>>>المصدر<<<


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
02 - 03 - 1430
هـ
27- 02 - 2009
مـ
12:19
صـــباحاً
ـــــــــــــــــــــ


أختي الكريمة في الله بالنسبة للدعاء فلا تجعلي بينك وبين ربّك وسيط ..
{
وَقالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ}

Saudariku yang mulia di jalan Allah, mengenai berdoa, janganlah engkau menjadikan adanya perantara antara dirimu dan Tuhanmu..
dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan untukmu”



بسم الله الرحمن الرحيم، وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين، وبعد..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam sejahtera ke atas para Utusan dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam, selanjutnya..


أختي الكريمة في الله، بالنسبة للدعاء فلا تجعلي بينك وبين ربّك وسيط، واعلمي إنّ الله أرحم بك من أمّك وأبيك ومن محمد رسول الله -صلّى الله عليه وآله وسلّم -ومن الإمام المهدي، ذلك بأنّ الله هو أرحم الراحمين فلا يوجد من هو أرحم من الله وأكرم منه. وقال الله تعالى:
{
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ}
صدق الله العظيم [البقرة:186]

Saudariku yang mulia di jalan Allah, mengenai berdoa, janganlah engkau menjadikan adanya perantara antara dirimu dan Tuhanmu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah adalah Yang Paling Mengasihani akan dirimu melebihi ibumu, ayahmu, bahkan Dia Lebih Mengasihanimu melebihi Muhammad Rasulullah SAW dan Al-Imam Al-Mahdi.

Demikian ini kerana Allah adalah Yang Paling Pengasih di antara sekalian yang mengasihani, maka tidak ada sesiapapun yang lebih menyayangi dan lebih mulia dari Allah. Firman Allah Ta'ala:
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka [jawablah], bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (186)
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]


وقال الله تعالى:
{
وَقالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ}
صدق الله العظيم [غافر:60]

Allah Ta'ala berfirman:
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdo’alah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan untukmu”
Maha Benar Allah
[Ghafir]


واعلمي إنّ سرّ الإجابة في الدعاء هو الإخلاص ومن ثم يجيب الله الدعوة حتى ولو كانت من كافرين إذا دعوا الله مُخلصين أجابهم الله. وقال الله تعالى:
{
هُوَالَّذِي يُسَيِّرُكُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ حَتَّى إِذَا كُنْتُمْ فِي الْفُلْكِ وَجَرَيْنَ بِهِمْ بِرِيحٍ طَيِّبَةٍ وَفَرِحُوا بِهَا جَاءَتْهَا رِيحٌ عَاصِفٌ وَجَاءَهُمُ الْمَوْجُ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ أُحِيطَ بِهِمْ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّين لَئِنْ أَنْجَيْتَنَا مِنْ هَذِهِ لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ (22) فَلَمَّا أَنْجَاهُمْ إِذَا هُمْ يَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الحقّ يَا أيّها النّاس إِنَّمَا بَغْيُكُمْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ مَتَاعَ الْحَيَاةِ الدّنيا ثُمَّ إِلَيْنَا مَرْجِعُكُمْ فَنُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ (23)}
صدق الله العظيم [يونس]

Ketahuilah olehmu bahawasanya rahsia agar doa diperkenankan adalah ikhlas, baru kemudian Allah akan memperkenankan doa (hamba-Nya yang ikhlas), bahkan sekalipun permintaan doa itu dari kalangan orang-orang kafir, tatkala mereka memohon kepada Allah dengan hati yang ikhlas, Allah pasti memperkenankan doa mereka.

Firman Allah Ta'ala:

Dialah yang menjalankan kalian di darat dan di laut (dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis kenderaan); sehingga apabila kalian berada di dalam bahtera dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa mereka diliputi oleh bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): Demi sesungguhnya! jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami dari bahaya ini, kami tetap menjadi orang-orang yang bersyukur. (22) Kemudian bila sahaja Allah selamatkan mereka, mereka dengan serta-merta merebakkan perbuatan derhaka di bumi dengan tidak ada sebarang alasan yang benar. Wahai manusia! Sesungguhnya perbuatan kalian menderhaka itu hanyalah bala bencana terhadap diri kalian sendiri. (Dengan itu kalian hanya dapat merasai) kesenangan hidup di dunia (bagi sementara); kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya kalian, maka Kami akan memberitahu apa yang kalian telah lakukan. (23)
Maha Benar Allah
[Yunus]


