتى ردّوكم من بعد إيمانكم كافرين.
Betapa teruknya Yahudi telah mempermainkan dan merendah-rendahkan akal fikiran umat Islam! Sungguh kalian telah jatuh ke dalam fitnah Dajjal hinggakan Dajjal dapat mengembalikan kalian menjadi kafir sesudah kalian beriman.
مهلاً مهلاً يا معشر المسلمين أين ذهبت أسماعكم وأبصاركم وأفئدتكم، فكيف تقفون ما ليس لكم به علم ولا يوجد لهُ برهان واحد فقط في القرآن؟ بل حتى كلمة؛ لا بل حتى حرف واحد في القرآن العظيم، ألم ينهَكم الله أن تتبعوا ما خالف هذا القرآن؟ ألم يقل الله: {وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً} [الإسراء: 36].
Nanti dulu, tenang wahai umat Islam, mana perginya pendengaran kalian, penglihatan kalian dan hati nurani kalian
?
Bagaimana kalian boleh mengikuti perkara yang kalian tidak punya ilmu pengetahuan tentangnya, dan tidak ada satu bukti apapun baginya dalam Al-Qur'an
?
Ya tidak ada, bahkan sehuruf pun bukti dalam Al-Qur'an tidak ada.
Bukankah Allah melarang kalian dari mengikuti perkara yang bercanggahan dengan Al-Qur'an
?
Bukankah Allah telah berfirman:
Dan janganlah kalian mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai pertanggungjawaban mengenainya.
[Al-Israa]
فأين ذهبت أبصاركم حتى تصدقوا أحاديث تخالف لما أنزله الله في هذا القرآن جملةً وتفصيلاً حتى أصبحت عقيدة لدى المسلمين؟ بل أكثر شيء معروف لدى عالمهم وجاهلهم أخبار فتنة المسيح الدجال! ولو تسأل أحد رعاة الأغنام عن أركان الاسلام لقال لا أعلم كم عددها ثم تسأله عن فتنة المسيح الدجال لسردها واحدةً تلو الأخرى، ذلك بأن أحاديث الفتنة هي أكثر شهرة يرويها المسلمون كبيرهم وصغيرهم إلا من رحم ربّي حتى افتتن المسلمون عقائدياً فأصبحت عقيدتهم مُخالفة لهذا القرآن.
Ke mana hilangnya penglihatan kalian hinggakan kalian mempercayai hadits-hadits yang menyalahi dan bercanggahan dengan wahyu yang telah Allah turunkan dalam Al-Qur'an, yang bertentangan secara keseluruhannya maupun pada perinciannya, sampaikan hadits-hadits dusta itu menjadi akidah kepercayaan umum di kalangan umat Islam
?
Malahan perkara yang paling banyak diketahui oleh ulama mereka dan golongan awam adalah berita-berita fitnah Al-Masih Ad-Dajjal
!
Jika kamu bertanya kepada seorang pengembala kambing mengenai rukun-rukun Islam, dia akan berkata "Saya tidak tahu ada berapa", lalu tanyakan kepadanya mengenai fitnah Dajjal, nescaya dia akan memberitahukan kepadamu dan menyenaraikannya satu persatu.
Ini kerana hadits-hadits fitnah itu adalah yang paling terkenal dan yang paling banyak diceritakan oleh umat Islam, tak kira tua atau muda kecuali mereka yang dirahmati Allah, sehingga membahayakan dan merosak akidah kepercayaan mereka, lalu jadilah akidah kepercayaan mereka itu menyalahi dan bertentangan dengan Al-Qur'an ini.
