>>>المصدر<<<

الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
16 - 01 - 1431 هـ
02 - 01 - 2010 مـ
02:21 صباحاً
ــــــــــــــــ



عجيبٌ أمركم يا معشر المُسلمين؛ كيف تؤمنون بالحقّ والباطل معاً؟

Mengherankan urusan kalian ini wahai sekalian muslim; Bagaimana kalian dapat mempercayai yang hak dan yang batil secara bersamaan
?



بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, salam ke atas para Rasul dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


عجيبٌ أمركم يا معشر المُسلمين! كيف تؤمنون بالحقّ والباطل معاً والحقّ والباطل بينهم تضاد ومختلفان اختلافاً كبيراً! وذلك لأني أراكم تؤمنون بفتوى مُحمد رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- إليكم أن الله هو من يبعث إليكم المهديّ المنتظَر في زمن اختلافكم ليحكم بينكم فيما كنتم فيه تختلفون، وكذلك بعث الله خاتم الأنبياء والمرسلين نذيراً ومُبشراً بالمهديّ المنتظَر الذي سيبعثه الله خليفة لله على العالمين فيجعله الله حكماً عدلاً وذا قولٍ فصلٍ وما هو بالهزل، ويتم الله بالمهديّ المنتظَر نوره ولو كره المجرمون ظُهوره، وقال مُحمد رسول الله صلَّى الله عليه وآله وسلَّم:
[‏أُبَشِّرُكُمْ ‏ ‏بِالْمَهْدِيّ ‏ ‏يبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلافٍ مِنْ النَّاسِ وَزَلازِلَ فَيَمْلأ الأرْضَ ‏‏ قِسْطًا وَعَدْلا كَمَا مُلِئَتْ ‏جَوْرًا وَظُلْمًا ‏يَرْضَى عَنْهُ سَاكِنُ السَّمَاءِ وَسَاكِنُ الأرْضِ يَقْسِمُ الْمَالَ صِفاحًا].

Mengherankan urusan kalian ini wahai sekalian muslim! Bagaimana kalian dapat percaya pada yang hak dan yang batil di waktu yang sama, sedangkan yang hak dan yang batil itu keduanya saling bercanggah, berlawanan dan saling bertentangan dengan perbezaan yang besar
!

Demikian ini, kerana aku dapati kalian percaya dengan ucapan Muhammad Rasulullah SAW kepada kalian, bahawa Allah-lah yang akan mengutus Al-Mahdi kepada kalian di zaman terjadinya perselisihan di antara kalian, agar Al-Mahdi membuat keputusan hukum antara kalian pada semua perkara yang kalian perselisihkan.

Demikian juga Allah telah mengutus penutup para Nabi dan Rasul sebagai pemberi peringatan dan berita gembira dengan perutusan Al-Mahdi Al-Muntazhar, yang diutus sebagai Khalifah-Nya untuk seluruh dunia, yang mana Allah menjadikan Al-Mahdi sebagai hakim yang adil lagi empunya ucapan yang memisahkan antara yang hak dan yang batil, dan sekali-kali ianya bukanlah senda gurauan, lalu dengan khalifah-Nya itu Allah menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukai kemunculannya.

Muhammad Rasulullah SAW bersabda:


Aku sampaikan khabar gembira kepada kalian dengan kedatangan Al-Mahdi yang akan diutus (ke tengah-tengah manusia) ketika manusia sedang dilanda perselisihan dan kegoncangan-kegoncangan serta banyak terjadi gempa bumi, dia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan penganiayaan dan kezhaliman. Seluruh penduduk langit dan bumi menyukainya, dan dia akan membagi-bagikan kekayaan secara melimpah


[‏لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنْ الدُّنْيَا إلا يَوْمٌ ‏ لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ ‏‏حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلا مِنْ أَهْلِ بَيْتِي ‏يُوَاطِئُ ‏ ‏اسْمُهُ اسْمِي ‏يَمْلأ الأرْضَ قِسْطًا وَعَدْلا كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا]. صدق رسول الله صلَّى الله عليه وسلَّم.

Seandainya dunia tidak tersisa kecuali hanya tinggal sehari saja, nescaya Allah akan memanjangkan hari itu sehinggalah Dia mengutus seorang laki-laki dari dari ahli baitku, yang namanya sejalan/seiring namaku, dia memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi kezaliman dan penindasan.
Benar sabda Rasulullah SAW.