فأنيبي إلى ربّك إنابة المُخلصين وقولي:
اللهم إني أمتُك ابنة عبدك يا من تحول بين المرء وقلبه، اللهم اصرف قلبي إلى الحقّ ولا غير الحقّ والحقّ في حبّك وقربّك ورضوان نفسك، اللهم أرني الحقّ حقاً برحمتك يا أرحم الراحمين، اللهم هبّ لأمَتِك من لدنك نوراً لتُبصّرني بالحقّ فأتّبعه وتُبصّرني بالباطل فأجتنبه، اللهم إنّك أرحم بي من أمّي وأبي ووعدك الحقّ وأنت أرحمُ الراحمين، اللهم إنّي أمتُك ابنة عبدك.. أُشهدك أني أستغيث برحمتك عن رحمة من هم دونك ووعدك الحقّ وأنت أرحمُ الراحمين، اللهم إن كان ناصر محمد اليماني هو حقاً الإمام المهدي الحقّ من عندك اللهم فإنك تعلم إنّ أمتك لا تُريد غير الحقّ فاجعلني من الأنصار السابقين الأخيار من الذين صدقوا ونصروا في عصر الحوار من قبل الظهور صفوةّ البشريّة وخير البريّة، اللهم وارزقني حبّك حتى تكون أنت أحبّ شيء إلى نفس أمتك فلا تَفْتِنَنِي بحُبّ من هم دونك يا ودود يا ودود يا ودود يا ذا العرش المجيد يا فعالاً لما يريد يا أرحم الراحمين، اللهم اغفر لي ولوالدي ولجميع المسلمين، اللهم إني أعيذ نفسي بك وذريتي من الشيطان الرجيم إنك أنت السميع العليم، وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..

Maka kembalilah engkau dengan bertaubat kepada Tuhanmu, dengan mengikhlaskan hatimu hanya kepada-Nya dan ucapkanlah:

Ya Allah.. sesungguhnya aku ini hamba-Mu, seorang anak perempuan dari hamba-Mu, wahai Yang Membatasi antara manusia dan hatinya.. Ya Allah.. palingkanlah hatiku kepada kebenaran dan tidak kepada selainnya, kebenaran dalam mencintai-Mu, dalam menggapai kedekatandengan-Mu, dan dalam mendapatkan keredhaan Dzat-Mu..

Ya Allah.. perlihatkanlah padaku yang benar itu benar, dengan rahmat-Mu wahai Yang Paling Pengasih dari sekalian yang mengasihani.. Ya Allah.. kurniakanlah cahaya dari sisi-Mu kepada hamba-Mu ini, supaya ia menyadarkanku mana yang benar agar aku dapat mengikutinya, supaya ia memberitahukan padaku mana yang batil agar aku dapat menjauhinya..

Ya Allah.. sesungguhnya Engkau-lah Yang Paling Mengasihani akan diriku melebihi ibuku dan ayahku, sesungguhnya janji-Mu benar sedang Engkau-lah Yang Lebih Mengasihani dari semua yang mengasihani.. Ya Allah.. sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, seorang anak perempuan dari hamba-Mu.. aku bersaksi pada-Mu, bahawa sesungguhnya aku memohon pertolongan dengan rahmat-Mu, agar tidak mengharap akan rahmat dan pertolongan dari selain-Mu, sesungguhnya janji-Mu benar dan Engkau-lah Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi..

Ya Allah.. jika benar Naser Mohammed Al-Yamani adalah Al-Imam Al-Mahdi yang sesungguhnya dari sisi-Mu ya Allah, kerana Engkau mengetahui hamba-Mu ini tidak menginginkan selain kebenaran, maka jadikanlah aku termasuk para anshar yang baik, kalangan orang-orang yang membantunya, yang membenarkannya dan menolongnya di masa hiwar sebelum muncul, merekalah manusia pilihan yang baik..


Ya Allah.. anugerahkan kecintaan-Mu padaku agar Engkau menjadi yang paling dicintai oleh hamba-Mu ini, dan janganlah Engkau uji aku dengan cinta kepada selain-Mu wahai Yang Maha Mencintai, Yang Maha Mengasihi, Yang Maha Menyayangi, wahai Pemilik Arsy Yang Penuh Kemuliaan, wahai Yang Maha Melaksanakan apa yang dikehendaki-Nya, wahai Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi..

Ya Allah.. ampunilah aku, kedua ibubapaku, dan seluruh kaum muslimin.. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan dengan-Mu untuk diriku dan keturunanku dari syaitan yang direjam, sesungguhnya Engkau-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.. Salam ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


وأما فتح القسطنطينيّة: فأنا أعلمُ إنّ الله سوف يُظهرني على العالمين في ليلةٍ واحدةٍ ببأسٍ شديدٍ من لدنه إن أبوا التصديق وإن صدّق بشأني المُسلمون فلكل حادثٍ حديثٍ.

Adapun mengenai penaklukan dan pembukaan Konstantinopel: Maka aku yakin kelak Allah akan menzahirkanku kepada seluruh dunia pada suatu malam dengan azab yang dahsyat dari sisi-Nya jika mereka tidak mahu membenarkanku, dan sekiranya kaum muslimin membenarkan urusanku ini, maka tentunya pada setiap apa yang terjadi ada beritanya tersendiri.


وأما ذو القرنين: فإنه ذو العُمرين وسوف تعرفينه إن شاء الله.

Adapun mengenai Dzul Qarnayn: Maka sesungguhnya dia adalah pemilik dua masa kehidupan dan kelak engkau akan mengetahuinya dengan izin Allah.


وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
أخوك الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Salam sejahtera ke atas para Utusan dan segala puji hanya bagi Allah..

Saudaramu Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani.

____________



sumber:
https://nasser-alyamani.org/showthread.php?p=624