فأنا أصرخ وأنادي يا معشر علماء المسلمين إني أرفع هذا القرآن العظيم على سنان رمحي داعيكم إلى الحوار بالعقل والمنطق عبر هذا المنتدى، فإن رأيتم بأني على ضلالٍ مبينٍ فأنقذوني وأفهموني ما أنزله الله في هذا القرآن ولا تحتقروا شأني أو تقولوا لديك أخطاء لغوية فإني أعترف بأنكم أفصح مني لساناً وتجيدون الغنة والقلقلة وذلك مبلغكم من العلم؛ بل أدعوكم إلى تلاوة هذا القرآن ليس ليكون لنا بكل حرف فنمر على كلمات القرآن مرور الكرام فنهذي بما لا نفهم ونحفظ القرآن ولا نفهم ما نحفظ كالحمار يحمل أسفاراً غير أنهُ لا يفهم ما يحمل على ظهره، وليس هذا الاقتراح اقتراحي بل الله من أمركم بذلك فلا تكونوا من الذين قال الله عنهم: {أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا ﴿٢٤﴾ إِنَّ الَّذِينَ ارْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِهِم مِّن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَى ۙ الشَّيْطَانُ سَوَّلَ لَهُمْ وَأَمْلَىٰ لَهُمْ ﴿٢٥﴾} صدق الله العظيم [محمد].
Aku menjerit dan menyeru wahai sekalian ulama umat Islam, aku mengangkat Al-Qur'an yang agung ini di atas mata tombakku (berpegang teguh Al-Qur'an sebagai panduanku), sebagai penyeru kalian semua untuk hiwar, berdialog dengan akal fikiran dan logika melalui forum ini.
Jika kalian dapati aku berada dalam kesesatan yang nyata, maka selamatkanlah aku, beritahu aku mengenai wahyu yang telah Allah turunkan dalam Al-Qur'an ini agar aku faham, janganlah kalian menghina dan meremehkan urusanku ini, atau kalian mengatakan kepadaku
"Anda punya banyak kesalahan bahasa"
Aku akui bahawa lisan kalian lebih fasih dariku, dan bacaan kalian lebih bagus dari bacaanku pada ghunnah dan qalqalah, kerana itulah puncak ilmu pengetahuan kalian; akan tetapi aku mengajak kalian untuk membaca Al-Qur'an ini, bukan sekadar kita membaca semua hurufnya dan melewati kalimah-kalimah Al-Qur'an dengan bacaan yang bagus, tanpa menyedari akan perkara yang kita tidak memahaminya, hanya menghafal tapi tidak faham apa yang dihafalkan, seperti seekor keldai yang membawa banyak buku namun keldai itu tidak faham apa yang dia bawa di belakangnya.
Ini bukanlah cadangan dan saranan dariku, tetapi Allah yang telah memerintahkannya kepada kalian, maka janganlah kalian menjadi seperti orang-orang yang Allah nyatakan mengenai mereka dalam firman-Nya:
Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur’an ataukah hati mereka terkunci? (24)
Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang [kepada kekafiran] sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah [berbuat dosa] dan memanjangkan angan-angan mereka. (25)
Maha Benar Allah
[Muhammad]
يا معشر المسلمين، إن من أحاديث الفتنة بأن الدجال يقطع رجلاً إلى نصفين ثم يمر بين الفلقتين ثم يعيدهُ من بعد الموت إلى الحياة، فتعالوا ننظر هذه الحادثة هل يصدق بها القرآن أم ينكرها. وقال تعالى: {وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ ﴿٤٩﴾} صدق الله العظيم [سبأ].
Wahai sekalian umat Islam, sesungguhnya antara hadits-hadits fitnah itu, ada yang menyatakan bagaimana Dajjal memotong separuh manusia dan kemudian melalui antara kedua potongan, lalu mengembalikannya menjadi hidup semula setelah membunuhnya.
Maka kemarilah kalian agar kita perhatikan peristiwa ini, adakah Al-Quran mengesahkannya atau menafikannya.
Allah Ta'ala berfirman:
Katakanlah: "Kebenaran telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak akan mengulangi."