فلماذا تُحقرون من شأن المهدي المنتظَر؟ أم لا تعلمون مدى عظمة هذه البُشرى من أكرم الأنبياء والمُرسلين الذي أمره الله أن يبشر البشر ببعث المهدي المنتظر؟ وقال صلَّى الله عليه وآله وسلَّم:
[أبشركم بالمهدي يبعث]، وهو مُحمد رسول الله صلَّى الله عليه وآله وسلَّم الذي لا ينطق عن الهوى يقول: [أبشركم بالمهدي يبعث]، وهو خاتم الأنبياء والمُرسلين يحمل الرسالة الشاملة للإنس والجن أجمعين . قال: [أبشركم بالمهدي يبعث]، ومن ثم تحقرون من شأنه! إن هو إلا رجل صالح و نفيتم بعثه من الله إليكم وقلتم أنكم أنتم من تبعثوه للناس فتقولوا له إنك المهدي المنتظر.

Lalu mengapa kalian merendahkan perkara Imam Mahdi dan memandang remeh urusannya? Ataukah kalian memang tidak tahu betapa agungnya derajat perkhabaran ini, betapa besarnya nilai berita gembira ini yang datang dari semulia-mulia Nabi dan Rasul, yang mana Allah perintahkan Nabi SAW untuk memberikan khabar gembira buat manusia dengan perutusan Al-Mahdi Al-Muntazhar
?

Nabi Muhammad SAW bersabda:
Aku sampaikan khabar gembira kepada kalian dengan kedatangan Al-Mahdi yang akan diutus, sedang yang memberikan khabar kepada kalian adalah Muhammad Rasulullah SAW, yang tidak berkata-kata mengikuti hawa nafsunya, beliau bersabda: Aku sampaikan khabar gembira kepada kalian dengan kedatangan Al-Mahdi yang akan diutus, sedang pemberi khabar ini adalah penutup para Nabi dan Rasul, yang membawa Risalah Lengkap lagi menyeluruh buat manusia dan jinn semuanya.

Nabi SAW bersabda:
Aku sampaikan khabar gembira kepada kalian dengan kedatangan Al-Mahdi yang akan diutus, lalu kalian merendahkan dan memandang remah urusan Al-Mahdi! Tiadalah Al-Mahdi itu melainkan dia hanyalah seorang hamba Allah yang sholeh, malah kalian menafikan perutusannya yang datang dari Allah kepada kalian, yang mana kalian mengatakan bahawa kalian pula yang akan melantik dia untuk manusia, dengan mengatakan kepadanya engkau adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar.


ويا عجبي من أمر عُلماء المُسلمين! كيف يؤمنون بالحقّ والباطل معاً جميعاً، فكيف تجتمع النور والظُلمات في قلوبكم يا معشر العلماء، فكيف أنكم تؤمنون بقول محمد رسول الله صلَّى الله عليه وآله وسلَّم:
[أبشركم بالمهدي يبعث على اختلاف من الناس وزلازل فيملأ الأرض قسطا وعدلا كما ملئت جورا وظلما يرضى عنه ساكن السماء وساكن الأرض يقسم المال صفاحاً]. صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Aduhai betapa mengherankanku perkara ulama muslimin ini! Bagaimana mereka dapat mempercayai dan meyakini yang hak dan yang batil secara bersamaan kesemuanya pada waktu yang sama, bagaimana cahaya dan kegelapan dapat berkumpul dalam hati kalian wahai sekalian ulama, bagaimana kalian ini dapat percaya dan yakin terhadap ucapan Muhammad Rasulullah SAW:

Aku sampaikan khabar gembira kepada kalian dengan kedatangan Al-Mahdi yang akan diutus (ke tengah-tengah manusia) ketika manusia sedang dilanda perselisihan dan kegoncangan-kegoncangan serta banyak terjadi gempa bumi, dia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan penganiayaan dan kezhaliman. Seluruh penduduk langit dan bumi menyukainya, dan dia akan membagi-bagikan kekayaan secara melimpah.
Benar sabda Rasulullah SAW.



ومن ثم تعرضون عن فتوى محمد رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- الذي أفتاكم أن الله هو من يبعث إليكم المهديّ المنتظَر حكماً عدلاً وذا قولٍ فصلٍ بينكم فيما كنتم فيه تختلفون ومن ثم تعرضون عن الفتوى في هذا الحديث الحقّ برغم إنكم به مؤمنون ومتفقون، ومن ثم تتبعون رواية الباطل عن الطاغوت أنكم أنتم من يصطفي خليفة الله المهديّ المنتظَر في قدره المقدور في الكتاب المسطور، وحرمتم عليه إن كان هو المهديّ المنتظَر أن يقول لكم أنه المهديّ المنتظَر؛ بل أنتم من تعرفونه على شأنه أنه المهديّ المنتظَر حتى ولو اتقى الله وأنكر وقال لكم أنه ليس المهديّ المنتظَر ثم تزدادون إصراراً على الباطل فتوقنون أنه هو المهديّ المنتظَر ما دام أنكر أن الله بعثه فتجبرونه على أن يفتري على الله فيصدقكم أنه المهديّ المنتظَر فتبايعونه! ولكني أشهدُ لله أنكم تقولون على الله مالا تعلمون، فهل أنتم أعلم أم الله أم أنكم أعلم من ملائكة الرحمن المُقربين؟ وقال الله تعالى:
{وَإِذْ قَالَ ربّك لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ} صدق الله العظيم [البقرة:30].