Maha Benar Allah
[Saba]
وليس هذا إلا برهانٌ واحدٌ من القرآن يكذب بهذه الحادثة ولا أظن هذه الآية تحتاج إلى تأويل فظاهرها كباطنها ذلك بأن الله هو من يُبدئ الخلق ثم يعيده، ولو يستطيع الباطل أن يعيد الروح من بعد خروجها لما تحدى الله أهل الباطل من الكفار أن يعيدوا الروح إذا بلغت الحلقوم وقال تعالى: {أَفَبِهَـٰذَا الْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ ﴿٨١﴾ وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ ﴿٨٢﴾ فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ ﴿٨٣﴾ وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ ﴿٨٤﴾ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَـٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ ﴿٨٥﴾ فَلَوْلَا إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ ﴿٨٦﴾ تَرْجِعُونَهَا إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٨٧﴾} صدق الله العظيم [الواقعة].
Tiadalah ini melainkan ianya sebagai satu bukti dari Al-Qur'an yang menafikan peristiwa ini, aku tidak fikir ayat ini perlu ditakwil lagi kerana zahirnya sama dengan batinnya, maknanya sama dengan apa yang dibaca.
Demikian ini kerana Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk lalu Dia mengulanginya kembali (menghidupkan dan mematikan), seandainya yang batil boleh mengembalikan roh selepas roh itu keluar meninggalkan badan, nescaya Allah tidak akan mencabar ahli kebatilan dari kalangan orang-orang kafir untuk mengembalikan roh ketika roh itu sampai dikerongkongan.
Allah Ta'ala berfirman:
Maka apakah kalian menganggap remeh saja Al Qur’an ini?, (81)
Kalian [mengganti] rezki [yang Allah berikan] dengan mendustakan [Allah]. (82)
Maka mengapa ketika roh sampai di kerongkongan, (83)
padahal kalian ketika itu melihat, (84)
dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kalian, tetapi kalian tidak melihat, (85)
Maka mengapa jika kalian tidak dikuasai [oleh Allah]? (86)
Kalian tidak mengembalikan roh itu [kepada keadaan semula] jika kalian adalah orang-orang yang benar?, (87)
Maha Benar Allah
[Al-Waaqi'ah]
وكذَبَت اليهودُ والمسيحُ الدجال أن يعيد الروح من بعد خروجها؛ بل إحياء الموتى من حقائق قدرات الله التي أنزلها في هذا القرآن، فكيف يستطيع الدجال أن يأتي بحقائق الآيات التي أنزلها الله في الكتاب مع أن الدجال يدعي الربوبية؟ ألم يقل الله أنهم لا يستطيعون أن يأتوا بحقيقةٍ واحدةٍ فقط من آيات هذا القرآن العظيم ولو اجتمعت شياطين الجنّ والإنس على أن يأتوا بمثل هذا القرآن لا يأتون بمثله ولو كان بعضهم لبعضٍ ظهيراً؟ بل لا يستطيعون أن يخلقوا ذباباً ولو اجتمعوا له.
Yahudi dan Dajjal telah berbohong mengenai kembalinya roh selepas ia meninggalkan jasad; padahal membangkitkan orang mati adalah satu dari hakikat-hakikat kekuasaan Allah yang diwahyukan-Nya dalam Al-Qur'an, lalu bagaimana Dajjal boleh membawakan hakikat-hakikat dari tanda-tanda kekuasaan Allah dalam Al-Qur'an itu, sedangkan dia mengaku dirinya tuhan
?
Bukankah Allah telah nyatakan bahawa mereka sama sekali tidak mampu untuk mendatangkan walaupun satu hakikat sahaja dari ayat-ayat Al-Qur'an yang agung ini, sungguhpun seluruh syaitan jinn dan manusia berkumpul untuk mendatangkan yang semisal dengan Al-Qur'an ini.
Bukankah Allah telah menyatakan bahawa mereka sama sekali tidak dapat mendatangkan yang sepertinya meskipun mereka bantu membantu? Bahkan mereka tidak mampu untuk mencipta seekor lalat walaupun mereka semua berkumpul untuk membuatnya.
يا معشر المسلمين، أليس إنزال المطر من حقائق آيات الله في هذا القرآن؟ وقال تعالى: {أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ ﴿٦٨﴾ أَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزِلُونَ ﴿٦٩﴾ لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ ﴿٧٠﴾} صدق الله العظيم [الواقعة].
Wahai sekalian umat Islam, bukankah turunnya hujan itu termasuk hakikat-hakikat dari tanda-tanda kekuasaan Allah dalam Al-Qur'an
?
Allah Ta'ala berfirman:
Selain dari itu, tidakkah kalian melihat air yang kalian minum? (68)
Kaliankah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? (69)
Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kalian bersyukur. (70)
Maha Benar Allah
[Al-Waaqi'ah]
فكيف يُنزل الدجّال المطر مع أنهُ يدّعي الربوبية؟ أليست هذه الآية نزلت في القرآن الذي جعله الله حُجَّة علينا؟ يا معشر المسلمين أليس إنبات الشجر من آيات الله التي أنزلها في هذا القرآن؟ وقال تعالى: {أَفَرَأَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ ﴿٦٣﴾ أَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُ أَمْ نَحْنُ الزَّارِعُونَ ﴿٦٤﴾ لَوْ نَشَاءُ لَجَعَلْنَاهُ حُطَامًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ ﴿٦٥﴾ إِنَّا لَمُغْرَمُونَ ﴿٦٦﴾ بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ ﴿٦٧﴾} صدق الله العظيم [الواقعة].
Lalu bagaimana pula Dajjal dapat menurunkan hujan, padahal dia hanya mengaku dirinya tuhan
?
Bukankah ayat ini telah Allah wahyukan dalam Al-Qur'an, yang mana Allah telah jadikan ianya sebagai hujjah terhadap kita
?
Wahai sekalian umat Islam, bukankah menumbuhkan tetumbuhan itu termasuk dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang telah diturunkan-Nya dalam Al-Qur'an
?
Firman Allah Ta'ala:
Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kalian tanam? (63)
Kaliankah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkannya? (64)
Kalau Kami kehendaki, benar-benar Kami jadikan dia kering dan hancur; maka jadilah kalian heran tercengang. (65)
[Sambil berkata]: "Sesungguhnya kami benar-benar menderita kerugian, (66)
Bahkan kami menjadi orang yang tidak mendapat hasil apa-apa." (67)
Maha Benar Allah
[Al-Waaqi'ah]
لأنكم رميتم حبوبكم في الأرض فذهبت سُدًى ولم ينبت منها شيئاً، فكيف للدجال أن يقول يا أرض أنبتي فتنبت فوراً حتى تصير جنة خضراء مع أنه يدعي الربوبية فيأتي بحقائق آيات الله في الكتاب على الواقع الحقيقي؟ بل أعطيتموه ملكوت السماوات والأرض فهل ساعد الله في خلق السماوات والأرض فأصبح لهُ شرك فيها حتى تطيعوا أمره؟ ولكن القرآن يتحدى في هذه المسألة. وقال تعالى: {قُلِ ادْعُوا الَّذِينَ زَعَمْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَا يَمْلِكُونَ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَمَا لَهُمْ فِيهِمَا مِنْ شِرْكٍ وَمَا لَهُ مِنْهُمْ مِنْ ظَهِيرٍ} صدق الله العظيم [سبأ: 22].
Ini kerana kalian telah mencampakkan benih-benih kalian ke tanah, kemudian tidak ada apa yg terjadi, tidak ada apa yg tumbuh, lalu bagaimana pula Dajjal boleh berkata kepada tanah: "Tumbuhlah", lantas dengan serta merta tanah itu menumbuhkan tanaman hingga menjadi kebun yang menghijau, sedangkan Dajjal hanya mengaku dia tuhan? Lalu dia pula dapat datangkan tanda-tanda kekuasaan Allah dalam Al-Qur'an dengan sebenarnya
?