Lantas kalian berpaling mengabaikan fatwa Muhammad Rasulullah SAW, yang bersabda kepada kalian bahawasanya Allah-lah yang akan mengutus Al-Mahdi Al-Muntazhar kepada kalian sebagai hakim, yang memberikan keputusan hukum dengan adil lagi empunya kata putus yang memisahkan antara yang hak dan yang batil, yang memutuskan dengan keadilan pada semua perkara yang kalian perselisihkan.

Lalu kalian berpaling tidak menghiraukan fatwa dalam hadits yang hak ini, sungguhpun kalian mempercayainya dan menyepakatinya, kemudian kalian mengikuti riwayat-riwayat batil dari thoghut, yang menyatakan bahawa kalian pula nantinya yang akan memilih Khalifah Allah Imam Mahdi dalam ketetapan yang telah ditetapkan pada Kitab yang tertulis, lantas kalian mengharamkan dan mencegahnya –sekiranya dia Imam Mahdi- untuk mengatakan kepada kalian bahawa dirinya adalah Al-Mahdi; malah kalian pula nantinya yang akan dapat mengenalnya dan tahu urusannya, bahawa dia itu Al-Mahdi.

Sehinggakan sekiranya orang itu bertakwa kepada Allah dan mengingkarinya, dengan mengatakan dirinya bukan Al-Mahdi Al-Muntazhar, lalu kalian terus menerus mendorong dan mendesaknya melakukan perkara yang salah, di mana kalian meyakini bahawa dia-lah Imam Mahdi selagi mana dia tetap mengingkari dirinya diutus oleh Allah, lantas kalian memaksanya untuk mengada-adakan kedustaan terhadap Allah, supaya dia membenarkan kalian bahawa dirinya adalah Imam Mahdi untuk kalian membai'ahnya
!


Namun aku bersaksi kerana Allah sesungguhnya kalian mengatakan terhadap Allah pada perkara yang kalian tiada mengetahuinya, apakah kalian ini yang lebih tahu atau Allah, atau kalian ini lebih tahu dari para malaikat yang didekatkan
?

Firman Allah Ta'ala:


Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan [khalifah] di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". (30)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]


أم لا تؤمنون أن الإمام المهدي خليفة الله في الأرض يملأ الأرض عدلاً كما مُلئت جوراً وظُلماً؟ فأنّى لكم أن تصطفوا خليفة الله من دونه! فكيف تصطفون من جعله الله خليفته في الأرض وإماماً لرسول الله المسيح عيسى ابن مريم عليه الصلاة والسلام، أفلا تتقون؟ فكيف تؤمنون بالحقّ والباطل جميعاً فلا تفرقون بين الحقّ والباطل؟ فاتقوا الله يجعل لكم فرقاناً علَّكم تُبصرون.

Ataukah kalian tidak mempercayai bahawa Al-Imam Al-Mahdi adalah Khalifah Allah di bumi, yang memenuhinya dengan keadilan sebagaimana sebelumnya ia penuh dengan penindasan dan kezhaliman? Lalu bagaimana kalian pula yang dapat memilih Khalifah Allah selain dari Allah
!

Bagaimana kalian dapat memilih orang yang Allah jadikan dia sebagai Khalifah-Nya di bumi, sebagai Imam bagi Rasulullah 'Isa Putra Maryam AS, mengapakah kalian tidak bertakwa kepada Allah, tidak merasa takut kepada-Nya? Bagaimana kalian ini sampai dapat mempercayai yang hak dan yang batil semuanya, mengapa kalian tidak pisahkan antara mana yang benar dan mana yang salah
?

Oleh itu bertakwalah kalian kepada Allah, merasa takutlah kalian semua terhadap-Nya, maka Allah akan jadikan Al-Furqan untuk kalian mudah-mudahan kalian nampak kebenaran.



وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
أخو المُسلمين الإمام المهدي؛ ناصر محمد اليماني.

Salam ke atas para Utusan dan segala pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


Saudara muslimin Al-Imam Al-Mahdi;
Naser Mohammed Al-Yamani.


ــــــــــــــــ


sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?t=1906