Bahkan kalian telah menyerahkan kerajaan langit dan bumi kepada Dajjal (jika kalian mempercayainya), adakah Dajjal membantu Allah dalam penciptaan langit dan bumi, hinggakan dia mempunyai suatu saham dengan Allah dalam penciptaan langit dan bumi hinggakan kalian mengikutinya
?
Akan tetapi Al-Qur'an mencabar dan menentang akan persoalan ini.
Allah Ta'ala berfirman:
Katakanlah: "Serulah mereka yang kalian anggap [sebagai tuhan] selain Allah, mereka tidak memiliki [kekuasaan] seberat zarrahpun di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu sahampun dalam [penciptaan] langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya". (22)
Maha Benar Allah
[Saba]
هذا خلق الله فأروني ماذا خلق الذين من دونه يا معشر المسلمين، لقد أضلّكم اليهود عن القرآن واتبعتم أحاديث الباطل التي ما أنزل الله بها من سلطان في القرآن، فلم يبقَ من القرآن غير رسمه بين أيديكم، وللأسف الشديد بأنهم استطاعوا أن يضلّوكم عن الآيات المُحكمات الواضحات البينات كما سردنا بعضاً منهن فلم نذكر إلا شيئاً يسيراً، والقرآن هو الحكم بيني وبينكم من منا على الهدى ومن منا على ضلالٍ مبين، ولا أقول كل المسلمين على الباطل بل منهم طائفة على الهدى وهم الذين سوف يقولون صدقت، ولم آتِ بشيء من عندي فمن كذبني فقد كذّب بالقرآن، والقرآن رسالة تخص كُل إنسان، فمن منكم يا معشر شباب أمة الإسلام يعترض على هذا الخطاب فعليه أن يأتي بالسلطان من القرآن، أما يقول عن زعطان وعن فلتان ليدحض به القرآن فقد كفر بالقرآن وقضي الأمر الذي فيه تستفتيان.
Inilah ciptaan Allah, maka tunjukkan padaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan selain Allah wahai umat Islam.
Sesungguhnya kalian telah disesatkan oleh Yahudi hingga jauh menyimpang dari Al-Qur'an, dan kalian telah mengikuti hadits-hadits batil yang Allah sama sekali tidak menurunkan suatu bukti apapun mengenainya dalam Al-Qur'an.
Tiadalah yang tinggal pada Al-Qur'an itu kecuali tulisannya yang masih ada tangan-tangan kalian.
Alangkah malangnya mereka mampu menyesatkan kalian dari ayat-ayat muhkamat yang jelas lagi menjelaskan seperti yang telah kami senaraikan sebahagian darinya, dan kami tidak menyebutkannya melainkan hanya sebahagian kecil sahaja yang mudah.
Al-Quran adalah hakim yang memutuskan antara aku dan kalian, siapa antara kita yang berada di atas petunjuk dan siapa pula antara kita yang berada di atas kesesatan yang nyata.
Aku tidak mengatakan semua umat Islam berada dalam kebatilan, namun di antara mereka ada kelompok yang berada di atas petunjuk, mereka adalah orang-orang yang kelak akan mengatakan:
"Engkau benar"
Aku tidak membawa suatu (keterangan) dari diriku sendiri, sesiapa yang tidak percaya padaku maka dia tidak percaya pada Al-Qur'an.
Padahal Al-Qur'an itu adalah pesanan khusus bagi setiap manusia
(untuk mereka terapkan sebagai rahmat buat semua makhluk)
Sesiapa di antara kalian wahai anak muda dari setiap bangsa umat Islam yang membantah ucapanku ini, maka hendaklah dia membawakan hujjah bukti dari Al-Qur'an.
Adapun sekiranya dia mengatakan "Dari Za'tan dan dari Faltan (Imam merujuk kepada mereka yang membawa hujjah bukti dari periwayat-periwayat hadits)" untuk menyanggah Al-Qur'an, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Al-Qur'an, dan telah selesailah persoalan yang kalian tanyakan.
وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Saudara kalianImam Mahdi Nasser Mohammed Yamani
ــــــــــــــــــــ
sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=2087